RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenakaBudi bahasa tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut Biar mati adat jangan mati anak
Melayu di tanah semenanjung luas maknanya Jawa itu Melayu,Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu Minangkabau memang Melayu Keturunan Aceh adalah Melayu Jakun,Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mualaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segalanya kehilangan
Melayu itu kaya falsafah Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara
Malangnya melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali Sedang orang mencapai timba Berbuahlah pisang tiga kali Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni Madah diungkap sentiasa disahut Tangan dihulur sentiasa bersambut Luka pun tidaklah lagi berparut
Baiknya hati Melayu tiada terbandingan Segala yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan "Dagang lalu nasi ditanakkan, Suami pulang lapar tak makan, Kera di hutan disusukan, Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu di abad ke dua puluh satu? Masihkah tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara merdeka
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan
Puisi yang hebat. Terperanjat aku, ingatkan puisi sendiri. Salam kemerdekaan...
BalasPadamhehe puisi sasterawan negara tu, Memang hebat karya beliau. Aku tak pandai nak mengarang puisi cik norgadis, yang tahu hanya membacanya shja... :)
BalasPadamal..salam merdeka al..=)
BalasPadamsalam merdeka juga utk zalin... MERDEKA MERDEKA MERDEKA.
BalasPadamsalam shaabat
BalasPadamehm cinta negri ya..oh iya tahrima kasih dah mampir n saye dah follow awak,follow balik yach
da merdeka ke?
BalasPadamlaaa ingatkan ko yang karang tadi..baru nak memuji hahahhaha..tapi pepehal pun entry ko kali ni sungguh bermakna..terima kasih kerana uncle pun enjoy sama bile ada entry cenggini
BalasPadamaku mana pandai nak berpuisi mcm ni uncle... aku rasa puisi ni bermakna dan menyentuh jiwa melayu aku ni bila membacanya, tu sebab letak kat blog sebagai tatapan sesiapa yg bergelar melayu sebagai pembakar semagat. Dato' Dr. Usman Awang (tongkat waren) karya nya memang hebat bagi aku..
BalasPadam