Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan

Wordless Wednesday #6 / Beca...


Masih ku ingat kenagan dulu menaiki Beca bersama Ibu...

Wordless Wednesday #5 / Lori Milo...


Teringat Zaman Dolo-dolo hehe dapat minum Milo Free... Terima Kasih Abg Milo...

(Gambar) : Pejabat Pos Besar Alor Setar, Dahulu Dan Sekarang...

Wordless Wednesday #3 / Anugerah...

Sabtu yang penuh dengan tragedi.

Salam permulaan bicara, apakhabar semua rakan-rakan dan sahabat-sahabat alcatraz? pagi ni alcatraz nak cerita sikit kat korang tentang hari sabtu lepas yang penuh dengan tragedi. Dalam jam 2.15 ptg alcatraz bertolak dari perlis ke alor star melalui jalan lama kangar - alor star (perjalanan balik kampung).  Setibanya di jalan berhadapan sekolah menengah kebangsaan kerpan, laluan traffic menjadi perlahan, alcatraz mula menekan break perlahan-lahan supaya Myvi ku dapat berhenti dengan selamat hehe. 

Di hadapan rupa-puranya dah berlaku satu perlangaran melibatkan sebuah lori barang dan dua buah kereta produa viva, punca kejadian tak dapat di kenal pasti, sebab masa alcatraz lalu situ benda tu dah jadi... Dasat jugak bai kejadian tu, lori dalam keadaan terbalik merentangi jalan, 1 viva dah remok kat depan 1 viva lagi tersadai kat tepi jalan. Alcatraz jengok-jengok lah dari dalam kereta, tapi tak nampak pun orang yang luka-luka cuma yang nampak kelompok manusia yang sedang bertekak-tekak di bahagian tepi jalan ( mungkin tengah settle kut. syukur lah kerana tiada jiwa yang terkorban.

Kat atas tu baru cerita satu kemalangan ada lagi dua kemalangan yang terjadi dalam perjalan pulang alcatraz waktu itu, dicampur semua 3 kemalangan yang berlaku. Kemalangan yang kedua dan ketiga berlaku berhampiran pekan kuala sungai, kalau orang kedah perlis mungkin dia tahu tempat ni. kemalangan ini berlaku betul-betul di hadapan mata alcatraz, kemalangan ini melibatkan penunggan dan pebongceng sebuah motosikal tiba-tiba jer boleh gedebabbb bukkk tergelongsor kat tepi jalan, nasib baik time dia jatuh tu tak ada kereta atau moto datang sapu, kalau tidak habis bersepai... 

Dalam keadaan tergopoh-gapah mamat tu berserta kawannya bangun dan mengankat motosikal yang terbalik dengan selamba lalu meninggalkan lokasi kejadian, ( mungkin malu kut, sebelum jatuh tadi hebat sangat depa beraksi cilok sana cilok sini hehe ). Apabila kereta mula bergerak sedikit kehadapan lebih kurang 20 meter ternampak pulak dengan satu kemalangan ni. kemalangan melibatkan sebuah lori trailer dengan sebuah mpv naza citra, kemalangan ini berlaku berhampiran lampu insyarat pekan kuala sungai. Nasib baik tak teruk, sambil lalu tu alcatraz tengok jer gelagat pemandu kedua-dua kenderaan itu bertekak sesama sendiri siapa salah siapa betul sebelum menunggu polis datang...

Walau apa pun yang berlaku perjalaan alcatraz perlu di teruskan kelokasi yang telah di tetapkan hehe... alcatraz berlalu meninggalkan lokasi kejadiaan tersebut dengan penuh berhati-hati dengan gaya permanduan berhemah yang alcatraz amalkan selama ini, akhirnya kami sekeluarga selamat tiba di kampung menemui ibu yang tersayang.

* Maaf kerana gambar-gambar kejadian tidak dapat di sertakan, kerana gambar-gambar tersebut tidak dapat di ambil atas sebab-sebab keselamatan haha... Mana boleh pandu kereta sambil tangkap gambar, bahaya bro.  :)

Selamat tinggal Dunia MIRC Ku...


Selamat pagi semua, pagi ni alcatraz nak cerita sikit tentang hobby alcatraz sebelum alcatraz kenal dengan dunia blogging ni. Dulu alcatraz tegar dalam MIRC Internet Relay Chat ) ni, nak tau sebab apa? sebab ada satu permainan yang telah di bangunkan oleh otai2 MIRC ni tujuannya tak nak kasi boring lah haha. 

