Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label isu panas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu panas. Papar semua catatan

(PANAS) GAMBAR KERETA BMW TERBAKAR.

Lokasi kejadian :  jln. Sungai korok jitra, kedah.
Waktu kejadian : 7.10 am

(GAMBIT) NAK ASAH MINDA, MAIN JUDI


(GAMBIT) NAK ASAH MINDA, MAIN JUDI | Tindakan pelakon Gambit bermain daun terup di sebuah lokasi hiburan di Australia baru-baru dikatakan bertujuan untuk mengasah minda psikologi melalui permainan itu.

Gambit berkata, permainan daun terup yang disertainya itu hanyalah secara kebetulan bagi memenuhi masa terluang sewaktu bercuti dan bukannya semata-mata atas tujuan berjudi.

“Saya menyertai permainan itu sebenarnya secara kebetulan sahaja dan menganggap ia satu permainan psikologi.

“Biarlah orang nak buat macam-macam tuduhan terhadap saya kerana saya bermain daun terup bukan kerana mahu mendapatkan duit, tetapi sekadar ingin menguji pengetahuan.

“Cakap pun tak guna, kerana orang akan tetap mengkritik. Asalkan saya dan Tuhan tahu niat sebenar, itu sudah cukup,” katanya.

Gambit baru-baru ini telah menulis mesej melalui Twitter miliknya yang mengharapkan tuah dalam permainan daun terup yang disertainya pada 5 Jun lalu.

Gara-gara mesej tersebut, pengikut laman sosial milik Gambit turut menghantar kritikan selain menganggap pelakon itu tidak peka tentang halal dan haram menyertai permainan tersebut.

Gambit mendakwa terkilan apabila kebanyakan masyarakat tempatan terlalu cepat membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat dengan membuat tuduhan yang tidak benar selepas membaca entri berkenaan.

“Saya seorang yang sangat sayangkan Malaysia, bangsa dan agama, tetapi kenapa kebanyakan masyarakat kita mempunyai mentaliti iaitu terlalu cepat menilai keburukan seseorang individu itu?

“Diakui, salah saya juga meletakkan entri yang boleh menimbulkan persoalan kepada semua tetapi dengan menyebarkan maklumat dan membuat spekulasi sendiri, tidakkah ia berbau fitnah? Dan bukankah fitnah itu haram?

“Sebelum mengata tentang orang, cerminlah diri sendiri,” tegasnya.

P/s : Hang tau judi tu haram, tapi yang hang duk galak pi main tu buat pa??? (NAK ASAH MINDA) banyak cara lagi hang boleh asah haha... 

(ISU PANAS) KENYATAAN MUFTI PERLIS, DR JUANDA JAYA BERTAJUK 'SOKONG SYOR MUZAKARAH PARTI GUNA NAMA ISLAM' DI SALAH LAPOR PULAK DAH



(ISU PANAS) KENYATAAN MUFTI PERLIS, DR JUANDA JAYA BERTAJUK 'SOKONG SYOR MUZAKARAH PARTI GUNA NAMA ISLAM' DI SALAH LAPOR PULAK DAH MERUJUK kepada kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kepada portal berita Malaysiakini mengenai kenyataannya bertajuk ‘Sokong Syor Muzakarah Parti Guna Nama Islam’ yang disiarkan pada hari ini (15 Mei 2012), Berita Harian ingin membuat penjelasan bahawa kenyataan beliau sebenarnya tidak disalah lapor.

Dakwaan Dr Juanda bahawa kenyataan beliau ‘diterbalikkan’ seperti yang dilaporkan Malaysiakini hari ini di bawah tajuk ‘Nama Islam: Mufti kecewa akhbar terbalikkan kenyataan’, boleh mengelirukan pembaca seolah-olah Berita Harian tidak membuat laporan berdasarkan fakta sebenar.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau dipetik sebagai berkata: “Laporan Berita Harian yang menyebut beliau bersetuju dengan cadangan itu sepatutnya menyebut beliau menyerahkan hal itu kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dulu berdasarkan kekananannya dalam MFK.”

