Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

▼

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label bola sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bola sepak. Papar semua catatan

(CERITA BOLA) SANGGUP HUTANG ALONG DEMI PERSATUAN BOLA SEPAK PERLIS (PFA)

Datuk Seri Shahidan Kassim

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku terpaksa berhutang dengan tiga along bagi menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda persatuan itu.

Biarpun sedar berisiko, beliau mendakwa terpaksa melakukannya kerana perlu menyelesaikan segera masalah kewangan itu dengan apa cara sekalipun.

“Saya tidak ada pilihan dan terpaksa berhutang dengan mereka kerana perlu menstabilkan semula kewangan persatuan,” katanya yang bagaimanapun enggan memberitahu jumlah sebenar dipinjam kecuali mengatakan memerlukan RM2 juta bagi menstabilkan kembali kedudukan kewangan PFA.

Menurutnya, beliau boleh meminjam daripada bank tapi perlu mencagarkan pelbagai benda bagi membolehkannya berhutang dan proses itu dianggapnya merumitkan.

Shahidan berkata, PFA tidak akan berada dalam situasi terdesak itu jika semua pihak menghulurkan bantuan melunaskan janji mereka, namun hingga kini tiada yang mengotakannya.

“Saya sedar ramai tidak mahu membantu PFA kerana saya sudah tidak berkuasa, namun insya-Allah satu hari nanti saya akan kembali berkuasa. Jika hari itu tiba, pada masa itu, saya tidak akan melayan sesiapa yang enggan bekerjasama dan berjuang dengan saya,” katanya.

Menurutnya, kedudukan kewangan PFA pada masa ini di bawah paras negatif dan beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang membimbangkan tapi belum mencapai tahap tenat.

“Kami memang tiada duit untuk membayar gaji tertunggak pemain dan jika masalah ini terus berlaku, kami akan dilanda masalah dan sukar menaikkan kembali imej bola sepak negeri,” katanya yang mengaku ada beberapa pemain ingin menyarung jersi pasukan itu tapi membatalkan hasrat selepas mengetahui masalah kewangan itu. Difahamkan PFA belum membayar setengah bulan gaji kepada pemain.

Justeru, Shahidan memberi bayangan sedia berundur jika Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sudi menerima lamarannya menyertai PFA bagi menyelesaikan kemelut kewangan itu.

“Saya sudah menghubungi beliau, menyatakan hasrat mahu membawanya masuk dalam persatuan ini. Jika Menteri Besar menyertai kami, sudah tentu saya bukan lagi Presiden PFA. Saya serius bukan ajak-ajak ayam kerana sedar langkah menyelesaikan masalah kewangan PFA adalah dengan pembabitan Menteri Besar. Tapi setakat ini beliau menolak atas alasan tidak berminat dan tidak tahu bermain bola sepak.” Sementara itu, Shahidan berkata, kerajaan negeri juga masih belum membayar penuh bantuan diminta apabila hanya baru melunaskan RM100,000 daripada RM300,000 yang dipohon.

Namun, menurutnya, beliau tidak akan merayu namun memberitahu jika ada yang ingin berjuang bersama untuk melihat PFA kembali seperti dulu supaya menghulurkan sumbangan.

“Kami mengamalkan konsep berjuang bersama dan menang bersama,” katanya.

(SEMBANG BOLA) MALAYSIA BELASAH FILIPINA 7 - 0


(SEMBANG BOLA) MALAYSIA BELASAH FILIPINA 7 - 0 | PENYERANG Sabah, Rozaimi Abd Rahman meledak empat gol ketika skuad B-22 negara mudah membelasah Filipina 7-0 pada aksi kedua Kumpulan G, Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di Stadium Aung San, Yangon petang semalam.

