Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label hubugan seks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hubugan seks. Papar semua catatan

(TERLEBIH POWER) WANITA MAUT DISEBABKAN OVERDOSE UBAT PERANGSANG SEKS


SUNGAI PETANI: Tindakan sepasang kekasih melakukan eksperimen ketika berasmara dengan meminum sejenis ubat cecair dipercayai perangsang bersama minuman isotonik mengundang padah apabila pasangan wanitanya mati dipercayai akibat sesak nafas, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 11 malam di sebuah rumah tumpangan di Taman Mutiara, Jalan Bakar Sampah, di sini.

Wanita berusia 23 tahun bersama lelaki berusia 20 tahun terbabit menyewa rumah itu dipercayai untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.

Sumber berkata, pasangan terbabit ditemui orang awam jam 12 tengah malam semalam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan berhampiran sebuah tokong apabila lelaki terbabit dilihat memapah wanita itu.

Menurutnya, dia cuba meminta pertolongan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mulut wanita itu sudah berbuih.

P/s : Semoga cerita ini menjadi iktibar kepada mereka yang masih lagi melakukan perkara-perkara terkutuk sebegini dan ingat azab ALLAH S.W.T amat lah pedih...

Sumber : HM

PENGAWAL KESELAMATAN MENGAKU JALIN HUBUNGAN DENGAN BANDUAN, INI YANG DI KATAKAN HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI


PENGAWAL KESELAMATAN MENGAKU JALIN HUBUNGAN DENGAN BANDUAN, INI YANG DI KATAKAN HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI LONDON: Seorang pengawal keselamatan wanita yang menjalinkan hubungan intim dengan tujuh banduan berbahaya mengaku di mahkamah semalam, dia bertindak bodoh.

Polis sebelum itu merampas surat cinta berbaur seks daripada tahanan lelaki di kediaman Zanib Khan.

Zanib juga mengadakan perbualan romantik dengan lelaki menerusi telefon bimbit yang diseludup ke Penjara Brixton di London Selatan.

Zanib, 27, kini berdepan dengan hukuman penjara selepas mengaku salah laku ketika menjadi penjawat awam.

Mahkamah Southwark diberitahu, wanita itu mempunyai ‘hubungan yang tidak sepatutnya’ dengan tiga banduan berusia antara 28 dan 29 tahun, termasuk seorang pengedar dadah.

Polis juga percaya Zanib menjalinkan hubungan intim dengan empat banduan lain dalam tempoh tiga tahun.

Ketika meninggalkan mahkamah, Zanib memberitahu wartawan akhbar The Sun: “Saya bertindak bodoh. Saya melakukan kesilapan bodoh dan saya sudah meletakkan jawatan.” Dia juga menyuarakan harapan dijatuhi hukuman melakukan khidmat masyarakat.

Bagaimanapun, dia mungkin dipenjarakan.

Pasukan Pencegah Rasuah Scotland Yard tidak menemui sebarang bukti menunjukkan hubungan Zanib dengan banduan berkenaan membabitkan seks. - TS 

Sumber : myMetro

(TENTANG SEKS) LIMA MANFAAT ORGASME

(TENTANG SEKS) LIMA MANFAAT ORGASME Seks memang baik untuk Anda. Tapi akan lebih baik lagi jika Anda merasakan orgasme setiap melakukan hubungan seks, kerana akan ada banyak keuntungan kepada anda. Pakar seks dari Amerika Serikat Amy Otis, BSN, RN menyebutkan beberapa keuntungan orgasme.


1. Menurunkan tingkat ketegangan
Orgasme mempercepat denyutan jantung, aliran darah dan mengencangkan otot-otot yang berhubungan dengan kenikmatan seksual. Ini menciptakan efek santai dan meredakan ketegangan di dalam sistem saraf Anda.

2. Tidur nyenyak
Orgasme membantu Anda tidur lebih baik. Sementara pria, orgasme biasanya diikuti dengan penurunan tekanan darah dengan cepat dan relaksasi mendadak. Orgasme bertindak sebagai ubat penenang semulajadi kerana melepaskan hormon endorfin.

3. Meredam keinginan makan
Rangsangan seksual mengaktifkan produksi phenetylamine, sejenis amphetamine semulajadi yang mengatur selera makan Anda. Dengan demikian Anda bisa menghindari junk food, rokok dan dapat melengkapkan program diet Anda.

4. Membakar kalori
Kegiatan seksual memang sudah dikenal sejak dulu dapat membakar kalori anda kerana proses hubugan tersebut memerlukan tenaga dan mengeluarkan peluh.

5. Merawat penyakit secara semulajadi.
Banyak penelitian yang menunjukkan bahwa seks mampu menghindarkan seseorang dari berbagai penyakit sekaligus membantu proses penyembuhan penyakit. Endorfin, sebatian semulajadi yang dianggap setara dengan morfin, yang dihasilkan oleh tubuh selama seks dan memuncak saat orgasme dapat mengurangi nya hingga 70 peratus.