Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

▼

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label berita dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita dunia. Papar semua catatan

(video) Muammar Gaddafi Is Dead...

SIRTE – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam.Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu. 




“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters. NTC merupakan badan yang memerintah Libya buat sementara waktu selepas Gaddafi melarikan diri ekoran kejayaan para pejuang yang menentang kepimpinannya memasuki ibu kota Libya, Tripoli lewat Ogos lalu.

“Terdapat banyak tembakan ke atas kumpulannya Pro Kerajaan dan dia mati,” tambahnya.Sebelum ini dia memberitahu bahawa Gaddafi yang berumur dalam lingkungan 69 tahun ditangkap dan mengalami kecederaan di kedua -dua kakinya pada Subuh semalam. Ketika itu, dia sedang melarikan diri bersama sebuah konvoi semasa jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan. NATO mengambil alih operasi ketenteraan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi orang awam pada 31 Mac lalu... [Sumber]

P/s : Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, Alang-alang gemgam bara api bair sampai menjadi abu.

PM Rusia dapat hadiah kalendar istimewa !


SEORANG pelajar, Lena Gornostayeva menjadi model kalendar untuk bulan Mac 2011 yang dibuat istimewa untuk Vladimir Putin.

Rasa-rasa kalau kat malaysia, ada tak marka-marka yang berani buat benda macam ni haha.. kalau berani cubalah :)  

Cerita lanjut mai baca kat sini : www.kosmo.com.my