Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label cerita bola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita bola. Papar semua catatan

Harimau Melaya vs Barca

Kemuncak kehangatan hari raya ketiga ini diserikan lagi dengan perlawanan diantara harimau melaya menentang pasukan kelab bolasepak gergasi dunia barca yang dewakili oleh bintang2 bolasepak dunia.

Untuk mengetahui keputusan dan kehebatan aksi mereka,  mai kita pakat2 pakat tonton kat TV3. Selamat menonton...

(CERITA BOLA) SANGGUP HUTANG ALONG DEMI PERSATUAN BOLA SEPAK PERLIS (PFA)

Datuk Seri Shahidan Kassim

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku terpaksa berhutang dengan tiga along bagi menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda persatuan itu.

Biarpun sedar berisiko, beliau mendakwa terpaksa melakukannya kerana perlu menyelesaikan segera masalah kewangan itu dengan apa cara sekalipun.

“Saya tidak ada pilihan dan terpaksa berhutang dengan mereka kerana perlu menstabilkan semula kewangan persatuan,” katanya yang bagaimanapun enggan memberitahu jumlah sebenar dipinjam kecuali mengatakan memerlukan RM2 juta bagi menstabilkan kembali kedudukan kewangan PFA.

Menurutnya, beliau boleh meminjam daripada bank tapi perlu mencagarkan pelbagai benda bagi membolehkannya berhutang dan proses itu dianggapnya merumitkan.

Shahidan berkata, PFA tidak akan berada dalam situasi terdesak itu jika semua pihak menghulurkan bantuan melunaskan janji mereka, namun hingga kini tiada yang mengotakannya.

“Saya sedar ramai tidak mahu membantu PFA kerana saya sudah tidak berkuasa, namun insya-Allah satu hari nanti saya akan kembali berkuasa. Jika hari itu tiba, pada masa itu, saya tidak akan melayan sesiapa yang enggan bekerjasama dan berjuang dengan saya,” katanya.

Menurutnya, kedudukan kewangan PFA pada masa ini di bawah paras negatif dan beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang membimbangkan tapi belum mencapai tahap tenat.

“Kami memang tiada duit untuk membayar gaji tertunggak pemain dan jika masalah ini terus berlaku, kami akan dilanda masalah dan sukar menaikkan kembali imej bola sepak negeri,” katanya yang mengaku ada beberapa pemain ingin menyarung jersi pasukan itu tapi membatalkan hasrat selepas mengetahui masalah kewangan itu. Difahamkan PFA belum membayar setengah bulan gaji kepada pemain.

Justeru, Shahidan memberi bayangan sedia berundur jika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sudi menerima lamarannya menyertai PFA bagi menyelesaikan kemelut kewangan itu.

“Saya sudah menghubungi beliau, menyatakan hasrat mahu membawanya masuk dalam persatuan ini. Jika Menteri Besar menyertai kami, sudah tentu saya bukan lagi Presiden PFA. Saya serius bukan ajak-ajak ayam kerana sedar langkah menyelesaikan masalah kewangan PFA adalah dengan pembabitan Menteri Besar. Tapi setakat ini beliau menolak atas alasan tidak berminat dan tidak tahu bermain bola sepak.” Sementara itu, Shahidan berkata, kerajaan negeri juga masih belum membayar penuh bantuan diminta apabila hanya baru melunaskan RM100,000 daripada RM300,000 yang dipohon.

Namun, menurutnya, beliau tidak akan merayu namun memberitahu jika ada yang ingin berjuang bersama untuk melihat PFA kembali seperti dulu supaya menghulurkan sumbangan.

“Kami mengamalkan konsep berjuang bersama dan menang bersama,” katanya.

(SEMBANG BOLA) MALAYSIA BELASAH FILIPINA 7 - 0


(SEMBANG BOLA) MALAYSIA BELASAH FILIPINA 7 - 0 PENYERANG Sabah, Rozaimi Abd Rahman meledak empat gol ketika skuad B-22 negara mudah membelasah Filipina 7-0 pada aksi kedua Kumpulan G, Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di Stadium Aung San, Yangon petang semalam.

Rozaimi, 20, yang hanya dimasukkan pada 10 minit terakhir ketika skuad negara tewas 2-3 kepada Korea Selatan Sabtu lalu, berjaya membalas kepercayaan diberi jurulatih, Ong Kim Swee.
"Sebelum perlawanan, jurulatih (Kim Swee) bertanyakan tahap keyakinan saya. Saya pun cakap yang saya cukup yakin dan berjanji mahu beri tiga gol. Tak sangka pula dapat empat gol.
"Tapi agak terkilan juga terpaksa dikeluarkan (minit ke-76) kerana sedikit kekejangan otot. Insya-Allah kalau diberi peluang beraksi lagi, saya akan berikan yang terbaik," kata Rozaimi ketika ditemui selepas perlawanan.

Empat gol Rozaimi itu dijaringkan pada minit ke-2, 34, 68 (penalti) dan 73, manakala tiga lagi gol disumbat Fandi Othman (32), Wan Zaharulnizam Zakaria (39) dan D Saarvindran (90).

Sementara itu, Kim Swee tidak mahu para pemainnya dibuai keyakinan kerana sasaran utama mereka tetap untuk perlu menang kesemua baki perlawanan menentang Taiwan (Khamis), Vietnam (Sabtu) dan Myanmar (3 Julai) untuk layak.

