Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

▼

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label cerita panas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita panas. Papar semua catatan

(PANAS) GAMBAR KERETA BMW TERBAKAR.

Lokasi kejadian :  jln. Sungai korok jitra, kedah.
Waktu kejadian : 7.10 am

(TERLEBIH POWER) WANITA MAUT DISEBABKAN OVERDOSE UBAT PERANGSANG SEKS


SUNGAI PETANI: Tindakan sepasang kekasih melakukan eksperimen ketika berasmara dengan meminum sejenis ubat cecair dipercayai perangsang bersama minuman isotonik mengundang padah apabila pasangan wanitanya mati dipercayai akibat sesak nafas, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 11 malam di sebuah rumah tumpangan di Taman Mutiara, Jalan Bakar Sampah, di sini.

Wanita berusia 23 tahun bersama lelaki berusia 20 tahun terbabit menyewa rumah itu dipercayai untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.

Sumber berkata, pasangan terbabit ditemui orang awam jam 12 tengah malam semalam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan berhampiran sebuah tokong apabila lelaki terbabit dilihat memapah wanita itu.

Menurutnya, dia cuba meminta pertolongan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mulut wanita itu sudah berbuih.

P/s : Semoga cerita ini menjadi iktibar kepada mereka yang masih lagi melakukan perkara-perkara terkutuk sebegini dan ingat azab ALLAH S.W.T amat lah pedih...

Sumber : HM

SETAN PUNYA ANAK

SETAN PUNYA ANAK | KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 69 tahun membuat laporan meminta polis menahan anak lelakinya selepas dia gagal mengawal suspek.

Warga emas itu bertindak demikian selepas anak lelakinya berusia 20-an membelasahnya selain memukul wakil penduduk di sebuah flat di Jinjang, di sini, kelmarin hanya kerana mereka menasihatkannya supaya berubah.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, suspek dilaporkan mengamuk dengan memecahkan barangan dalam rumahnya sebelum menyerang bapanya dan wakil penduduk yang menasihatkannya.

Menurut sumber, bapa mangsa yang gagal mengawal anak lelakinya itu meminta wakil penduduk di kawasan perumahan berkenaan menasihatkan suspek dengan harapan nasihat itu didengari suspek.

“Bagaimanapun, tindakan si bapa dan wakil penduduk itu menimbulkan kemarahan suspek sebelum lelaki terbabit memaki-hamun mereka.

“Suspek yang gagal mengawal kemarahan menumbuk dan menyepak bapanya,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menyerang wakil penduduk berkenaan dengan menampar mangsa beberapa kali sebelum memukulnya.

“Amukan suspek tidak berakhir apabila dia mengamuk di tempat letak kereta kawasan perumahan berkenaan,” katanya.

Difahamkan, suspek memecahkan pasu bunga dan papan kenyataan di kawasan perumahan itu.

Katanya, suspek meninggalkan kawasan itu selepas melihat ramai penduduk menyaksikan kejadian itu.

Sehubungan itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang meminta polis menahan anaknya itu kerana gagal mengawalnya selain bimbang suspek mencederakan lebih ramai penduduk di kawasan berkenaan.

Dalam laporannya, mangsa mengesyaki anak lelakinya mungkin terbabit penagihan dadah hingga gagal mengawalnya.

Difahamkan, mangsa dan wakil penduduk berkenaan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber : Metro

(CERITA PANAS) KAKITANGAN PERUBATAN SEBUAH KLINIK SWASTA LAKUKAN SEKS ORAL TERHADAP PESAKIT


(CERITA PANAS) KAKITANGAN PERUBATAN SEBUAH KLINIK SWASTA LAKUKAN SEKS ORAL TERHADAP PESAKIT | PAKA – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku beberapa hari lalu di dalam bilik rawatan di klinik terbabit, ketika pesakitnya yang merupakan seorang pelajar lelaki di salah sebuah sekolah menengah berdekatan, datang untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit pada bahagian dada.

Sebaik tiba gilirannya, mangsa dipanggil ke dalam bilik rawatan dan kakitangan perubatan itu melakukan pemeriksaan pada bahagian dada, sebelum mengeluarkan resit agar mangsa mendapatkan ubat.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu diarahkan masuk semula ke dalam bilik rawatan, sebelum diarah menyelak baju untuk melakukan pemeriksaan semula.

