Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , , , , , , » (CERITA BOLA) SANGGUP HUTANG ALONG DEMI PERSATUAN BOLA SEPAK PERLIS (PFA)

(CERITA BOLA) SANGGUP HUTANG ALONG DEMI PERSATUAN BOLA SEPAK PERLIS (PFA)


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

Datuk Seri Shahidan Kassim

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku terpaksa berhutang dengan tiga along bagi menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda persatuan itu.

Biarpun sedar berisiko, beliau mendakwa terpaksa melakukannya kerana perlu menyelesaikan segera masalah kewangan itu dengan apa cara sekalipun.

“Saya tidak ada pilihan dan terpaksa berhutang dengan mereka kerana perlu menstabilkan semula kewangan persatuan,” katanya yang bagaimanapun enggan memberitahu jumlah sebenar dipinjam kecuali mengatakan memerlukan RM2 juta bagi menstabilkan kembali kedudukan kewangan PFA.

Menurutnya, beliau boleh meminjam daripada bank tapi perlu mencagarkan pelbagai benda bagi membolehkannya berhutang dan proses itu dianggapnya merumitkan.

Shahidan berkata, PFA tidak akan berada dalam situasi terdesak itu jika semua pihak menghulurkan bantuan melunaskan janji mereka, namun hingga kini tiada yang mengotakannya.

“Saya sedar ramai tidak mahu membantu PFA kerana saya sudah tidak berkuasa, namun insya-Allah satu hari nanti saya akan kembali berkuasa. Jika hari itu tiba, pada masa itu, saya tidak akan melayan sesiapa yang enggan bekerjasama dan berjuang dengan saya,” katanya.

Menurutnya, kedudukan kewangan PFA pada masa ini di bawah paras negatif dan beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang membimbangkan tapi belum mencapai tahap tenat.

“Kami memang tiada duit untuk membayar gaji tertunggak pemain dan jika masalah ini terus berlaku, kami akan dilanda masalah dan sukar menaikkan kembali imej bola sepak negeri,” katanya yang mengaku ada beberapa pemain ingin menyarung jersi pasukan itu tapi membatalkan hasrat selepas mengetahui masalah kewangan itu. Difahamkan PFA belum membayar setengah bulan gaji kepada pemain.

Justeru, Shahidan memberi bayangan sedia berundur jika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sudi menerima lamarannya menyertai PFA bagi menyelesaikan kemelut kewangan itu.

“Saya sudah menghubungi beliau, menyatakan hasrat mahu membawanya masuk dalam persatuan ini. Jika Menteri Besar menyertai kami, sudah tentu saya bukan lagi Presiden PFA. Saya serius bukan ajak-ajak ayam kerana sedar langkah menyelesaikan masalah kewangan PFA adalah dengan pembabitan Menteri Besar. Tapi setakat ini beliau menolak atas alasan tidak berminat dan tidak tahu bermain bola sepak.” Sementara itu, Shahidan berkata, kerajaan negeri juga masih belum membayar penuh bantuan diminta apabila hanya baru melunaskan RM100,000 daripada RM300,000 yang dipohon.

Namun, menurutnya, beliau tidak akan merayu namun memberitahu jika ada yang ingin berjuang bersama untuk melihat PFA kembali seperti dulu supaya menghulurkan sumbangan.

“Kami mengamalkan konsep berjuang bersama dan menang bersama,” katanya.