Bagaimanapun, Dr Juanda tidak membuat permintaan khusus kepada wartawan Berita Harian supaya jawapan soalan pertama itu didahulukan dalam artikel berkenaan.

Oleh itu wartawan Berita Harian menulis artikel berkenaan mengikut keutamaan nilai berita (news value) berdasarkan isu dan soalan yang dikemukakan kepada beliau. Sehubungan itu, Berita Harian amat kesal dengan kenyataan Dr Juanda yang melemparkan perkataan kesat dengan mendakwa wartawan berkenaan ‘perangai hodoh’.

Berikut adalah petikan penuh SMS antara wartawan Berita Harian dan Dr Juanda pada 14 Mei 2012.

Wartawan: akum dr juanda..zana dari berita harian..saya nak tya komen dr mengenai saranan ngo supaya perkataan Islam digugurkan dari PAS kerana mufti perak tegaskan perjuangan parti itu sudah menyeleweng dan menyalah gunakan Islam utk kepentingan politik..really appreciate ur comment dr..tq.. 
Dr Juanda: Wsm. Saya srahkn kpd kbijksnaan TanSri H dlm hal ini mmndngkn dia adlh ahli paling senior, pling arif dlm hal ini n byk enggagement dgn Pas. Hal ini cukup bagus

Wartawan: Dr..adakah dr bersetuju dgn pendapat tan sri harussani supaya hal menggugurkan perkataan islam dari PAS ini dibawa ke muzakarah fatwa?

Dr Juanda: Amat setuju dan semua organisasi yg bawa nama Islam juga wajar dikaji jika ddapati mrk mencemarkan nama Islam mlalui orgnsasi mrk. Byk salahguna nama Islam skrg.

Wartawan: Adakah dr merasakan perjuangan PAS sememangnya sudah menyeleweng dari matlamat asal menegakkan Islam dan apa saranan dr kepada pemimpin mereka? (Tidak menjawab SMS). 

SUMBER : BH

SIANG BOMBA, MALAM PELACUR, APA NAK JADI DENGAN AHLI BOMBA NI? (18SX)

SIANG BOMBA, MALAM PELACUR, APA NAK JADI DENGAN AHLI BOMBA NI? (18SX) LONDON: Kisah seorang anggota bomba yang menjalani kehidupan rahsia selaku pelacur dengan pendapatan  1,300 (RM6,500) semalam, dibongkar sebuah akhbar tabloid.

The Sun yang diterbitkan di London, semalam melaporkan, Emma Carr, 38, menjaja tubuhnya menerusi Internet dengan menggunakan nama samaran, Jade.

Pengurus kru Pasukan Bomba London itu, mengenakan bayaran RM1,500 sejam untuk mengunjungi pelanggan di rumah atau kamar hotel atau RM1,250 sejam untuk menghiburkan mereka di kediamannya.

Dia juga menawarkan khidmat sesi ‘senja hingga pagi’ dengan bayaran RM6,500.

Menurut akhbar itu, gambar seksi Emma tersiar di satu laman web.

Pada siang hari, Emma menguruskan kakitangan 999 di Balai Bomba Euston di tengah London, menyelia pasukan kecemasan.

Kegiatannya terbongkar selepas menawarkan seks selama sejam kepada seorang wartawan penyiasatan The Sun di sebuah hotel di tengah London.

Menceritakan mengenai dua kehidupan berbezanya, Emma berkata, drama televisyen mengenai seorang pelacur, Secret Diary of a Call Girl yang dibintangi oleh Billie Piper adalah tepat sekali.

Dia mengaku mempunyai pekerjaan sepenuh masa dalam sektor kerajaan dan menegaskan dia terbabit dalam pelacuran kerana gaji yang rendah.

Wanita yang berasal dari London Timur itu, dipercayai sudah tujuh tahun menjadi anggota bomba berkata: “Wang itu membantu saya. Saya boleh melancong. Sebagai anggota bomba, gaji saya tidak besar. Saya mahu menjalani hidup lebih bergaya.

