Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ▼
▼
Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials
Memaparkan catatan dengan label infomasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label infomasi. Papar semua catatan
TOKYO : Berjuta Kereta Honda Di Tarik Balik Kekilang, Apa Pasai Ni???...
Syarikat kereta Jepun, Honda Motor memanggil semula 936,000 kereta keluarannya di seluruh dunia, semalam akibat pelbagai masalah teknikal.
Menurut Honda, model yang terlibat adalah Fit, Jazz, City dan Civic termasuk 40,456 unit yang dijual di Malaysia antara 2005 hingga 2007.
Bagaimanapun, Honda menegaskan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan akibat masalah teknikal kenderaan keluarannya.
Ogos lalu, syarikat kereta ketiga terbesar di Jepun itu menarik semula 2.3 juta kereta akibat masalah gear.
P/s : Masak lah sapa yang pakai hehe...
Google : Amy Winehouse Kata Kunci Carian Tertinggi Julai...
Penyanyi bermasalah Britain, mendiang Amy Winehouse menduduki tempat teratas dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan julai lalu.
Jurucakap Google Malaysia berkata, Amy, 27, yang menerima lima anugerah Grammy bagi album Back to Black pada tahun 2006, di temui mati di pangsapurinya di London pada 24 julai lalu.
Sementara itu, Program Latihan Khidmat Negara sesi 2012 menduduki tempat kedua carian paling kerap bagi warganegara berusia 17 tahun bagi menyemak keputusan secara dalam talian sama ada terpilih menjalani latihan tahun hadapan.
Perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lepas menduduki tempat ketiga...
Di sini terdapat 10 carian teratas Julai... 1. Amy Winehouse, 2. PLKN 2012/Khidmat Negara, 3. Bersih, 4. Google+/plus, 5. Malaysia vs Arsenal, 6. Nisfu Syaaban, 7. Ramadhan, 8. Larissa Riquelme, 9. Malaysia lawan Chelsea, 10. Malaysia lawan Liverpool...
LAMBORGHINI RENTUNG DI PLUS HIGHWAY SUNGKAI PADA 23 JULAI 2011
Ini lah hasilnya...
Memang nagis guling2 la kalau kereta ni aku punya, maunya tak, harga kereta pun dah mencecah jutaan RM, apa kau mengarut ni alcatraz77? jangan harap la hang boleh pakai kereta macam ni, himpun duit sampai pencen pun jangan harap la boleh beli hehe...
Sumber : Facebook kawan aku lah haha...
Lailatul Qadar Malam Seribu Rahmat...
Segala puji bagi ALLAH S.W.T Tuhan sekelian alam, selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad Nabi kita dan kekasih ALLAH. Lailatul Qadar merupakan suatu malam yang penuh dengan keberkatan dan hanya di kurniakan ALLAH S.W.T untuk umat Nabi Muhammad dan ianya berlaku di malam-malam 10 terakhir Ramadhan.
Di sepuluh malam terakhir ini, kita semua di galakkan memperbanyakkan melakukan ibadat kerana, ganjaran pahala bagi sesiapa yang di berikan kesempatan bertemu dengan malam Lailatul Qadar ini amat lah hebat seumpama beribadat seribu bulan. Oleh itu, jom ramai-ramai kita rebut peluang yang di berikan ALLAH kepada kita ini dengan memenuhkan malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan dengan aktiviti ibadah semaksima mungkin... InsyaAllah semoga kita dipertemukan dengannya serta mendapat keberkatan darinya...
INFO MALAM LAILATUL-QADARMalam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
” Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam “
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu ”
Maksudnya:
” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu ”
Nuzul Al-Quran, Sejarah Dan Ertinya...
Assalamua'laikum, apakhabar semua? di pagi yang indah dan penuh dengan keberkatan ini, alcatraz ingin berkongsi sedikit informasi tentang Sejarah Al-Quran serta Erti Nuzul Al-Quran dengan rakan-rakan sekelian, agar kita semua berpegang teguh dengan kitab suci kita umat islam yang diturunkan ALLAH S.W.T ini...
Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M.
Alhamdulillah dah hampir tiga hari kita berpuasa, macam mana rasanya kawan-kawan? adakah puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya atau pun sebaliknya? bagi yang kurang mari lah kita perbaiki lagi mutu puasa kita serta segala amal ibadat yang kita kerjakan dalam bulan yang penuh dengan kerahmatan ini...
Jangan sia-siakan peluang yang di berikan oleh ALLAH S.W.T kepada kita umat Islam, isikan dengan segala perbuatan yang dapat menambahkan pahala kita, kerana di bulan ini pahalanya berganda...
Kepada sesiapa yang masih lagi tercari-cari waktu Imsak dan Berbuka, alcatraz sertakan di bawah Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H / 2011M... Sumber Dari : Jakim...
Hati-hati Bila Online Di Cyber Cafe...
Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe...
Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..
Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...
Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.
Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting
Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..
Jom Tengok Anak Bulan Ramadhan 1432 Hijrah, Pada 31 Julai 2011...
Bulan Ramadhan dah hampir tiba, masuknya bulan Ramadhan di tentukan melalui Rukyah dan Hisab. Pakar-pakar dan para ilmuan Falak berkumpul pada tarikh yang di tetapkan bagi melihat anak bulan serta menentukan tarikh bulan Ramadhan untuk tahun ni 1432 Hijrah bersamaan 2011 Masihi.
