Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , » (REMPIT) 400 GENG GILA REMPIT, BERMANDI PELUH DI AWAL PAGI

(REMPIT) 400 GENG GILA REMPIT, BERMANDI PELUH DI AWAL PAGI


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !


(REMPIT) 400 GENG GILA REMPIT, BERMANDI PELUH DI AWAL PAGI GEORGE TOWN - Ketagihan sekumpulan 400 pelesit rempit untuk berlumba haram memakan diri apabila mereka terpaksa bermandi peluh seawal pukul 2 pagi semalam selepas diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh tujuh kilometer dari Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.

Pelesit rempit termasuk 30 wanita berusia antara 16 hingga 32 tahun itu ditahan dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram semalam. Daripada jumlah itu, 107 diambil keterangan sebelum dibebaskan.

Ketua operasi, Asisten Superintendan Alhamdu Sehat berkata, operasi dua jam itu dianggap berjaya kerana telah menggagalkan kegiatan lumba haram yang dirancang pelesit rempit di kawasan tersebut.

Katanya, sebaik dikepung, terdapat sekumpulan pelesit rempit yang cuba melarikan diri dengan melawan arus hingga mengakibatkan salah seorang daripada mereka patah tulang pipi akibat terjatuh.

Sumber : kosmo