“Saya kini tidak perlu berhutang. Saya merasa selamat dan amat berhati-hati. Saya bekerja sehari seminggu dan pada malam tertentu. Menurutnya, ibu bapanya ‘membuangnya’ selepas mengetahui kehidupan rahsianya. - DM

(EDISI PANAS) FACEBOOK ZED ZAIDI DICEROBOH OLEH 'AARONATORS CREW' PULAK


(EDISI PANAS) FACEBOOK ZED ZAIDI DICEROBOH OLEH 'AARONATORS CREW' PULAK  | Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini semalam, mendakwa laman facebook diceroboh individu tidak dikenali.

Zed mendakwa kumpulan yang menggodam facebook miliknya dikenali ‘Aaronators Crew’ dan dia hanya menyedarinya ketika melayari laman sosial itu jam 6 petang, kelmarin.

Katanya, ia mungkin berkait tindakannya mempertikaikan kemenangan pelakon popular, Aaron Aziz, 36, yang menggondol Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH11), Ahad lalu.

“Saya tidak menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Namun, saya akan memanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) esok (hari ini),” katanya.

Menurutnya, biarpun diceroboh, kumpulan itu tidak memaparkan kenyataan berbaur ugutan, fitnah dan lucah sebaliknya hanya memberitahu facebook miliknya digodam.

Katanya, selaku Timbalan Presiden Seniman, dia sedar banyak perkara dibangkitkan dalam memperjuangkan hak artis seperti memohon cermin gelap, perlindungan insurans, permohonan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1SMA) dan terbaru mempertikaikan kemenangan Aaron.

“Saya percaya pencerobohan facebook disebabkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa usul yang saya cadangkan. Namun, masih ramai ahli Seniman menyokong penuh usaha dijalankan,” katanya.

Ketika disoal sama ada dia ‘gila publisiti’ Zed menjelaskan tidak pernah meminta publisiti murahan, namun kontroversi tercetus apabila dia tampil memperjuangkan hak selebriti.

“Saya bukan bodoh meminta publisiti murahan sebaliknya berjuang memohon hak artis. Apa gunanya jawatan disandang seandainya saya tidak melakukan sesuatu untuk mereka,” katanya.

Berhubung kenapa tidak mempertikaikan kemenangan Aaron sebelum kemenangannya berkata: “Pada 22 Jun 2009, menerusi zedzaidi.blogspot.com.my, saya menulis mengenai lambakan selebriti asing ke negara ini, namun tiada sesiapa memandang.

“Dengan jawatan ini, saya akan terus memperjuangkan hak artis. Seandainya ada yang tidak menyokong apa dibuat, jangan undi saya untuk pemilihan seterusnya,” katanya. METRO

(ISTERIKU LELAKI) ' HIDUP SAYA TERGANGGU ' SEJAK KESNYA MELETUP DI DADA AKHBAR, LUAHAN HATI SRI WANI


(ISTERIKU LELAKI) ' HIDUP SAYA TERGANGGU ' SEJAK KESNYA MELETUP DI DADA  AKHBAR, LUAHAN HATI SRI WANI | “Ramai wartawan mengekori, saya tak boleh keluar (rumah),” begitu kata Sri Wani Choo Abdullah, isteri yang didakwa lelaki oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Sri Wani berkata demikian selepas Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membenarkan permohonannya untuk memasukkan pindaan dalam permohonan injunksi untuk menghalang madu-madunya daripada menyebarkan fitnah terhadapnya. Mahkamah kemudian mengarahkan Sri Wani membuat pindaan itu segera dan menyerahkannya kepada responden.

Prosiding semalam sepatutnya ditetapkan untuk Sri Wani, 37, menyerahkan permohonan injunksi, namun dia memohon kebenaran mahkamah untuk membuat pindaan dan mahkamah membenarkannya.