Dulu tiap-tiap pagi, petang, siang, malam bila alcatraz buka PC jer MiRC yang mula-mula alcatraz terjah. Nak tau kenapa disebab kan permainan tu lah ( rekick ) rekick merupakan satu permainan yang di monopoli oleh sebahagian individu yang sudah lama berkecimpung dalam dunia MiRC kerana permainan ini memerlukan kepakaran di dalam membaca code di bawah ni :

on ^*:kick:#:{ if ($knick == $me) { set %c $chan | set %n $nick | .join #rekick | .timer -m $rand(2,10) $rand(10,150) $ kick %c %n $vers Kick1 } | if ($nick == $me) { kick %c %n $vers NT Kick2 } }
on @!*:JOIN:#:{ if (%n ison #rekick) { $eval(kick %c %n) $vers Auser } }
on ^*:rawmode:#:{ if (%n ison %c) { .timerraw -m $rand(2,10) $rand(10,150) $ kick %c %n $vers RawMode } | if (%n isop %c) { kick %c %n $vers Opkick } }
alias vers return 0,4 WARNING 
raw 401:*:{ timers off }
raw 441:*:{ inc -u3 %441 | if ( %441 >= 100 ) { $str(kick %c %n $vers,1) RawKet } }
raw 376:*:{ .join #rekick | .timercon -mc $rand(2,10) $rand(10,150) $ kick %c %n $l RAW CONNECT }

Kalau ada kawan-kawan yang pandai terjemahkan codeing tu boleh lah cuba-cuba main di server  mirc.homelinux.org ( entah ada lagi ker tidak server tu alcatraz pun tak tahu :) ) Dulu alcatraz selalu main kat sana la, dan banyak lagi server yang dibangunkan Khas untuk permainan ini sahaja. Dah lama alcatraz tinggal benda ni semenjak alcatraz jatuh cinta dengan Blog haha, tul ker aku sudah jatuh cinta? haha... nampak gaya macam tu la kan...

Sekian saja buat kali ini cerita tentang MiRC dan alcatraz, tunggu sambungan selanjutnya di hari-hari mendatang... 


Vedio Iklan PETRONAS, mengingatkan aku akan aruwah Ayah..





Walaupun hanya sebuah iklan yang hanya mengambil masa 2,3 minit untuk di tayang, tetapi mesej yang hendak di sampaikan itu pernuh makna dan boleh dijadikan pengajaran. Iklan ini dah pernah aku tengok dulu kat TV tapi baru-baru ni bila aku berjalan-jalan kat blog kawan-kawan terjumpa pulak aku dengan iklan ni. Blog yang ku maksudkan blog http://zalinzone.blogspot.com/ kat sana zalin ( pemilik blog tu ) ada meletakkan beberapa buah iklan dari PETRONAS tetapi iklan yang pertama sekali diletak dalam senarai entri tu, iklan ini. Bila aku tekan play aku cuba untuk hayati iklan ni, aku amat tersentuh dengan mesej yang di sampaikan. 

Ingatanku terus mengenangkan aruwah Ayah yang sudah 2 tahun pergi meninggalkan kami sekeluarga. Berlinangan air mata ini, memandangkan hari raya pun dah semakin hampir. Emosi ku terganggu seketika, walaupun sudah 2 tahun Ayah pergi, Ayah tetap dihati dan di ingatan ku. Ayah banyak berjasa kepada kami 6 adik beradik. Membesarkan kami dalam serba kekurangan sehingga kami semua berjaya seperti kini. Ayah seorang yang tabah dan banyak memberi kami nasihat dan dorongan untuk berjaya. Pengorbanan mu tiada galang ganti. Jasa mu akan ku kenang sehingga hembusan nafas ku yang terakhir. Kepada semua sahabat yang masih mempuyai Ayah hormatilah mereka dan  berbakti lah kepada mereka selagi mereka masih bernyawa. Al-Fatihah dan Doa dibaca buat Ayah yang telah pergi, semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman. 

Hayati dan renung-renungkan lah..

Kenangan di rantau...


Salam semua, dekat2 nak Raya ni teringat pulak aku pada kenangan lama. Dulu aku pernah jugak merantau kat tempat orang, nak tau kat mana lokasi rantauwan aku tu? kalau nak tau baca lagi k. haha dulu aku pernah dihantar berkerja kat oversea, oversea tu bukan kat luar negara tetapi hanya sekadar dalam negara, walau bagaimana pun  terpaksa menyeberang laut juga lah kalau nak ke sana :)

Sabah negeri dibawah bayu itu lah tempat nya, di daerah sandakan aku di tempatkan untuk posting yang pertama semenjak aku bergelar kakitangan kerajaan. Pada mulanya berat hati ini untuk pergi meninggalkan keluarga, namun apakan daya untuk mencari rezeki bagi membahagiakan keluarga aku melangkah jua ke sana. Seronok jugak kat sana weiiii..