Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , » TAHNIAH KEPADA SEMUA PAK CIK DAN MAK CIK, DAH TUA-TUA PUN MASIH LAGI NAK BELAJAQ IT

TAHNIAH KEPADA SEMUA PAK CIK DAN MAK CIK, DAH TUA-TUA PUN MASIH LAGI NAK BELAJAQ IT


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !


TAHNIAH KEPADA SEMUA PAK CIK DAN MAK CIK, DAH TUA-TUA PUN MASIH LAGI NAK BELAJAQ IT SATU demi satu papan kekunci diketuk dengan berhati-hati. Sesekali jari tua itu menekan beberapa kali butang backspace kerana silap menekan huruf atau angka.

Ada juga yang kelihatan berkerut untuk membaca paparan pada skrin komputer sambil membetulkan cermin mata.

Melihat gelagat beberapa warga emas mempelajari tatacara mengakses internet, mengimbas kembali adegan kelas orang dewasa membaca dalam filem Pendekar Bujang Lapok karya seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

Bukan cuba berjenaka, tetapi memang sukar apabila mendedahkan diri kepada sesuatu yang asing seperti menggunakan komputer.

Namun, inisiatif sekumpulan pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi program sosial mereka iaitu Kempen Teknologi Maklumat Sebagai Penghubung (IT4 Connecting) baru-baru ini wajar diberi penghargaan.

Kumpulan pelajar itu bersama pensyarah Profesor Madya Khor Yoke Lim dan Dr. Nor Hazlina Hashim cuba memupuk dan membina keyakinan kepada warga emas itu akan kepentingan teknologi maklumat (IT) dalam kehidupan harian.

Bengkel dua hari itu berlangsung dalam dua sesi bertempat di Makmal Pusat Teknologi Pengajaran Multimedia (PTPM USM) di bawah bimbingan Profesor Madya Zarina Samsudin.

Beliau sendiri berpengalaman 25 tahun dalam proses pembelajaran dan pengajaran berkaitan IT untuk masyarakat.

Bekerjasama dengan PTPM USM, sebanyak 30 para pelajar tahun akhir program komunikasi USM bertindak selaku pembimbing kepada kira-kira 50 peserta warga emas yang rata-ratanya berusia sekitar 50 hingga 60 tahun.

Mereka terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk Bayan Lepas, Persatuan Nelayan Seberang Perai dan Ujong Batu, Persatuan Pesara Kerajaan Pulau Pinang serta kakitangan USM.

Kebanyakannya tidak mempunyai asas dan pengetahuan tentang teknologi maklumat.

Penyelaras Bengkel, Ireena Nasiha Ibnu berkata, bengkel tersebut bertujuan mendedahkan warga emas terhadap kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan harian.


Katanya, ia merupakan platform untuk golongan itu menggunakan media sosial, cara-cara mengakses enjin pencari termasuklah panduan melakukan transaksi perbankan dalam talian.
“Peserta begitu bersemangat dan berminat kerana mereka sebelum ini tidak berpeluang mempelajari asas-asas rangkaian dalam talian.
“Selain mendekatkan peserta berhubungan dengan keluarga, rakan-rakan dan komuniti secara maya, ia juga bertepatan dengan hasrat kerajaan merapatkan lagi jurang digital dalam masyarakat,” ujarnya.
Selain mempelajari asas-asas rangkaian dalam talian seperti e-mel, para peserta juga didedahkan kepada laman sosial Facebook, perniagaan dan transaksi serta sidang televideo melalui Skype.
Salah seorang peserta, Hamzah Bakar, 58, memberitahu, dia cukup teruja apabila dapat mengetahui fungsi sebuah komputer yang bukan sahaja untuk menulis tetapi mengakses pelbagai maklumat menerusi internet.
“Saya tahu apa komputer, tetapi tidak tahu bagaimana internet itu berfungsi. Rupa-rupanya banyak perkara yang boleh dilakukan dengan hanya menekan butang-butang di papan kekunci,” ujarnya.
SUMBER : KOSMO