Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label artis hot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis hot. Papar semua catatan

Areana Rose Episod Akhir

Drama besiri tumpuan peminat sampai lalai nak bersolat, waktu tayangan tak boleh ubah ka?

TV3 oh tv3...

(TERKINI) FASHA SANDHA BARU JER KAWIN DAH HAMIL 2 MINGGU, BIAQ BETUI?


(TERKINI) FASHA SANDHA BARU JER KAWIN DAH HAMIL 2 MINGGU, BIAQ BETUI? | Berita gembira apabila mengetahui aktres jelita, Fasha Sandha yang baru sahaja pulang dari berbulan madu telah hamil dua minggu.

Berita gembira ini telah disahkan melalui pesanan BBM yang diterima daripada pengurus Fasha, Nik Yasmin.

"Akibat lewat datang bulan, Fasha telah melakukan pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa Fasha kini hamil dua minggu. Doktor juga menasihati Fasha agar tidak melakukan kerja-kerja berat," ujarnya dalam nada gembira.

Alcatraz77 punya blog... doakan agar Fasha dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya.

SUMBER 

Selena Gomez Makin Dewasa Makin Seksi

Selena Gomez Makin Dewasa Makin Seksi | DIA baru berusia 19 tahun, tetapi Selena Gomez sudah muncul dalam siri popular televisyen, menghasilkan dua album yang mendapat sambutan hangat, serta memiliki seorang teman lelaki yang juga terkenal.

Kini, langkah Selena terus jauh apabila dia memperkenalkan wangian baru menggunakan namanya sebagai label.

Sesuai dengan statusnya sebagai superstar, kemunculan pewangi itu pasti membawa kesan besar, seperti dilihat ketika dia menjalani penggambaran untuk promosi produk berkenaan.

Remaja itu meningkatkan lagi kehangatan faktor tarikan seksualnya sesuai dengan peningkatan usia apabila tampil dengan imej yang lebih nakal dan liar.

Dia mengenakan gaun hitam ketika mendaki tangki dipenuhi air untuk sesi fotografi pewanginya.

Rambut Selena yang panjang dan hitam dibiar basah ketika dia membuat ombak pada air merah jambu dalam tangki berkenaan.

Gabungan warna latar belakang menggunakan biru menjadikan imej Selena begitu menonjol.

Di sebalik kesibukan tugasnya memenuhi jadual fotografi, Selena tetap menyediakan ruang berehat seketika untuk menggunakan iPhone walaupun ada kemungkinan alat itu terjatuh ke dalam air.

Dia dilihat menghantar mesej teks melalui telefon bimbit sebelum dia memanjat keluar dari tangki itu.

Februari lalu, dia dilihat melawat New York Februari lalu untuk memberikan sentuhan terakhir ke atas pewanginya.

Ditemui majalah People, Selena berkata, syarikat pengeluar minyak wangi itu mencadangkan idea yang menyebabkan dia sangat teruja.

“Produk ini benar-benar membanggakan saya,” katanya.

Sementara itu, teman lelaki Selena, Justin Bieber, juga sibuk dengan proses menyiapkan klip video lagu terbarunya, Boyfriend.

Sumber berkata, melalui promosi klip berkenaan, penyanyi kelahiran Kanada itu dapat dilihat “semakin dewasa.”

Katanya, Bieber kini berusia 18 tahun dan boleh memandu kereta.

“Dia memasuki alam dewasa dan peminat dapat melihat perubahan itu.

“Dia bukan lagi Justin Bieber yang pernah anda kenali sebelum ini,” katanya.

Bieber menjalani penggambaran itu di Los Angeles Mac lalu.

Pengarah klip video berkenaan berkata, minat Bieber kepada cinta dalam video itu membayangkan sifat sebenar penyanyi berkenaan di dunia sebenar. -Metro

SEMUA ITU FITNAH, KATA ZAHIDA RAFIK

SEMUA ITU FITNAH, KATA ZAHIDA RAFIK KUALA LUMPUR: “Saya hanya mengenali menteri itu sebagai seorang pemimpin negara, tidak lebih daripada itu,” kata pelakon, Zahida Rafik mengenai dakwaan dia menjalin hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Zahida, membuat kenyataan ringkas itu ketika ditemui sewaktu dia menghadiri satu majlis amal anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah di sini, semalam Bagaimanapun, dia yang popular menerusi lakonan dalam filem Kuliah Cinta dan Anak Mami The Movie enggan menghuraikan lebih lanjut mengenai pelbagai khabar angin yang wujud mengenai kononnya dia ada hubungan dengan Shafie. 

