Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

▼

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label amuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amuk. Papar semua catatan

(TERKINI) PUNCA SEBENAR PASANGAN AMUK DI JPM PUTRAJAYA

(TERKINI) PUNCA SEBENAR PASANGAN AMUK DI JPM PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi bersama pasangannya, seorang wanita mengamuk sambil masing-masing melibas pedang samurai ke arah orang ramai dan penjawat awam selepas menceroboh masuk ke kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.


Dalam kejadian pada jam kira-kira 2.30 petang itu, seorang daripada suspek terbabit turut meletakkan pedang samurai pada leher seorang daripada anggota polis bantuan serta melibas dan merosakkan cermin kereta di perkarangan bangunan berkenaan. 


Keadaan yang tidak terkawal dan berbahaya itu memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah dua suspek terbabit, dengan dua das daripadanya terkena pada tangan kanan dan bahagian bawah perut suspek lelaki, manakala satu tembakan lagi terkena paha kanan wanita itu. 

Berikutan itu, kedua suspek terbabit dibawa ke Hospital Putrajaya, sebelum suspek lelaki disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

P/s : Dah macam-macam berlaku kat Malaysia ni, tu pun depa tak mau sedaq lagi... Fikir dan renung-renungkan...

(AMUK) SEORANG AYAH MENGAMUQ, KERANA ANAK TAK BELIKAN LAPTOP


(AMUK) SEORANG AYAH MENGAMUQ, KERANA ANAK TAK BELIKAN LAPTOP | CHERAS: Hanya kerana anak lelakinya enggan membelikan komputer riba yang diminta, seorang lelaki tiba-tiba bertindak agresif dengan merantai pagar kediaman anaknya itu sebelum mengugut mahu membakar rumah teres dua tingkat itu di Taman Gemilang, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki berusia 40-an terbabit yang datang bersama isteri barunya dengan bersenjatakan kapak sambil mengarahkan anak lelakinya membuka pintu dan membenarkannya masuk.

Menurut sumber, anak lelaki suspek yang berusia 20 tahun tidur ketika bapanya datang membuat bising dan menyuruhnya membuka pagar rumah.

“Bagaimanapun, anak suspek enggan berbuat demikian kerana bapanya agak kasar sambil memaki-hamun di depan pagar berkenaan.

“Berang dengan keengganan anaknya, suspek pergi ke kereta Proton Exora miliknya sebelum datang semula dengan membawa kapak dan rantai besi lalu merantai pagar rumah berkenaan.

“Berikutan itu, mangsa membuat panggilan kecemasan sebelum polis tiba di tempat kejadian dan membawa suspek ke balai polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata suspek kini direman hingga hari ini.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : myMetro

SETAN PUNYA ANAK

SETAN PUNYA ANAK | KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 69 tahun membuat laporan meminta polis menahan anak lelakinya selepas dia gagal mengawal suspek.

Warga emas itu bertindak demikian selepas anak lelakinya berusia 20-an membelasahnya selain memukul wakil penduduk di sebuah flat di Jinjang, di sini, kelmarin hanya kerana mereka menasihatkannya supaya berubah.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, suspek dilaporkan mengamuk dengan memecahkan barangan dalam rumahnya sebelum menyerang bapanya dan wakil penduduk yang menasihatkannya.

Menurut sumber, bapa mangsa yang gagal mengawal anak lelakinya itu meminta wakil penduduk di kawasan perumahan berkenaan menasihatkan suspek dengan harapan nasihat itu didengari suspek.

“Bagaimanapun, tindakan si bapa dan wakil penduduk itu menimbulkan kemarahan suspek sebelum lelaki terbabit memaki-hamun mereka.

“Suspek yang gagal mengawal kemarahan menumbuk dan menyepak bapanya,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menyerang wakil penduduk berkenaan dengan menampar mangsa beberapa kali sebelum memukulnya.

“Amukan suspek tidak berakhir apabila dia mengamuk di tempat letak kereta kawasan perumahan berkenaan,” katanya.

Difahamkan, suspek memecahkan pasu bunga dan papan kenyataan di kawasan perumahan itu.

Katanya, suspek meninggalkan kawasan itu selepas melihat ramai penduduk menyaksikan kejadian itu.

Sehubungan itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang meminta polis menahan anaknya itu kerana gagal mengawalnya selain bimbang suspek mencederakan lebih ramai penduduk di kawasan berkenaan.

Dalam laporannya, mangsa mengesyaki anak lelakinya mungkin terbabit penagihan dadah hingga gagal mengawalnya.

Difahamkan, mangsa dan wakil penduduk berkenaan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber : Metro