Rozaimi, 20, yang hanya dimasukkan pada 10 minit terakhir ketika skuad negara tewas 2-3 kepada Korea Selatan Sabtu lalu, berjaya membalas kepercayaan diberi jurulatih, Ong Kim Swee.
"Sebelum perlawanan, jurulatih (Kim Swee) bertanyakan tahap keyakinan saya. Saya pun cakap yang saya cukup yakin dan berjanji mahu beri tiga gol. Tak sangka pula dapat empat gol.
"Tapi agak terkilan juga terpaksa dikeluarkan (minit ke-76) kerana sedikit kekejangan otot. Insya-Allah kalau diberi peluang beraksi lagi, saya akan berikan yang terbaik," kata Rozaimi ketika ditemui selepas perlawanan.

Empat gol Rozaimi itu dijaringkan pada minit ke-2, 34, 68 (penalti) dan 73, manakala tiga lagi gol disumbat Fandi Othman (32), Wan Zaharulnizam Zakaria (39) dan D Saarvindran (90).

Sementara itu, Kim Swee tidak mahu para pemainnya dibuai keyakinan kerana sasaran utama mereka tetap untuk perlu menang kesemua baki perlawanan menentang Taiwan (Khamis), Vietnam (Sabtu) dan Myanmar (3 Julai) untuk layak.

"Memang menang 7-0 satu pencapaian baik untuk meningkatkan semula keyakinan. Tapi kita kena fokus pada ketiga-tiga baki perlawanan. Walaupun Taiwan dibelasah teruk Korea Selatan, mereka berjaya tewaskan Vietnam. 
"Jadi saya bukan saja perlu merancang strategi, malah mengutamakan tahap kecergasan pemain dan memilih pemain sesuai untuk perlawanan berbeza. Sebab itulah saya turunkan Rozaimi dan beberapa pemain lain," kata Kim Swee.

Sumber : BH

(EURO 2012) SENARAI PASUKAN YANG BERTANDING


(EURO 2012) SENARAI PASUKAN YANG BERTANDING | Esok tirai EURO 2012 akan di buka, Polland dan Ukraine sebagai tuan rumah akan menjanjikan persiapan pembukaan yang menarik dan terbaik berbanding negara-negara penganjurnya sebelum ni. Namun al rasa masih ramai yang belum mengetahui pasukan Negara-negara manakah yang layak ke saingan berprestij bolasepak eropah itu. Harap masih belum terlambat untuk al kongsikan senarai 16 negara yang layak ke Euro 2012 ini.

SENARAI PASUKAN YANG BERTANDING.

Kumpulan A
Polland
Greece
Rusia
Republik Czech

Kumpulan B
Belanda
Denmark
Jerman
Portugal

Kumpulan C
Sepanyol
Itali
Republik Ireland
Croatia

Kumpulan D
Ukraine
Sweden
Perancis
England

P/s : Yang mana satu pasukan pilihan anda? al pilih Sepanyol anda bagaimana???





NAZMI FAIZ BUKA LEMBARAN BARU UNTUK SUKAN BOLA SEPAK NEGARA


NAZMI FAIZ BUKA LEMBARAN BARU UNTUK SUKAN BOLA SEPAK NEGARA | KEJAYAAN pemain muda negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar akan membuka lembaran baru kepada pembangunan pemain muda di negara ini.

Bagi pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee, berita terbaru mengenai Nazmi ini begitu menggembirakan dan cukup bagus untuk pendedahan pemain muda itu di peringkat tertinggi.
“Ini satu perkembangan yang cukup baik kerana sebelum ini hanya pemain senior saja yang mendapat peluang di peringkat lebih tinggi.

Ini satu perkembangan yang cukup baik kerana sebelum ini hanya pemain senior saja yang mendapat peluang di peringkat lebih tinggi. - Ong Kim Swee, Jurulatih Harimau Muda “Perkhabaran positif Nazmi ini akan membuka lembaran baru kepada aspek pembangunan pemain muda di negara ini untuk terus melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti,” katanya ketika dihubungi di Slovakia, semalam.