Lokasi yang di tetapkan bagi melihat anak bulan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, ialah di :
Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Tarikh melihat anak bulan Ramadhan 1432H bagi menuntukan permulaan puasa bagi umat Islam seluruh Malaysia ialah pada 31 julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
P/s : Alhamdulillah di beri kesempatan oleh ALLAH S.W.T untuk kita berpuasa pada tahun ini, kepada semua muslimin dan muslimat alcatraz ucapkan selamat berpuasa...
Sebahagian dari Petua Orang dulu-dulu...
Salam semua, apakahabar? kat bawah ni alcatraz nak kongsi dengan anda semua tentang petua orang dulu-dulu yang alcatraz dapat melalui hasil google lan pagi ni hehe... jom kita tengok, kalau berani cuba lah... Kalau tak jadi jangan marah yer... :)
MUKA KASAR & BERBINTIK2 HITAM...
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
MEMBUANG TAHI LALAT HIDUP...
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.
MENGHILANGKAN KESAN JERAWAT...
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.
JIKA TERLEKAT TULANG...
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. Insya-allah, tul ang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.
UNTUK MENDAPAT ANAK...insyaAllah. ..
Ramuannya; 3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut. Amalkan setiap hari. mudah-mudahan insyaAllah.
SMS si penipu ?...
SMS yang meminta mangsa menambah nilai prabayar.
KUALA LUMPUR - "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."
Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.
Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.
"Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.
"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.
Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.
"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.
Sumber : kosmo.com
Biawak Komodo...
Selamat pagi semua, pagi ni alcatraz nak kongsi satu info dengan korang semua tentang Biawak Komodo. Korang kenal tak dengan biawak komodo ni? kalau tak kenal dan tahu tentang biawak ni mari kita baca sedikit info kat bawah ni...
Biawak komodo adalah cicak terbesar di dunia. Panjangnya mencapai tiga meter dan beratnya lebih 150 Kg. Air liurnya mengandungi racun. Komodo akan menggigit mangsanya dan akan menjejaki mangsa yang lari itu perlahan-lahan. Lidahnya mampu mengesan mangsa yang cedera walaupun sejauh beberapa kilometer. Mangsa yang terkena gigitan beracunnya akan lemah dan ini memudahkan komodo untuk memakanya...
10 FAKTA MENARIK TENTANG DARAH
1. Ketika dilahirkan, hanya ada kira-kira secawan darah saja dalam tubuh kita.
2. Darah membentuk tujuh peratus daripada berat badan manusia.
3. Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari, menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil ( yang membentuk 65-75 peratus daripada darah putih ) yang mati selepas membunuh kuman.
4. Satu pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain.
5. Susu lembu dicampur darah adalah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.
6. Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang ke beranian dan kegagahan.
7. Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seseorang manusia lain.
8. Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8 hingga 5.7 liter.
9. Pada 1928, Willim Harvey (1578-1659) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia. Namun sebenarnya ketika itu ramai saintis Eropah yang telah pun mengetahui bahawa saintis islam bernama Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal-Quraisy telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripada Harvey.
10. "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah pencipta yang Paling Baik." Surah al-Mukminun.
[ SEBELUM TEMPOH ITU TAMAT ]
Apakhabar semua? alcatraz harap anda semua sihat hendaknya, kat sini ada satu petikan tajuk yang berbunyi "Sebelum Tempoh itu Tamat" mari sama-sama kita hayati.
Membasuh kesalahan silam amat penting diberi perhatian. Jika dengan Tuhan, usah bertangguh bertaubat; jika dengan manusia carilah orang berkenaan dan selesaikanlah.
Jiwa yang tenang adalah jiwa yang tidak berbuat salah, bersih daripada sebarang dosa. Pada usia yang meningkat, ketenangan adalah pertaruhan yang mesti diambil.
Tanpa ketenangan, adalah gambaran kesusahan pada alam seterusnya. Alam itu penuh misteri yang mana situasinya banyak bergantung pada bagaimana usaha di sini di alam nyata ini...
Tanggungjawab setiap insan lalu perjalanannya tidak terhitung Moga Allah memberkati setiap langkahmu...
PM Rusia dapat hadiah kalendar istimewa !
Posted by
alcatraz77
on 8.10.10
/
Labels:
berita dunia,
cerita panas,
infomasi,
kalendar,
PM Rusia
/
Comments:
3
)
SEORANG pelajar, Lena Gornostayeva menjadi model kalendar untuk bulan Mac 2011 yang dibuat istimewa untuk Vladimir Putin.
Rasa-rasa kalau kat malaysia, ada tak marka-marka yang berani buat benda macam ni haha.. kalau berani cubalah :)
Cerita lanjut mai baca kat sini : www.kosmo.com.my
YAHOO DAN GOOGLE
Tahukah anda akan kedua-dua perkataan ini, YAHOO dan GOOGLE ? .. ia adalah enjin carian internet yang paling kerap digunakan. Tetapi anda tahu tak, yang YAHOO dan GOOGLE ni merupakan nama singkatan.
Nama penuh YAHOO ialah " Yet Another Hierarchical Officious Oracle ", yang diberikan oleh calon PhD di Universiti Stanford, David Filo dan Jerry Yang.
Manakala GOOGLE, syarikat carian internet yang diasakan pada September 1998 oleh Larry Page dan Sergey Brin, berasal daripada perkataan " Googol " iaitu angka 1 diikuti dengan seratus 0 di belakangnya.
Sekian saja infomasi yang dapat alcatraz sampaikan untuk korg semua... Selamat malam... :)









