Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label kad raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kad raya. Papar semua catatan

Kad Raya Istimewa serta Ingatan Tulus Ikhlas Daripada Uncle hyree...

Selamat pagi serta salam sejahtera buat sahabat2 blogger semua, apakhabar pagi ni? alcatraz harap semua sihat. Suasana dan kemeriahan nak beraya semakin hampir, bagi sahabat2 yang ingin pulang ke kampung tu, berhati-hati lah di jalan raya agar anda selamat sampai ke lokasi yang ingin di tuju...

Awal-awal pagi ni alcatraz dapat satu Kad Raya istimewa dari seorang sahabat blogger alcatraz, nak tau siapa sahabat tu? Beliau ialah Uncle hyree, sapa tak kenal beliau kan salah seorang blogger femos dan otai tu.. Apa-apa pun terima kasih uncle kerana ingat nak bagi kad raya kat aku...

Rasa-rasa banyak lagi yang aku nak tulis tapi tak dan, dah nak p kerja ni... Sekian, di kesempatan ini alcatraz ingin mengucap selamat hari raya untuk semua dan alcatraz doakan keselamatan buat semua...

Salam Lebaran Buat Semua...


Dah lama alcatraz tak tulis entri, kekok pulak rasanya. Nak tahu tak apa punca alcatraz lama menyepikan diri, sebabnya baru-baru ni kan heboh pasal banjir kat kedah dan perlis, alcatraz adalah salah seorang mangsa banjir tersebut yang berlaku di kangar Perlis. Habis semua peralatan rumah rosak dan line internet yang di berikan percuma ke qurters tempat tinggal alcatraz tidak dapat digunakan sebab server nya terendam ayaq bah hehehe... Apa-apa pun alcatraz terima dengan redha ketentuan ALLAH, segala kejadian itu ada hikmahnya. 

Di kesempatan ini alcatraz ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua rakan-rakan blogger muslimin dan muslimat. Jadikan lah contoh pengorbanan Para Nabi dan Rasul terdahulu sebagai pedoman kita semua. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan di terima oleh nya ALLAH.

Kad Raya Dari Rakan-rakan Blogger.

Selamat pagi rakan-rakan blogger, apakhabar semua? lusa dah nak Raya, dah siapa baju cantik-cantik untuk ke Masjid dan menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri... Jangan ingat nak pakai cantik-cantik hanya untuk g beraya di rumah rakan taulan jer, ke Masjid pun perlu dan di tuntut jugak asalkan menutup aurat. 

Alcatraz dah dapat kat Raya dari dua orang rakan Blogger dan alcatraz menghargai pemberiaan itu, terima kasih kepada anda berdua. Kepada semua rakan-rakan blogger muslimin dan muslimat alcatraz ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  maaf sekiranya ada salah dan silap dari saya dari mula saya berblogger hingga lah sekarang. Alcatraz tak buat kad Raya Tahun ni, mungkin tahun depan kut alcatraz buatkan untuk anda semua.

Terima kasih atas sokongan anda semua.. alcatraz mula bercuti bermula 13/9 ~ 19/9/2010.

Kad Raya dari norgadis , cantik sungguh dengan suasana merdeka raya.




Kad Raya dari rakan blogger dan rakan sekerja aku syedizz , nampak simple tapi ceria.. 

Kepada semua Raya ni jemput la mai rumah, rumah aku sentiasa terbuka untuk hangpa semua... :)