Menurut laman web rasmi kelab berkenaan, tonggak Harimau Muda yang beraksi di saingan Liga Singapura itu, memikat perhatian panel pemilihan dan terus ditawarkan kontrak tiga tahun untuk menyarung jersi kelab itu.

Namun, di sebalik kejayaan Nazmi memikat kelab Portugal itu, Kim Swee menegaskan semua pihak tidak boleh terus ‘dibuai mimpi indah’, sebaliknya usaha pencarian dan pembangunan pemain muda harus dilipat gandakan.

“Daripada penubuhan Harimau Muda kira-kira empat tahun lalu, kini kita sudah boleh lihat hasilnya. Tapi pembangunan pemain muda tidak boleh berhenti begitu saja. 
“Saya akan berjumpa dengan ejen Nazmi (Marco Guimaere) malam ini (semalam). Selepas pertemuan itu, baru kita akan dapat tahu lebih lanjut mengenai kontrak yang ditawarkan kepada Nazmi,” katanya.

MANCHESTER UNITED VS ASTON VILLA 15 APRIL 2012 | LIVE STREAMING


MANCHESTER UNITED VS ASTON VILLA 15 APRIL 2012 | LIVE STREAMING | Malam ini bakal berlangsungnya satu-satunya perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) diantara Machester United vs Aston Villa pada jam 11.00 mlm nanti. Saksikan siaran langsung perlawanan secara Live Streaming pada link yang disediakan. nantikan juga keputusan penuh perlawanan Machester United vs Aston Villa yang akan diupdate sepanjang perlawanan berlangsung nanti.

Video streaming akan diupdate disini jika dibenarkan 30 minit sebelum perlawanan bermula. 


SUMBER : ABGTEROR.com

Sukan Bola Sepak, Safee Sali Curi Tumpuan...

BAGAIKAN pahlawan di zaman silam, penyerang Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali jelas tidak pernah mengenal erti mengaku kalah.

'Takkan Safee hilang di dunia', kecederaan otot yang selama ini membelenggunya ternyata tidak menghalang penyerang prolifik itu daripada berterusan menjaringkan gol semasa latihan ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City setakat ini.

Semalam, Safee sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila berjaya mengatasi beberapa pemain pertahanan Cardiff sebelum meledak beberapa gol, dan aksinya itu dikatakan mula menggamit perhatian pengendali Cardiff, Malky Mackay yang kini dikatakan lebih cenderung menguji Safee berbanding penyerang lain semasa sesi latihan tersebut.

Doa ribuan peminat bola sepak tanah air yang mengiringi pemergiannya ke bumi Cardiff sejak Isnin lalu bagi memburu misi sebagai pemain pertama Malaysia beraksi dalam kancah saingan bola sepak England ternyata berbaloi apabila Safee tidak lagi dihantui kecederaan itu.

Kelantan vs Felda United 14/9/2011 / Kelantan Kalah 2-0


P/s : Kepada penyokong pasukan Kelantan, di harapkan anda semua bersabar dan terima lah hakikat kekalahan pasukan anda... Majulah Sukan Untuk Negara...

Harimau Malaya Di Ketepikan Sang Singa...

Malam ni ialah malam kekalahan bagi skuad Harimau, bila kalah ramai yang kata bola itu bulat, semua itu nasib. Bagi aku memang bola itu bulat bukan leper atau bersegi tapi kalau pemain-pemain yang memainkan bola tersebut pandai memainkan peranan dengan mengunakan skil yang ada serta bermain dalam semangat berpasukan, sudah tentu kejayaan akan menjadi milik kita. Pemainan malam ni alcatraz rasa dah OK walaupun ada sedikit kelemahan, tapi nak buat macam mana, semua tu kan nasib hehe... Nasib nasib dan nasib...