Mangsa turut diarahkan menanggalkan seluar, sebelum kakitangan perubatan berusia 20-an itu memegang kemaluan pelajar lelaki itu, dan melakukan seks oral selama beberapa minit.

Selepas itu, pesakit berkenaan yang berasal dari sebuah taman dekat sini diarahkan memakai semula seluarnya dan meninggalkan bilik rawatan itu.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Paka mengenai kejadian itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan dan suspek telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian

Lagi Kes Pondan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim Arah Tahan Natasya Farisya...

Baca kenyataan di bawah ni...
KANGAR: “Saya bukan sebarang pondan kerana dianugerahi keistimewaan oleh Tuhan yang mungkin tidak terdapat pada pondan lain mengakibatkan saya kini menjadi sasaran kerana perasaan cemburu dan berdendam.

“Ia (cemburu dan dendam) bukannya daripada golongan sejenis, tetapi turut membabitkan wanita yang mungkin meminati teman saya (Mohd Hafizuddin Johari, 20) dan lelaki yang meminati saya kerana pernah diugut akan dirogol beramai-ramai,” kata lelaki berperwatakan wanita, Natasya Farisya, 28, yang juga teman istimewa Mohd Hafizuddin, mangsa simbahan asid di depan sebuah rumah di Taman Seri Bakau, di sini, pada awal pagi Sabtu.

Natasya berkata, sejak kejadian simbahan asid berlaku terhadap Mohd Hafizuddin, hidupnya menjadi tidak tenteram dan kini perlu sentiasa berhati-hati kerana bimbang perkara sama akan berulang ke atas dirinya.

( Surau Al-Musyrikin ) : Betui Ka Nama Surau Yang Depa Sebut Ni?...




Dipetik dari BULETIN UTAMA 22 OGOS 2011...

Dengar elok-elok apa yang akan di sampaikan oleh pembaca berita TV3 tu !

Sekumpulan ahli kariah surau sekitar Jalan Klang Lama, siang tadi berhimpun di depan kelas tuisyen yang didakwa menyebarkan agama kristian kepada pelajarnya.

Ia diketuai Pengerusi Kariah Surau Al-Musyrikin, Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof beserta kira-kira 50 ahli kariah surau.

Mereka berarak membawa poster, antaranya meminta kelas tuisyen ini memahami perlembagaan negara selain memberi amaran, segala tindakan kelas tuisyen itu akan diperhatikan.

Rabu lalu, kelas tuisyen ini yang disewa di kawasan perumahan, di Taman Hock Ann didakwa menyebar ajaran kristian kepada pelajarnya yang beragama Islam.

Kelas tuisyen terbabit dipercayai dibuka oleh mubaligh kristian sejak enam tahun lalu dan diikuti 16 murid Islam dari empat sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan Jalan Klang Lama.

P/s : Apakah ini semua benar? kalau benar siapa dia yang bagi nama surau macam tu, awat jahil sangat ka?...

Sumber : mama tunz

Harian Metro : Berita Panas Hari Ini... Khairul Fahmi Che Mat / Elia Jejari Runcing...


KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

HARAM BERTATU DALAM ISLAM.

Gambar ni aku google jer, hehe keluar PoPeyes lagi tu...

Mukadimah pembuka bicara :

Tatu ialah tanda pada badan yang dibuat dengan melarik, mencucuk dan memasukkan warna.

Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah bahawa tatu itu ialah mencucukkan jarum atau sebagainya di belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau selainnya di tubuh badan sehingga darah mengalir. Kemudian diisi tempat itu dengan celak atau kapur tohor (kapur hidup) sehingga menjadi hijau.

Tatu pada kebiasaannya dijadikan sebagai perhiasan atau adat atau kerana tujuan keagamaan dengan mengukir gambar-gambar, lambang, nama kumpulan atau sebagainya di tubuh badan.
Namun pada hakikatnya, tatu itu boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan orang yang bertatu. Kesan-kesannya adalah seperti berikut:-

(i) Alahan pada jenis pigmen atau pewarna yang digunakan. Simptom seperti bengkak dan gatal-gatal pada bahagian yang mempunyai kesan merah akibat mentatu.

