RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
Syukur BR1M nenek ‘muda’ diproses semula | SHAH ALAM - Puan Ahmad, nenek yang MyKadnya memaparkan usia 15 tahun dan gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disebabkan kesilapan tarikh lahir boleh menarik nafas lega, apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kangar memproses semula borang rayuannya selepas membaca kisah berkenaan di Sinar Harian, semalam.
Menurut sumber jabatan itu, pihaknya akan meneliti semula permohonannya berikutan dia berusia lebih 60 tahun. “Tidak kira mempunyai tanggungan atau tidak, warga emas yang berusia 60 tahun tetap diberikan bantuan berkenaan,” katanya.
Menurut sumber jabatan itu, pihaknya akan meneliti semula permohonannya berikutan dia berusia lebih 60 tahun. “Tidak kira mempunyai tanggungan atau tidak, warga emas yang berusia 60 tahun tetap diberikan bantuan berkenaan,” katanya.
Ditanya sama ada LHDN Kangar menolak permohonan dan rayuan Puan disebabkan usia yang tertulis pada MyKad, katanya, mereka yang berusia 16 tahun sebenarnya tidak mempunyai tanggungan kecuali sudah berkahwin dan mempunyai anak serta menjadi ketua keluarga.
“Ada permohonan ditolak kerana nama tanggungan di bawahnya sama dengan orang lain, apa pun, dalam kes nenek itu, perkara ini tidak timbul dan kami akan memprosesnya secepat mungkin,” katanya.
Mengulas mengenai permohonan yang pernah ditolak LHDN, menurutnya, ia berlaku kerana tiga faktor, iaitu kesilapan semasa memasukkan data atau kad pengenalan, keraguan terdapat pada borang diisi dan mereka berstatus Bukan Warganegara.
Begitu pun, katanya, LHDN tidak boleh mengimbas data kad pengenalan lama dan untuk mendapatkan BR1M, mereka perlu memperbaharuinya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).