Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label amaran tsunami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amaran tsunami. Papar semua catatan

MOTOSIKAL HARLEY-DAVIDSON DIBAIK PULIH, SELEPAS DI HANYUTKAN TSUNAMI


MOTOSIKAL HARLEY-DAVIDSON DIBAIK PULIH, SELEPAS DI HANYUTKAN TSUNAMI | LANGFORD, British Columbia - Sebuah motosikal Harley-Davidson yang hanyut dari timur laut Jepun hingga ke sebuah pantai di Kanada telah dibersihkan dan dibaik pulih di sebuah kedai di sini, lapor akhbar Toronto Sun semalam.

Motosikal Harley Davidson Nigth Train keluaran tahun 2004 milik Ikuo Yokoyama, 29, dari Yamamoto, Jepun itu dihanyutkan selepas tsunami melanda pada 11 Mac 2011.

Ia terdampar di Pulau Graham, 800 kilometer dari bandar raya Vancouver, Kanada pada bulan lepas selepas hanyut sejauh 6,400 kilometer.

Motosikal itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan, Peter Mark pada 18 April lalu.

Ia dihantar dengan menggunakan trak ke kedai Harley Davidson milik Steve Drane untuk dibersihkan secara percuma sebelum dihantar pulang ke Jepun.

Pihak Harley-Davidson Jepun membiayai kos membersihkan dan membaik pulih motosikal itu.

Pemilik motosikal itu dikesan melalui nombor pendaftaran motosikal tersebut. - Agensi

ACEH DILANDA GEMPA, AKU JUGA TURUT MERASAI GEGARANNYA


ACEH DILANDA GEMPA, AKU JUGA TURUT MERASAI GEGARANNYA Satu lagi kejadian gempa bumi melanda Aceh jam 4.30 petang 11 April 2012 yang berskala ritcher 8.9. Suatu gempa bumi yang agak besar juga. Gegaran juga dapat dirasai di beberapa buah negeri di Malaysia seperti Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Langkawi, Melaka dan Selangor. Amaran tsunami telah dikeluarkan dan semua orang dinasihatkan agar menjauhi kawasan pantai.