(ii) Jangkitan penyakit Hepatitis B.

(iii) Jangkitan HIV dan Hepatitis C boleh berjangkit sekiranya jarum yang tercemar digunakan.

Kesukaran dan kesakitan dalam menghilangkan kesan tatu itu juga tidak dapat dinafikan. Antara kaedah bagi menghilangkan tatu tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Menggunakan laser yang boleh menghuraikan pewarna kepada partikel-partikel kecil yang boleh dicerna oleh kulit.

(ii) Excision melibatkan pemotongan bahagian kulit yang mempunyai tatu.

(iii) Salabrasion yang menggunakan air garam untuk disapukan ke atas tatu bagi merosakkan kulit.

TV3 PAPARKAN KES AL-MAUNAH YANG MENGGEMPARKAN MALAYSIA SATU KETIKA DULU.


Jangan tergejut kawan-kawan bila tengok lambang kat atas tu, alcatraz bukan ahli kumpulan al-ma'unah. Tetapi alcatraz hanya nak berkongsi cerita ni dengan anda semua. Semalam TV3 ada paparkan hal ini dalam rancangannya yang bertajuk ( KES ), alcatraz tengok rancangan tu masa alcatraz tengah tunggu sesi pemeriksaan kesihatan di klinik 1malaysia kat kangar ni. Alcatraz pergi sana ( klinik 1malaysia ) sebab mata rasa gatal-gatal kepala rasa berdenyut-denyut, terlintas kat kepala nak cari ubat kasi kurangkan sakit tu kat sana. nasihat alcatraz kat anda semua, walau sibuk macam mana pun kesihatan diri perlu di jaga terutama mata, sebab mata jugak lah yang membolehkan alcatraz melihat paparan blog kawan-kawan. Ok kita sambung balik topik kita   al-ma'unah dan kat bawah ni ada cerita selanjutnya jom layan...

Al-Ma'unah

Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi (pengganas) militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Organisasi

Nama penuh organisasi tersebut dikenali sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah. Laman web organisasi tersebut dikenali sebagai Al-Ma’unah dalam singkatan, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam". Menurut jangkawaktu kononnya "Ma’unah" bermaksud sesuatu yang amat luarbiasa akan berlaku pada golongan sederhana orang Islam (paranormal). Pertubuhan ini dikatakan mempunyai keahlian seramai 1000 ikhwan yang berpusat di Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir dan Arab Saudi.

Pengepungan tentera di Sauk.

Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al-Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Kumpulan ini, termasuk seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, Perak. Mereka berjaya memperdayakan anggota tentera disitu dan melarikan senjata-senjata dikem tersebut [2]

Mereka sebelum ini memperolehi maklumat kelemahan sistem keselamatan kem tentera melalui pelbagai jalan keluar dan melindungi tiga unit kenderaan pacuan empat roda Pajero. Kenderaan Pajero yang dikatakan sama digunakan oleh tentera diwarnakan dengan warna hijau dan menggunakan nombor pendaftaran palsu disebuah garaj rumah di Kati, untuk digunakan khas sebagai kenderaan masuk kumpulan tersebut.

Pada 2 Julai 2000 awal pagi, 20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem Bn 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi.

Mereka berkata kepada pegawai kem tersebut dengan alasan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut, dengan memberitahu ingin membuat pemeriksaan kecemasan ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut. Atas pelbagai tekanan yang diberi oleh Amin dan orang-orangnya dan diyakinkan oleh kehadiran tiga kenderaan Pajero yang menggunakan nombor pendaftaran tentera yang bermula dengan huruf 'Z', anggota tentera di dua kem tersebut berjaya diperdyakan dengan membawa mereka masuk ke dalam kem tetapi salah satu daripada pelbagai jenis senjata, amunisi dan kelengkapan ketenteraan termasuk peralatan komunikasi dan lain-lain telah membantu kumpulan itu membawa senjata-senjata itu ke dalam tiga Pajero. Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm.