“Saya mohon untuk membuat pindaan terhadap permohonan injunksi ini kerana saya ingin masukkan terma supaya responden tidak menyebarkan dan tidak memberi sebarang kenyataan,” katanya.

Sri Wani memberitahu mahkamah, sebelum ini suaminya, bekas dekan sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, yang diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz pernah berjumpa dan berbincang untuk menyelesaikan kes itu secara baik, namun Sri Wani mendakwa lelaki itu bertindak sebaliknya.

“Ramai wartawan mengekori, saya tak boleh keluar (rumah),” begitu kata Sri Wani Choo Abdullah, isteri yang didakwa lelaki oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Sri Wani berkata demikian selepas Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membenarkan permohonannya untuk memasukkan pindaan dalam permohonan injunksi untuk menghalang madu-madunya daripada menyebarkan fitnah terhadapnya. Mahkamah kemudian mengarahkan Sri Wani membuat pindaan itu segera dan menyerahkannya kepada responden.

Prosiding semalam sepatutnya ditetapkan untuk Sri Wani, 37, menyerahkan permohonan injunksi, namun dia memohon kebenaran mahkamah untuk membuat pindaan dan mahkamah membenarkannya.

“Saya mohon untuk membuat pindaan terhadap permohonan injunksi ini kerana saya ingin masukkan terma supaya responden tidak menyebarkan dan tidak memberi sebarang kenyataan,” katanya.

Sri Wani memberitahu mahkamah, sebelum ini suaminya, bekas dekan sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, yang diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz pernah berjumpa dan berbincang untuk menyelesaikan kes itu secara baik, namun Sri Wani mendakwa lelaki itu bertindak sebaliknya.

“Sebelum ini pihak sebelah sana (Bahrom) cakap tak nak jatuhkan maruah sesiapa, tetapi mereka memberikan maklumat saya kepada media.

“Media siarkan tempat tinggal dan tempat saya berniaga hingga membahayakan keselamatan saya,” katanya.

Dia turut memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung gangguan dihadapinya dan berhasrat memasukkan laporan itu dalam pindaan permohonan injunksi berkenaan.

Abdul Walid mengarahkan Sri Wani memasukkan laporan polis itu dan sebarang pindaan lain segera serta memberi tempoh seminggu hingga 19 April depan untuk pengusaha butik kecantikan itu berbuat demikian.

Selain itu, mahkamah mengarahkan Bahrom memfailkan jawapan dua minggu dari tarikh pemohon menyerahkan afidavit dan menetapkan 17 Mei depan untuk perbicaraan kes itu.

Mengenai keputusan mahkamah menetapkan 23 April bagi keputusan sama ada permohonan Bahrom untuk mengarahkan Sri Wani menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya diterima atau tidak, Sri Wani berkata, dia akan membawa saksi pada tarikh itu.

Penampilan Sri Wani di mahkamah semalam menarik perhatian kerana memakai jubah hitam dan bertudung ala purdah berwarna jingga dengan menutup wajahnya bagi mengelak dirakam jurugambar. METRO 

(ISU PANAS) CUEPACS GESA JPA KELUARKAN PEKELILING PELARASAN GAJI BARU SSM 2012 SEGERA!


(ISU PANAS) CUEPACS GESA JPA KELUARKAN PEKELILING PELARASAN GAJI BARU SSM 2012 SEGERA! CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini. Gesaan itu dibuat oleh Presiden CUEPACS bagi memastikan kelancaran perlaksanaan gaji baru sebagaimana diumumkan Perdana Menteri.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

Tambah beliau lagi, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya. Ini kerana selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan Cuepacs harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai.

Pasukan Khas Ambil Masa Tiga Bulan Semak Semula SBPA


Pasukan Khas Ambil Masa Tiga Bulan Semak Semula SBPA | Pengerusi pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Tan Sri Ismail Adam yakin tempoh tiga bulan untuk pasukan itu membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu adalah mencukupi. 

Sehubungan itu beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata, pasukan itu akan bekerja keras bagi memastikan perkara-perkara berbangkit yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan. 

