Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , » Sabtu yang penuh dengan tragedi.

Sabtu yang penuh dengan tragedi.


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

Salam permulaan bicara, apakhabar semua rakan-rakan dan sahabat-sahabat alcatraz? pagi ni alcatraz nak cerita sikit kat korang tentang hari sabtu lepas yang penuh dengan tragedi. Dalam jam 2.15 ptg alcatraz bertolak dari perlis ke alor star melalui jalan lama kangar - alor star (perjalanan balik kampung).  Setibanya di jalan berhadapan sekolah menengah kebangsaan kerpan, laluan traffic menjadi perlahan, alcatraz mula menekan break perlahan-lahan supaya Myvi ku dapat berhenti dengan selamat hehe. 

Di hadapan rupa-puranya dah berlaku satu perlangaran melibatkan sebuah lori barang dan dua buah kereta produa viva, punca kejadian tak dapat di kenal pasti, sebab masa alcatraz lalu situ benda tu dah jadi... Dasat jugak bai kejadian tu, lori dalam keadaan terbalik merentangi jalan, 1 viva dah remok kat depan 1 viva lagi tersadai kat tepi jalan. Alcatraz jengok-jengok lah dari dalam kereta, tapi tak nampak pun orang yang luka-luka cuma yang nampak kelompok manusia yang sedang bertekak-tekak di bahagian tepi jalan ( mungkin tengah settle kut. syukur lah kerana tiada jiwa yang terkorban.

Kat atas tu baru cerita satu kemalangan ada lagi dua kemalangan yang terjadi dalam perjalan pulang alcatraz waktu itu, dicampur semua 3 kemalangan yang berlaku. Kemalangan yang kedua dan ketiga berlaku berhampiran pekan kuala sungai, kalau orang kedah perlis mungkin dia tahu tempat ni. kemalangan ini berlaku betul-betul di hadapan mata alcatraz, kemalangan ini melibatkan penunggan dan pebongceng sebuah motosikal tiba-tiba jer boleh gedebabbb bukkk tergelongsor kat tepi jalan, nasib baik time dia jatuh tu tak ada kereta atau moto datang sapu, kalau tidak habis bersepai... 

Dalam keadaan tergopoh-gapah mamat tu berserta kawannya bangun dan mengankat motosikal yang terbalik dengan selamba lalu meninggalkan lokasi kejadian, ( mungkin malu kut, sebelum jatuh tadi hebat sangat depa beraksi cilok sana cilok sini hehe ). Apabila kereta mula bergerak sedikit kehadapan lebih kurang 20 meter ternampak pulak dengan satu kemalangan ni. kemalangan melibatkan sebuah lori trailer dengan sebuah mpv naza citra, kemalangan ini berlaku berhampiran lampu insyarat pekan kuala sungai. Nasib baik tak teruk, sambil lalu tu alcatraz tengok jer gelagat pemandu kedua-dua kenderaan itu bertekak sesama sendiri siapa salah siapa betul sebelum menunggu polis datang...

Walau apa pun yang berlaku perjalaan alcatraz perlu di teruskan kelokasi yang telah di tetapkan hehe... alcatraz berlalu meninggalkan lokasi kejadiaan tersebut dengan penuh berhati-hati dengan gaya permanduan berhemah yang alcatraz amalkan selama ini, akhirnya kami sekeluarga selamat tiba di kampung menemui ibu yang tersayang.

* Maaf kerana gambar-gambar kejadian tidak dapat di sertakan, kerana gambar-gambar tersebut tidak dapat di ambil atas sebab-sebab keselamatan haha... Mana boleh pandu kereta sambil tangkap gambar, bahaya bro.  :)

2 ulasan:

  1. salam sahabat
    eh sabtu yang penuh tragedi semoga bisa mendapatkan hikmah yach.good luck

    BalasPadam