Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label tragedi berdarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tragedi berdarah. Papar semua catatan

Kemalangan ngeri bas pelancong berhampiran simpang pulai...


Selamat malam semua, tengah hari tadi sedang alcatraz menonton berita kat TV3, alcatraz terdengar tentang berita sedih dan pilu yang menggemparkan negara ni... kemalangan Bas dua tingkat yang dalam perjalanan pulang dari Cameron Highlands berhampiran simpang pulai terbabas ke bahu jalan dan menyebabkan 28 terkorban serta mencederakan sebahagian penumpang lain dalam teragedi ngeri itu...

Bagaimanapun, pihak hospital hanya mengesahkan 27 daripada mayat itu iaitu 10 lelaki, 14 perempuan, manakala tiga lagi mayat belum di kenal pasti. Cerita tentang kemalangan bas sebegini memang sering kali di dengari akhir-akhir ini... Kenapa boleh jadi bergini, apakah punca penyebabnya... memang ajal dan maut di tetapkan ALLAH S.W.T namun apakah kemalangan ini di sebabkan kelalayan pemandu, faktor kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik ataupun faktor jalan yang mungkin boleh mendorong kepada kemalangan ini berlaku...

Jom pakat-pakat pkiaq cara untuk mengatasi masalah ini...tinggalkan komen-komen bernas anda kat bawah ok.

Sabtu yang penuh dengan tragedi.

Salam permulaan bicara, apakhabar semua rakan-rakan dan sahabat-sahabat alcatraz? pagi ni alcatraz nak cerita sikit kat korang tentang hari sabtu lepas yang penuh dengan tragedi. Dalam jam 2.15 ptg alcatraz bertolak dari perlis ke alor star melalui jalan lama kangar - alor star (perjalanan balik kampung).  Setibanya di jalan berhadapan sekolah menengah kebangsaan kerpan, laluan traffic menjadi perlahan, alcatraz mula menekan break perlahan-lahan supaya Myvi ku dapat berhenti dengan selamat hehe. 

Di hadapan rupa-puranya dah berlaku satu perlangaran melibatkan sebuah lori barang dan dua buah kereta produa viva, punca kejadian tak dapat di kenal pasti, sebab masa alcatraz lalu situ benda tu dah jadi... Dasat jugak bai kejadian tu, lori dalam keadaan terbalik merentangi jalan, 1 viva dah remok kat depan 1 viva lagi tersadai kat tepi jalan. Alcatraz jengok-jengok lah dari dalam kereta, tapi tak nampak pun orang yang luka-luka cuma yang nampak kelompok manusia yang sedang bertekak-tekak di bahagian tepi jalan ( mungkin tengah settle kut. syukur lah kerana tiada jiwa yang terkorban.

Kat atas tu baru cerita satu kemalangan ada lagi dua kemalangan yang terjadi dalam perjalan pulang alcatraz waktu itu, dicampur semua 3 kemalangan yang berlaku. Kemalangan yang kedua dan ketiga berlaku berhampiran pekan kuala sungai, kalau orang kedah perlis mungkin dia tahu tempat ni. kemalangan ini berlaku betul-betul di hadapan mata alcatraz, kemalangan ini melibatkan penunggan dan pebongceng sebuah motosikal tiba-tiba jer boleh gedebabbb bukkk tergelongsor kat tepi jalan, nasib baik time dia jatuh tu tak ada kereta atau moto datang sapu, kalau tidak habis bersepai... 

Dalam keadaan tergopoh-gapah mamat tu berserta kawannya bangun dan mengankat motosikal yang terbalik dengan selamba lalu meninggalkan lokasi kejadian, ( mungkin malu kut, sebelum jatuh tadi hebat sangat depa beraksi cilok sana cilok sini hehe ). Apabila kereta mula bergerak sedikit kehadapan lebih kurang 20 meter ternampak pulak dengan satu kemalangan ni. kemalangan melibatkan sebuah lori trailer dengan sebuah mpv naza citra, kemalangan ini berlaku berhampiran lampu insyarat pekan kuala sungai. Nasib baik tak teruk, sambil lalu tu alcatraz tengok jer gelagat pemandu kedua-dua kenderaan itu bertekak sesama sendiri siapa salah siapa betul sebelum menunggu polis datang...

Walau apa pun yang berlaku perjalaan alcatraz perlu di teruskan kelokasi yang telah di tetapkan hehe... alcatraz berlalu meninggalkan lokasi kejadiaan tersebut dengan penuh berhati-hati dengan gaya permanduan berhemah yang alcatraz amalkan selama ini, akhirnya kami sekeluarga selamat tiba di kampung menemui ibu yang tersayang.

* Maaf kerana gambar-gambar kejadian tidak dapat di sertakan, kerana gambar-gambar tersebut tidak dapat di ambil atas sebab-sebab keselamatan haha... Mana boleh pandu kereta sambil tangkap gambar, bahaya bro.  :)

LPKP Buat kerje ke tak ni !

Mai kita tengok gambar kat bawah ni... Gambar kemalangan di K 223 Lebuhraya Plus berhampiran susur simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka... Salah siapakah ini? memang ajal maut di tetapkan ALLAH, namun kalau kita sendiri yang mencarinya ( maut ), maut akan datang kepada kita !


Bila dah berlaku kemalangan macam ni siapa yang perlu di persalahkan? dan yang menanggung mereka kat bawah ni.