"Sebagai permulaan hari ini kita membincangkan mengenai terma rujukan. Itu sahajalah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan petugas semakan semula SBPA di JPA di sini hari ini. - BERNAMA

Panas : Kelab Taat Suami (KTS) Terbitkan Buku Seks...

Panas : Kelab Taat Suami (KTS)  Terbitkan Buku Seks... KOTA BHARU : Kelab Taat Suami (KTS) yang pernah menimbulkan kontroversi kerana meminta isteri melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama,' sekali lagi menimbulkan keresahan masyarakat apabila menerbitkan buku mengenai seks suami isteri yang diulas secara terperinci perlakuan berkenaan.

 (Gambar) Muka Belakang buku yang mencetuskan kontroversi.

Samun : Tiga Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Di Tahan, Apa Nak Jadi Ni?...

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis, disyaki terlibat dalam kes samun pengurup wang, 15 September lalu, dilanjutkan reman tiga hari, bermula semalam, untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya kini dalam proses untuk melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

(Gambar) Bilamana Hukum Hudud Dijadikan Bahan Ketawa...


P/s : Memang kurang Ajaq pelukis ni...

Perhatian Kepada Semua Wanita Di Malaysia...

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Filem Hantu Bonceng didakwa Persendakan Agama Dan Rasulullah SAW...


Filem Hantu Bonceng didakwa Persendakan Agama Dan Rasulullah SAW... SHAH ALAM - Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), perlu mempunyai badan syariah bagi memantau filem berbaur penghinaan terhadap Islam tidak diterbitkan.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, ini dapat dilihat apabila filem `Hantu Bonceng’ arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dilakonkan Mohd Razizan Abd Razak (Zizan) jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut Asyhadu anna Muhammadar Syaitan membawa maksud `Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan’.

Lagi Kes Pondan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim Arah Tahan Natasya Farisya...

Baca kenyataan di bawah ni...
KANGAR: “Saya bukan sebarang pondan kerana dianugerahi keistimewaan oleh Tuhan yang mungkin tidak terdapat pada pondan lain mengakibatkan saya kini menjadi sasaran kerana perasaan cemburu dan berdendam.

“Ia (cemburu dan dendam) bukannya daripada golongan sejenis, tetapi turut membabitkan wanita yang mungkin meminati teman saya (Mohd Hafizuddin Johari, 20) dan lelaki yang meminati saya kerana pernah diugut akan dirogol beramai-ramai,” kata lelaki berperwatakan wanita, Natasya Farisya, 28, yang juga teman istimewa Mohd Hafizuddin, mangsa simbahan asid di depan sebuah rumah di Taman Seri Bakau, di sini, pada awal pagi Sabtu.

Natasya berkata, sejak kejadian simbahan asid berlaku terhadap Mohd Hafizuddin, hidupnya menjadi tidak tenteram dan kini perlu sentiasa berhati-hati kerana bimbang perkara sama akan berulang ke atas dirinya.

( Surau Al-Musyrikin ) : Betui Ka Nama Surau Yang Depa Sebut Ni?...




Dipetik dari BULETIN UTAMA 22 OGOS 2011...

Dengar elok-elok apa yang akan di sampaikan oleh pembaca berita TV3 tu !

Sekumpulan ahli kariah surau sekitar Jalan Klang Lama, siang tadi berhimpun di depan kelas tuisyen yang didakwa menyebarkan agama kristian kepada pelajarnya.

Ia diketuai Pengerusi Kariah Surau Al-Musyrikin, Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof beserta kira-kira 50 ahli kariah surau.

Mereka berarak membawa poster, antaranya meminta kelas tuisyen ini memahami perlembagaan negara selain memberi amaran, segala tindakan kelas tuisyen itu akan diperhatikan.

Rabu lalu, kelas tuisyen ini yang disewa di kawasan perumahan, di Taman Hock Ann didakwa menyebar ajaran kristian kepada pelajarnya yang beragama Islam.