Terkubur hasrat Malaysia untuk terus melangkah ke perlawanan seterusnya, namun sekalung pujian di ucapkan  kepada semua pemain negara yang bermain secara bermati-matian untuk mendapakan kemenangan, walaupun tidak berjaya untuk merangkul kemenagan dalam perlawanan yang berlangsung tadi... aku pun kecewa kalau hangpa semua nak tau...Sadih sangat tak tau nak cerita apa dah, cerita ku tamat kat sini sekian...

P/s : Rasa kecewa, tapi apa nak buat semua itu dah tersurat, cuba lagi di lain kali dan teruskan usaha serta mantapkan latihan anda. Pada jurulatih dan para peminat bersabar lah...

Bola Sepak : Harimau Tak Gentar Akan Ngauman Sang Singa...

BIAR apa pun rintangan yang datang pada perlawanan pusingan kedua kelaya-kan Piala Dunia 2014 Zon Asia Harimau Malaya tidak goyah untuk berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal berkata, anak buahnya sudah bersedia selain teruja bertemu Lions.

“Semua pemain bersedia untuk perlawanan malam esok (hari ini) dan tidak sabar untuk bermain di laman sendiri dihadapan lebih 80,000 penyokong negara.

“Saya tidak nampak mereka tertekan kerana mereka faham peranan yang digalas itu sememangnya berat. Apa yang penting kita akan cuba mencari gol awal,” katanya.

Selain itu, Rajagobal belum memutuskan siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan.

Namun, jurulatih itu menamakan Safee Sali dan Aidil Zafuan Abd Radzak sebagai calon sesuai menggantikan Safiq Rahim yang digantung akibat menerima kad merah pada pertemuan pertama di Singapura.

“Kita akan lihat sama ada Safee atau Aidil yang akan diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan pada perlawanan nanti.

“Saya masih belum membuat keputusan mengenai perkara ini dan hanya akan memilih pada taklimat pagi esok (hari ini),” katanya. sinar

P/s : Semoga pasukan Malaysia berjaya malam ni, dengan jaringan besar punya hehe...

(PHOTOS) Uruguay Wins Copa America 2011, Beats Paraguay 3-0


BUENOS AIRES, Argentina - Diego Forlan menjaringkan dua gol dan Uruguay memenangi Copa Amerika selepas menewaskan Paraguay 3-0 Ahad lalu.

Luis Suarez juga menjaringkan gol untuk Uruguay, yang diikuti penampilan separuh akhir pada Piala Dunia 2010 dengan memenangi kejohanan Amerika Selatan buat kali pertama sejak 1995.

"Kami bermain sebagai satu kumpulan," kata Suarez, yang telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan. "Saya fikir apabila kumpulan bersatu seperti ini, semua orang bersama-sama dan bagi perkara yang sama, anda boleh mendapatkan perkara yang dilakukan."

Argentina dan Brazil yang kecewa dalam suku akhir Copa. Uruguay menggulingkan Argentina pada penalti dan Paraguay dihapuskan Brazil, juga dalam penentuan.

Argentina telah memenangi 14 kali, Brazil lapan. Brazil telah memenangi empat daripada lima gelaran yang lalu.

BOLA SEPAK : Malaysia vs Singapura 28 Julai 2011 Di Stadium Nasional Bukit Jalil...


Bola, bola, bola... Sekarang semua heboh cerita pasai bola, kemana hala tuju bola sepak negara kita sebenarnya?  Perlawanan baru-baru ini di Singapura pun Malaysia kalah 5 - 3 , harap-harap perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 julai 2011 akan menbuah hasil pada skuad bimbingan Datuk K Rajagopal...

Sekiranya Malaysia dapat membolosi gawang Singapura dengan jaringan gol yang banyak serta dapat mengekang kemaraan Singapura, sudah pastinya kejayaan memihak kepada Malaysia. Walaupun  kalah, alcatraz masih berbangga menjadi peminat pasukan Malaysia  kerana semua pemain kita semuanya warga negara asal Malaysia, bukan macam pasukan Singapura tu, Separuh dari pemain dia bukan warga negara asal negara dia pun...