“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai isu ini kerana semuanya sudah saya serahkan kepada peguam saya dan mereka menasihatkan supaya berdiam diri sehingga masa yang sesuai,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penyebaran sepucuk surat di Internet yang didakwa ditulis olehnya dan kandungan surat itu antara lain menafikan dia menerima wang sejumlah RM1.5 juta daripada Shafie sepanjang Oktober 2011 hingga Januari lalu, Zahida turut menafikan dirinya ada kaitan dengan surat berkenaan.

“Bukan saya yang tulis surat itu. Semuanya fitnah semata-mata. Saya hairan dan pelik apabila saya dikatakan ada menulis surat terbuka di Internet. Ini semua bertujuan menjejaskan reputasi serta nama baik saya. 

“Saya tidak menjangka akan terjerat. Sejujurnya, saya langsung tidak tahu siapa dalang yang memfitnah kononnya saya menulis surat itu. Semua itu fitnah dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.

Sumber : metro

(TERKINI) SHAFIE AFDAL NAFI ADA HUBUNGAN ZAHIDA RAFIK


(TERKINI) SHAFIE AFDAL NAFI ADA HUBUNGAN ZAHIDA RAFIK | KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandu, Noor Azman Azemi, yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis wanita, Zahida Rafik.

Menurut kenyataan bertulis yang kami terima sebentar tadi, Shafie menjelaskan bahawa segala yang tertulis di dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman adalah tidak benar sama sekali.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.

Shafie turut menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.

Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut di dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.

Noor Azman yang “hilang” sebelum ini muncul dengan membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada seorang artis wanita yang dipercayai bekas majikannya, Zahida.

Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.

Berikut adalah kenyataan penuh Shafie yang diterima hari ini;
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”

P/s : Aku harap cerita hubungan mereka ni tak betul laaa, kalau betul masak beb...

FIZO MASAK, KASUT NEELOFA...

FIZO MASAK, KASUT NEELOFA... Tengok tajuk memang gempaq kan hehe... Ceritanya macam ni! 

Empat strategi Fizo yang sedang diusahakannya kini, mengusahakan bisnes sarang burung di tanah arwah ayahnya di Kelantan, mempergiatkan perusahaan bisnes serunding yang kini sudah dilaksanakan, mengkomersialkan makanan dan kuih-muih dari Kelantan serta menerbitkan sebuah buku masakannya sendiri.

Daripada keempat-empat sasaran itu, tiga daripadanya sudah hampir terlaksana. Antaranya buku resipi eksklusifnya yang kini tinggal 10 peratus lagi sebelum boleh dipasarkan.

Najwa Latif Gadis Bawah Umur Paling Hot Di Youtube...



Najwa Latif Gadis Bawah Umur Paling Hot Di Youtube disebabkan lagu Cinta Muka buku yang di upload masuk kedalam Youtube tidak lama dulu... Lagu Cinta Muka buku merupakan lagu hasil ciptaan beliau sendiri dan liriknya pula di tulis oleh kakak beliau. Gabungan dua beradik ini memang hebat dan sekarang lagu Cinta Muka buku menjadi siulan anak-anak muda serta kerap kali diputarkan di corong-corong radio, memang best lah lagu ni...

Memang Hot lah kau Najwa Latif, dah ramai artis-artis di Malaysia dan Dunia amnya muncul sebagai artis dari video mereka yang di upload masuk ke dalam Youtube tu, tak sia-sia ada Youtube ni kan? Boleh jugak orang glemorkan diri kat situ haha... Bagi sesiapa yang berbakat tu cuba-cuba lah yer, Najwa baru berusia 16 tahun tapi dah Hot dan Glemor (masih bergetah) haha kata orang muda-muda... Apa-apa pun tahniah buat Najwa semoga maju dan berjaya dalam industri music negara dan satu benda lagi, Najwa pun seorang blogger macam kita jugak lah, hebat jugak lah blog dia, kalau korang nak tengok masuk lah SINI...

Sambil-sambil tu, meh kita layan video Lagu Cinta Muka buku kat Youtobe ni... Layanzzz...