Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label pendapatan tambahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendapatan tambahan. Papar semua catatan

Nuffnang lubuk emas untuk para blogger.


SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.
Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.
Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.
Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.
Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.
Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.
"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.
"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.

Aku dapat duit raya, nak tahu dari siapa? baca entri kat bawah k.


Baru je semalam duk cerita pasai dapat BE tup-tup duk tak duduk sampai pulak satu sampul surat berwarna putih ingatkan kad raya rupa-rupanya cheque dari my best friend sapa lagi kalau bukan Nuffnang... Penantian alcatraz selama ini tercapai jua. Cerita ni berlaku petang semalam, masa alcatraz nak balik kerja kira-kira jam 5.00pm kut kalau tak silap alcatraz la, masa tu ramai-ramai duk berimpun kat depan mesin punch card nak ketuk-ketuk mesin tu menandakan waktu kerja dah selesai.. 

sambil tunggu tu alcatraz bukak peti surat bhg. alcatraz tengok kat dalam tu kut-kut ada surat untuk alcatraz. Bila buka nampak satu sampul putih kat sampul tu tertera nama MOHD A'FIF BIN ABU BAKAR ( nama sebenar alcatraz la tu) hati pun berkat ada juga surat untuk aku rupanya, apa lagi bila dah nama kita terus capai dan buka la.. tak disangka-sangka rupanya ada cheque kat dalam tu happy gile leuuuuu.. haha terus bagi tau member yang ada kat situ, yang alcatraz ni dah dapat cheque dari nuff.

Sebelum ni ada di kalangan mereka yang kata berblogger ni tak leh buat duit, tapi bila tengok benda tu real depan mata baru lah tergopoh gapah nak bikin blog hehe.. Alcatraz dah ada ramai pengikut sekarang hasil hasutan keras lagi kasar hehe dah ramai member kat tempat kerja ni, yang dah mula-mula berjinak-jinak dalam dunia blogger. sebelum ni hanya alcatraz dan lemon jer yang bergiat aktif.

Akhir kata kepada rakan-rakan blogger yang banyak support alcatraz dari mula ( mula berblogging ) sampai sekarang alcatraz ucapkan ribuan terima kasih, tanpa anda siapalah alcatraz  :) . Kepada semua penaja terutama sekali pihak nuffnang jasa mu tetap ku kenang, Nuffnang tetap menjadi pelihan hati ku.. Alhamdulillah rezeki Allah yang tentukan.. alcatraz bersyukur kepada nya.

Salam Lebaran Untuk anda semua...

BE Nuffnang masuk berduyun-duyun :)

Petang ni alcatraz nak kongsi sedikit rasa gembira alcatraz ngan korang. Nak tau sebab apa alcatraz happy sangat hari ni? alcatraz dapat lagi BE daripada Nuffnang dan sponsor yang sudi letak iklan mereka kat blog 1malaysiasms.my dan blog suficollection milik wife alcatraz. Kepada pihak nuffnang dan juga penaja Vaseline, Celcom dan Nike alcatraz ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memilih blog yang tak seberapa ini untuk menjadi lokasi pengiklanan anda. kalau korang nak tengok lebih jelas alcatraz sertakan pic nya kat sini.. Jangan jealous tau.. haha :)




Kepada semua rakan-rakan blogger, terima kasih atas kesudiaan anda bertandang ke sini dan naikkan traffic blog alcatraz, sebab hangpa semua lah boleh jugak alcatraz merasa BE haha. tampa bantuan hangpa semua bagaimana alcatraz nak dapat BE2 tu semua. Terima kasih sekali lagi

p/s : Bila masuk jangan lupa klik k.