Ok bagi sesiapa yang nak menyaksikan perlawanan ini, tiket- tiket boleh di dapati di lokasi-lokasi tersebut:

Kuanter Tiket : Pintu Masuk Utama Stadium MBPJ, Pintu Masuk Stadium A Shah Alam, Yellow Gate Stadium Nasional Bukit Jalil mulai 9 pagi hingga 7 malam pada 26 dan 27 julai 2011. Bagi yang tidak mempunyai masa untuk ke lokasi-lokasi tersebut, anda juga boleh mendapatkannya secara online di http://www.tickethotline.com.my .

Tahniah kepada pasukan bolasepak malaysia... penantian 14thn berakhir...

HANOI – Penantian 14 tahun Malaysia untuk melangkah ke final Piala Suzuki AFF berakhir semalam apabila anak-anak buah K. Rajagobal menyingkirkan penyandang juara, Vietnam menerusi agregat 2-0 selepas perlawanan separuh akhir kedua berkesudahan 0-0.

Kejayaan ini mengulangi pencapaian terbaik negara yang kali terakhir layak ke final pada edisi sulung kejohanan 1996, di mana kita tumpas 0-1 kepada Thailand untuk muncul naib juara.

Malah, kemaraan ini meletakkan Malaysia di landasan untuk melakar sejarah menjulang piala buat kali pertama. Harapan itu tidak mustahil kerana kita telah membuktikannya dengan merangkul emas Sukan SEA dalam tempoh 20 tahun di Laos, tahun lalu.

Menanti Malaysia di final yang akan berlangsung secara timbal balik pada 26 dan 29 Disember adalah pemenang di antara Indonesia dan Filipina. Indonesia menang 1-0 pada separuh akhir pertama.

”Pujian buat semua pemain yang mempamer disiplin tinggi dan kesungguhan malam ini. Kita berhak melayakkan diri ke perlawanan akhir,’’ kata Rajagobal.

Stadium Nasional My Dinh, Hanoi menjadi saksi kesungguhan Malaysia mengekang asakan menggila tuan rumah yang berusaha mencari gol sebaik wisel permainan ditiupkan.

Skuad bimbingan Herique Calisto yang terdesak untuk mencari kemenangan selepas tewas 2-0 di Bukit Jalil mengatur asakan tanpa henti hingga tamat saingan.

Pujian selayaknya diberikan kepada skuad Harimau Malaya yang tidak tertekan dengan jeritan Vietnam! Vietnam!, sebaliknya disiplin dan kesungguhan membawa kepada kejayaan.

Tuan rumah kian tertekan selepas Pham Thanh Luoang dibuang padang pada minit ke-77 kerana membantah keputusan pengadil, Kim Sang Woo melayangkan kad kuning kepadanya selepas dia senaja menjatuhkan diri dalam kotak penalti. – UTUSAN

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK NEGARA...


Bukit Jalil melakar sejarah apabila Pasukan bolasepak negara memenangi saingan separuh akhir pertama membenam vietnam dengan 2 gol 0... Dengan kemenangan ini dapat mengubat hati peminat-peminat bolasepak negara yang selama ini menunggu kebangkitan pasukan kesayangan mereka...

Kepada pengurus, jurulatih serta semua pemain pasukan negara, alcatraz ucapkan berbanyak-banyak tahniah buat anda semua, kerana anda semua dapat menunjukkan semangat juwang yang tinggi selepas bangkit dari kekalahan teruk semasa menentang indonesia... Alcatraz amat berharap Piala Kejuaraan akan menjadi milik kita sekiranya pasukan negara dapat melangkah ke final...

Tahniah... tahniah... dan tahniah untuk semua rakyat malaysia yang menyokong pasuakan bolasepak negara... masih ada yang tak sokong ker?... Jom pakat-pakat sokong laaa... kalau bukan kita rakyat malaysia, sapa lagi yang nak sokong pasukan kita weiiii... 