"Memang menang 7-0 satu pencapaian baik untuk meningkatkan semula keyakinan. Tapi kita kena fokus pada ketiga-tiga baki perlawanan. Walaupun Taiwan dibelasah teruk Korea Selatan, mereka berjaya tewaskan Vietnam. 
"Jadi saya bukan saja perlu merancang strategi, malah mengutamakan tahap kecergasan pemain dan memilih pemain sesuai untuk perlawanan berbeza. Sebab itulah saya turunkan Rozaimi dan beberapa pemain lain," kata Kim Swee.

Sumber : BH

(EURO 2012) SENARAI PASUKAN YANG BERTANDING


(EURO 2012) SENARAI PASUKAN YANG BERTANDING Esok tirai EURO 2012 akan di buka, Polland dan Ukraine sebagai tuan rumah akan menjanjikan persiapan pembukaan yang menarik dan terbaik berbanding negara-negara penganjurnya sebelum ni. Namun al rasa masih ramai yang belum mengetahui pasukan Negara-negara manakah yang layak ke saingan berprestij bolasepak eropah itu. Harap masih belum terlambat untuk al kongsikan senarai 16 negara yang layak ke Euro 2012 ini.

SENARAI PASUKAN YANG BERTANDING.

Kumpulan A
Polland
Greece
Rusia
Republik Czech

Kumpulan B
Belanda
Denmark
Jerman
Portugal

Kumpulan C
Sepanyol
Itali
Republik Ireland
Croatia

Kumpulan D
Ukraine
Sweden
Perancis
England

P/s : Yang mana satu pasukan pilihan anda? al pilih Sepanyol anda bagaimana???





NAZMI FAIZ BUKA LEMBARAN BARU UNTUK SUKAN BOLA SEPAK NEGARA


NAZMI FAIZ BUKA LEMBARAN BARU UNTUK SUKAN BOLA SEPAK NEGARA KEJAYAAN pemain muda negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar akan membuka lembaran baru kepada pembangunan pemain muda di negara ini.

Bagi pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee, berita terbaru mengenai Nazmi ini begitu menggembirakan dan cukup bagus untuk pendedahan pemain muda itu di peringkat tertinggi.
“Ini satu perkembangan yang cukup baik kerana sebelum ini hanya pemain senior saja yang mendapat peluang di peringkat lebih tinggi.

Ini satu perkembangan yang cukup baik kerana sebelum ini hanya pemain senior saja yang mendapat peluang di peringkat lebih tinggi. - Ong Kim Swee, Jurulatih Harimau Muda “Perkhabaran positif Nazmi ini akan membuka lembaran baru kepada aspek pembangunan pemain muda di negara ini untuk terus melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti,” katanya ketika dihubungi di Slovakia, semalam.

Menurut laman web rasmi kelab berkenaan, tonggak Harimau Muda yang beraksi di saingan Liga Singapura itu, memikat perhatian panel pemilihan dan terus ditawarkan kontrak tiga tahun untuk menyarung jersi kelab itu.

Namun, di sebalik kejayaan Nazmi memikat kelab Portugal itu, Kim Swee menegaskan semua pihak tidak boleh terus ‘dibuai mimpi indah’, sebaliknya usaha pencarian dan pembangunan pemain muda harus dilipat gandakan.

“Daripada penubuhan Harimau Muda kira-kira empat tahun lalu, kini kita sudah boleh lihat hasilnya. Tapi pembangunan pemain muda tidak boleh berhenti begitu saja. 
“Saya akan berjumpa dengan ejen Nazmi (Marco Guimaere) malam ini (semalam). Selepas pertemuan itu, baru kita akan dapat tahu lebih lanjut mengenai kontrak yang ditawarkan kepada Nazmi,” katanya.

MANCHESTER UNITED VS ASTON VILLA 15 APRIL 2012 | LIVE STREAMING


MANCHESTER UNITED VS ASTON VILLA 15 APRIL 2012 | LIVE STREAMING | Malam ini bakal berlangsungnya satu-satunya perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) diantara Machester United vs Aston Villa pada jam 11.00 mlm nanti. Saksikan siaran langsung perlawanan secara Live Streaming pada link yang disediakan. nantikan juga keputusan penuh perlawanan Machester United vs Aston Villa yang akan diupdate sepanjang perlawanan berlangsung nanti.

Video streaming akan diupdate disini jika dibenarkan 30 minit sebelum perlawanan bermula. 


SUMBER : ABGTEROR.com

KHAIRUL FAHMI (APEK) 'PONTENG' LATIHAN | BUAT HAL LAGI KA DIA NI? | PETER BUTLER SERAH PADA KAFA!

KHAIRUL FAHMI (APEK) 'PONTENG' LATIHAN |  BUAT HAL LAGI KA DIA NI? | PETER BUTLER SERAH PADA KAFA! | Jurulatih Kelantan, Peter James Butler enggan mengulas lanjut kedudukan penjaga golnya dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang tiada bersama skuad Olimpik negara ketika menjalani latihan menjelang pusingan kelayakan menentang Bahrain pada 5 Februari 2012 ini. 

Menurutnya, hanya Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang layak untuk mengeluarkan kenyataan. Dilaporkan ketiadaan Khairul Fahmi untuk menjalani latihan bersama skuad Olimpik mulai semalam turut menjadi tanda tanya kepada jurulatih Ong Kim Swee. Butler berkata beliau tidak menghalang Khairul Fahmi yang lebih mesra dengan panggilan Apek untuk menyertai latihan bersama skuad Olimpik kerana itu adalah tanggungjawabnya kepada negara.

Sumber : ammboi