27 orang ahli tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Amin mengagih-agihkan semua senjata-senjata yang dilarikan tersebut kepada orang-orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh penduduk kampong hasil daripada tembakan senjataapi tersebut telah menarik perhatian polis. Kumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Bekalan makanan yang diperolehi itu hanya cukup untuk tiga bulan sahaja. Mereka juga turut memperolehi senjata lain seperti parang dan senjata senapang panah untuk menjayakan misi mereka.

Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Sejumlah anggota pasukan keselamatan dihantar untuk menyusup masuk ke dalam perkhemahan Al-Ma'unah. Walaubagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah bin Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar bin Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah. Dalam radio komunikasi yang digunakan oleh kumpulan itu, mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Jaafar ditangkap ketika beliau sedang meneliti dusun duriannya.

Mohd Shah bin Ahmad menceritakan semasa percubaan selama lebih 4 hari, anggota pasukan keselamatan tersebut telah diseksa dan dianiaya. Mereka dipaksa menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang. Pada sebelah malam, mereka telah diikat pada pohon durian. Pada masa itu, Mohd Shah dan Sanghadevan mengkebumikan Truper Matthews didalam salah satu parit kubu tersebut. Truper Matthews ditangkap oleh Jemari bin Jusoh dan apabila Amin mengetahui identiti Truper Matthews, Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin kemudiannya menyuruh Jemari menembak Truper Matthews.

Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut, Sanghadevan telah ditembak mati. Mayat Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar.

Serah diri

Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan pemimpin yang dikatakan orang yang mendalangi percubaan untuk "melancarkan pemberontakan menggulingkan Raja". Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat.

Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu, beliau yang bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan Jeneral Zaini bin Mohamad Said, komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak dekat. Tetapi Zaini bertindak menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota militan. Zaini kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau.

Sebenarnya, dua jam sebelum insiden tersebut, ASP Abd Razak bin Mohd Yusoff bergerak ke markas tersebut bersama dengan 20 orang anggota pasukan elitnya VAT 69/UTK PDRM menaiki bukit ke arah di Kumpulan Al-Ma'unah berkhemah. Setelah mendapat perlindungan yang sesuai untuk ahli kumpulannya, Abdul Razak bergerak bersendirian menyelinap masuk ke kubu. Dengan sikap berani dan tawakkal, beliau menemui sendiri Ketua Kumpulan Al-Ma'unah iaitu Amin. Maka, berlakulah perbincangan dan perdebatan secara 'ilmiah' antara Abdul Razak dan Amin (perdebatan ini telah dibukukan oleh Abdul Razak) yang mengambil masa selama 2 jam dan akhirnya, ketua kemupulan Al-Ma'unah tersebut bersetuju untuk menyerah diri. Maka, setelah Amin setuju untuk menyerah diri barulah ASP Abdul Razak memanggil Pasukan Leftenan Jeneral Zaini untuk proses perletakkan senjata. Di atas keberanian dan kebijaksanaan berbincang (excellent negotiation skill) Abdul Razak, beliau telah dianugerahi pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa atas jasanya. Pada masa itu, Abdul Razak adalah pegawai yang mengetuai pasukan payung terjun polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas,VAT 69/UTK Polis Diraja Malaysia.

Kematian

Dianggarkan tiga orang telah terkorban sebelum kumpulan tersebut menyerah diri. Detektif Koperal R. Sanghadevan daripada Cawangan Khas PDRM dibunuh, sebahagiannya mendakwa beliau terbunuh, semasa pengepungan oleh 59 anggota polis dan tentera. Pengganas militan tersebut turut membunuh seorang anggota komando, Truper Mathew anak Medan dari Grup Gerak Khas ATM, yang mana beliau ditembak mati oleh Jemari Jusoh. Kesemuanya diseksa sebelum dibunuh. Orang ketiga yang terbunuh adalah seorang daripada ahli kumpulan tersebut dimana beliau ditembak mati apabila beliau enggan menyerah diri.

Serangan lain

Mohamed Amin turut menghantar rakannya untuk meletupkan kilang minuman keras Anchor dan Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kuala Lumpur dan kuil Hindu di Batu Caves. Serangan itu menyebabkan hanya kerosakan kecil sahaja. Ahli kumpulan tersebut, Shahidi dan Khairul Anuar, kemudiannya diarahkan untuk meletupkan kilang Carlsberg di pinggir kota Kuala Lumpur dengan senjata pelancar bom tangan yang dirampas daripada kem tentera.