Kepuasaan selepas menjaringkan gol... Ko terbaik Bro malam ni...


Fuhhhhhhh penat sungguh aku minggu ni...

Salam, apakhabar korang semua? alcatraz harap korng semua sihat dan selamat di bawah lindungan ALLAH s.w.t. Dua tiga hari lepas alcatraz sibuk sikit, nak tau apa yang menyebabkan alcatraz sibuk tak? mai sini alcatraz cerita.

Sabtu dan Ahad baru-baru ni, permintaan terhadap skill dan perkhidmatan alcatraz di perluakan oleh seorang sahabat. Tentu anda semua nak tau apa skill yang alcatraz ada kan haha... alcatraz ada la sikit-sikit skill dalam bidang ketukangan elektrik ( buat wiring lah ) dalam erti kata pendawaian elektrik.

Baru-baru ni ada seorang sahabat kat tempat kerja alcatraz minta tolong pasang lampu, kipas kat rumah yang baru di beli oleh anak beliau, rumah tu boleh tahan juga besar dan luasnya. Maklum lah rumah baru sebelum nak diduduki perlua lah di lengkapi dengan benda asas ni terutama lampu dan kipas selain dari bekalan air bersih hehe tapi keperluan asas korang pulak alcatraz tak tau la pulak.

Sabtu lepas start la buat keje kat umah dia ( sahabat alcatraz ) mula pun dah lewat lebih kurang jam 3.30pm sebab pagi masing-masing ada hal nak buat. Bila dah mula kerja lewat habisnya pun lewat, nak tau pukul berapa alcatraz habis kerja,  agak-agak korang kul berapa? hampir pukul 8.00pm jugak alcatraz habiskan kerja untuk hari tu haha... Ada lagi kerja yang belum di habiskan tetapi tuan rumah mintak tangguh kerana sebahagian peralatan belum dibeli, yang di beli semua sudah habis dipasang. 

Malam tu pulak ada siaran langsung bola sepak diantara kedah dan kelantan kat Astro Arena, tu sebab budjet buat kerja sampai kul 8.00pm jer sudah ke tak alcatraz tetap juga nak hentikan kerja tu. Bila dah habis kerja alcatraz bersolat magrib kat situ sebelum membuat terjahan ke warung-warung kopi berhampiran yang menyediakan perkhidmatan astro bersama-sama sahabat alcatraz tu. 

Sampai saja kat situ alcatraz terus order air kopi ais, dahaga betul alcatraz waktu tu dengan baju basah-basah lagi dik peluh jantan alcatraz yang keluar tak henti-henti akibat daripada tidak balas haba semasa melakukan kerja-kerja tadi serta aroma peluh yang mewangikan keadaan sekeliling hehe ( wangi kah tu? ) dengan selamber jer alcatraz duduk dan minum kat situ. Ada aku kisah ( kata azwan ali ) hehe. 

Dependekkan cerita selepas beberapa jam menonton perlawanan dan bergelas-gelas air di habiskan akhirnya kenari kalah lagi. Terkilan jugak alcatraz di akhir2 perlawanan kelantan dapat juga menjaringkan gol tungal perlawanan. Sahabat alcatraz apa lagi bersorak gembira lah sebab dia orang kelantan haha... hampehhh jer alcatraz tengok, siap cakap sabar-sabar tahun depan ada lagi yang tu yang tak tahan tu... Apa-apa pun bola tu bulat dan nasib berpihak kepada kelantan, tetapi memang best pun kelantan main malam tu. 

Buat penyokong kelantan alcatraz ucap tahniah, semasa perlawanan akhir nanti jadi lah penyokong yang terbaik jaga tata susila kita sebagai penyokong ( kita bukan pengganan ok ) good luck untuk semua peminat-peminat bola sepak.

P/s : Kalau ada rakan-rakan nak mitak bantuan alcatraz untuk buat wiring, call lah alcatraz kat Hotline ni hehe 012-*******