RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
SEMUA ITU FITNAH, KATA ZAHIDA RAFIK | KUALA LUMPUR: “Saya hanya mengenali menteri itu sebagai seorang pemimpin negara, tidak lebih daripada itu,” kata pelakon, Zahida Rafik mengenai dakwaan dia menjalin hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Zahida, membuat kenyataan ringkas itu ketika ditemui sewaktu dia menghadiri satu majlis amal anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah di sini, semalam Bagaimanapun, dia yang popular menerusi lakonan dalam filem Kuliah Cinta dan Anak Mami The Movie enggan menghuraikan lebih lanjut mengenai pelbagai khabar angin yang wujud mengenai kononnya dia ada hubungan dengan Shafie.
“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai isu ini kerana semuanya sudah saya serahkan kepada peguam saya dan mereka menasihatkan supaya berdiam diri sehingga masa yang sesuai,” katanya.
Ketika ditanya mengenai penyebaran sepucuk surat di Internet yang didakwa ditulis olehnya dan kandungan surat itu antara lain menafikan dia menerima wang sejumlah RM1.5 juta daripada Shafie sepanjang Oktober 2011 hingga Januari lalu, Zahida turut menafikan dirinya ada kaitan dengan surat berkenaan.
“Bukan saya yang tulis surat itu. Semuanya fitnah semata-mata. Saya hairan dan pelik apabila saya dikatakan ada menulis surat terbuka di Internet. Ini semua bertujuan menjejaskan reputasi serta nama baik saya.
“Saya tidak menjangka akan terjerat. Sejujurnya, saya langsung tidak tahu siapa dalang yang memfitnah kononnya saya menulis surat itu. Semua itu fitnah dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.
Sumber : metro