Kelas tuisyen terbabit dipercayai dibuka oleh mubaligh kristian sejak enam tahun lalu dan diikuti 16 murid Islam dari empat sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan Jalan Klang Lama.

P/s : Apakah ini semua benar? kalau benar siapa dia yang bagi nama surau macam tu, awat jahil sangat ka?...

Sumber : mama tunz

Ally Iskandar : Putus Tunang | 'Jangan kaitkan saya dengan Apex '...

Walaupun berat hati untuk membuat keputusan, Ally Iskandar,35, akhirnya akur dengan takdir bahawa jodohnya bersama bekas tunang, Nur Aisyah Zainal, tidak berpanjangan.

Khabar angin berkenaan keretakan hubungan pasangan ini disahkan Ally sendiri dalam satu sidang media, selesai rakaman Mentor Raya, di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam kelmarin.

Menurut Ally, keluarganya sudah pun bertemu dengan keluarga Aisyah bagi memutuskan pertunangan mengikut adat, pada 30 Julai lalu.

“Selepas lima bulan bertunang baru kami sedar tiada persefahaman dan keserasian antara kami. Jadi berpisah adalah jalan terbaik untuk saya dan Aisyah mahupun keluarga di kedua-dua belah pihak.

“Keputusan dibuat seminggu sebelum tarikh putus pertunangan. Kami berpisah secara baik serta mengikut adat Melayu," kata Ally yang menafikan ada orang ketiga di sebalik punca perpisahannya dengan Aishah.

Harian Metro : Berita Panas Hari Ini... Khairul Fahmi Che Mat / Elia Jejari Runcing...


KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Khairul Fahmi Che Mat, Hero Harimau Malaya, Putus Tunang...


Tentu perkara ini berlaku ada sebab dan musababnya, kalau tak dak angin, manakan pokok kelapa boleh bergoyang ( pepatah orang dulu-dulu lah ) hehe. Semua itu bergantung pada jodoh, ALLAH S.W.T dah tetapkan untuk kita, kita hanya mampu merangcang dan ALLAH S.W.T jua yang akan menantukan...

Kepada Cik jejari runcing bersalah, jadikan lah diri anda sebagai SEOrang insan yang tabah, ada hikmah disebalik kejadian-kejadian itu...  Hari ini permualaan puasa kan? tak elok gosip bergosip, Banyak-banyakkan bersabar...

P/s: Kepada Khairul Fahmi Che Mat, carilah jalan penyelesaian terbaik...

Harimau Malaya Di Ketepikan Sang Singa...

Malam ni ialah malam kekalahan bagi skuad Harimau, bila kalah ramai yang kata bola itu bulat, semua itu nasib. Bagi aku memang bola itu bulat bukan leper atau bersegi tapi kalau pemain-pemain yang memainkan bola tersebut pandai memainkan peranan dengan mengunakan skil yang ada serta bermain dalam semangat berpasukan, sudah tentu kejayaan akan menjadi milik kita. Pemainan malam ni alcatraz rasa dah OK walaupun ada sedikit kelemahan, tapi nak buat macam mana, semua tu kan nasib hehe... Nasib nasib dan nasib...

Terkubur hasrat Malaysia untuk terus melangkah ke perlawanan seterusnya, namun sekalung pujian di ucapkan  kepada semua pemain negara yang bermain secara bermati-matian untuk mendapakan kemenangan, walaupun tidak berjaya untuk merangkul kemenagan dalam perlawanan yang berlangsung tadi... aku pun kecewa kalau hangpa semua nak tau...Sadih sangat tak tau nak cerita apa dah, cerita ku tamat kat sini sekian...

P/s : Rasa kecewa, tapi apa nak buat semua itu dah tersurat, cuba lagi di lain kali dan teruskan usaha serta mantapkan latihan anda. Pada jurulatih dan para peminat bersabar lah...

SMS si penipu ?...


SMS yang meminta mangsa menambah nilai prabayar.

KUALA LUMPUR - "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."
Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.
Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.
"Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.
"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.
Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.
"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.
Sumber : kosmo.com