Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

▼

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Pasukan Khas Ambil Masa Tiga Bulan Semak Semula SBPA


Pasukan Khas Ambil Masa Tiga Bulan Semak Semula SBPA | Pengerusi pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Tan Sri Ismail Adam yakin tempoh tiga bulan untuk pasukan itu membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu adalah mencukupi. 

Sehubungan itu beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata, pasukan itu akan bekerja keras bagi memastikan perkara-perkara berbangkit yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan. 

"Sebagai permulaan hari ini kita membincangkan mengenai terma rujukan. Itu sahajalah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan petugas semakan semula SBPA di JPA di sini hari ini. - BERNAMA

Kerana Ghairah Nakkan Kebun Emas, Bini Ustaz Jadi Mangsa...



JOHOR BAHRU: Seorang isteri dan tiga anaknya kini terpaksa hidup bagai pelarian selepas diancam along berikutan tindakan suaminya meminjam wang sehingga RM20,000 untuk membeli ‘kebun pokok emas’ berkeluasan sembilan hektar yang kononnya terletak di alam ghaib.

Malah, suami wanita itu yang juga guru agama berzikir di tengah padang sekolahnya pada tengah malam kerana tindakan itu dikatakan membolehkannya mendapatkan kemewahan dengan lebih cepat.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lela, 42, berkata akibat tindakan suaminya yang dipanggil Ustaz Man, 45, dia terpaksa menggadai barangan berharga selain menjalani kehidupan umpama pelarian selepas diburu along sejak hampir sebulan lalu.

Bonus Dua Bulan Untuk Kakitangan Kerajaan (Cuepacs)...

Assalamua'laikum, apakhabar? semoga sihat-sihat hendaknya... Betui ka kita yang kerja kerajaan ni akan dapat Bonus Dua Bulan? hehe rasa-rasa belum pasti lagi kut, sebab Cuepacs baru nak berbincang...

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

“Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sebelum ini, Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

Beliau juga berkata pemberian bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi kepada keseluruhan penjawat awam.

Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan untuk memutuskannya dan Cuepacs berharap agar ia dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan.

P/s : Harap-harap dapat lah, sebab dah lama tak dapat bonus macam tu...

Diam-diam jer harga minyak RON 97 naik 15 sen...

Salam semua, hangpa semua tak dengaq ka pasai harga minyak RON 97 naik sampai 15 sen. Apa cerita ni, naik minyak tak heboh pun kat TV, yang aku tengok dan dengar kat berita TV kebanyakkan isu-isu politik,orang ni salah orang tu salah itu yang di gembar gemburkan... kekadang boring jugak nak dengar isu-isu macam tu, malu wei malu semua cerita orang melayu. Tak ada ka cerita lain nak tunjuk kat rakyat, macam isu minyak yang baru sahaja naik dan buat penerangan yang jelas kepada rakyat agar mereka tahu apa penyebab kenaikan minyak itu... Itu baru lah di katakan berita yang di salurkan khas untuk rakyat...

P/s : Semoga kita semua dapat menilai segala yang di paparkan, agar kita semua tidak senang di perbodohkan... sekian...