*Mereka ( angota kumpulan ) mengatakan ini adalah jihat. Kesimpulannya ini merupakan agenda jahat mereka semata-mata, kawan-kawan tolong komen sikit...

LPKP Buat kerje ke tak ni !

Mai kita tengok gambar kat bawah ni... Gambar kemalangan di K 223 Lebuhraya Plus berhampiran susur simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka... Salah siapakah ini? memang ajal maut di tetapkan ALLAH, namun kalau kita sendiri yang mencarinya ( maut ), maut akan datang kepada kita !


Bila dah berlaku kemalangan macam ni siapa yang perlu di persalahkan? dan yang menanggung mereka kat bawah ni.

PM Rusia dapat hadiah kalendar istimewa !


SEORANG pelajar, Lena Gornostayeva menjadi model kalendar untuk bulan Mac 2011 yang dibuat istimewa untuk Vladimir Putin.

Rasa-rasa kalau kat malaysia, ada tak marka-marka yang berani buat benda macam ni haha.. kalau berani cubalah :)  

Cerita lanjut mai baca kat sini : www.kosmo.com.my


Blog alcatraz diserang oleh askar - askar US ( UNITED STATES ).


Selamat petang semua, kenapa alcatraz mulakan dengan ucapan selamat petang? kerana alcatraz taip entri ni pada pukul 3.25 petang haha... Entri ni berkisar tentang blog alcatraz, tadi bila login acc nuff dan klik kat bahagian Analytics dan klik lagi kat bhg. Lokasi Pengunjung, alcatraz terkejut buat kali pertama perkara ini berlaku kat blog alcatraz ni, bila mana terpampang 46.63 peratus bala tentera dari UNITED STATES ( pengunjung dari UNITED STATES ) datang menyerang blog ini dengan rakus dan mengalahkan tentera-tentera dari MALAYSIA, INDONESIA, INDIA, BRASIL, EGYPT, AUSTRALIA, HUNGARY, ITALY dan ARGENTINA. Kalau hangpa semua nak tengok paparan lebih lanjut tengok carta kat bawah ni...


Rakan karib Datuk Sosilawati bunuh diri... Apa sebabnya?


BUKIT MERTAJAM 19 Sept. - Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini.

Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata, Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.

"Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak ada masalah dalam perniagaan.
Jadi, kematiannya mungkin lebih berpunca daripada masalah keluarga kerana sebelum ini, Mak Anjang (panggilan mesra Naimah kepada Sarina) juga pernah beberapa kali menceritakan masalah keluarganya, dan kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya),” katanya ketika ditemui di kediaman Sarina hari ini.

Beliau berkata, Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk mengunjungi rumah Sosilawati di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan seperniagaan lain sebaik mengetahui berita kematian jutawan kosmetik itu melalui media.

"Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya,” katanya. - Bernama

Kesucian Blogku dah tercemar.


Dah lama dah tak login acc nuffnang, baru-baru ni bila alcatraz login acc nuffnang dekat bahagian kata kunci tertera perkataan ni " japan sex " macam mana orang boleh masuk kesini dengan kata kunci tu? hairan bin ajaib juga bila di fikirkan. Setahu alcatraz, alcatraz tak pernah buat cerita sex-sex ni. 

Sedih bila blog ini sudah di nodai dengan perkataan macam ni, bermakna blog ni dah tak suci lagi apa orang putih kata? " Virgin " haha... Macam mana penerimaan masyarakat terhadap blog ni nanti... Boleh tarik traffik  kah kalau buat cerita macam tu? kalau boleh tarik traffik ke blog ni dengan banyak, perlu kah alcatraz berbuat demikian... 

Kata hati " Jangan jangan dan jangan cuba memperdagangkan blog anda ke lembah maksiat haha... macam lah baik sangat aku ni... Puasa baru jer lepas, kekalkan mood puasa anda dengan berpuasa 6 di bulan syawal... Dengan berpusa melatih anda untuk mengawal segala nafsu termasuk lah nafsu syahwad anda... Bila nafsu syahwad dapat di kawal kurang lah sikit perkataan SEX berlegar-legar dalam fikiran anda haha... sekian.