RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
Walaupun berat hati untuk membuat keputusan, Ally Iskandar,35, akhirnya akur dengan takdir bahawa jodohnya bersama bekas tunang, Nur Aisyah Zainal, tidak berpanjangan.
Khabar angin berkenaan keretakan hubungan pasangan ini disahkan Ally sendiri dalam satu sidang media, selesai rakaman Mentor Raya, di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam kelmarin.
Menurut Ally, keluarganya sudah pun bertemu dengan keluarga Aisyah bagi memutuskan pertunangan mengikut adat, pada 30 Julai lalu.
“Selepas lima bulan bertunang baru kami sedar tiada persefahaman dan keserasian antara kami. Jadi berpisah adalah jalan terbaik untuk saya dan Aisyah mahupun keluarga di kedua-dua belah pihak.
“Keputusan dibuat seminggu sebelum tarikh putus pertunangan. Kami berpisah secara baik serta mengikut adat Melayu," kata Ally yang menafikan ada orang ketiga di sebalik punca perpisahannya dengan Aishah.
Sementara itu, Ally sempat meluahkan perasaan kecewa dan sedih apabila hubungannya bersama Aisyah yang terjalin sejak 2008, tidak berakhir seperti diharapkan. Tambahan pula, usianya semakin bertambah.
“Kami berdua cuba memberikan tempoh untuk memperbaiki hubungan, namun tidak boleh juga walaupun separuh daripada persiapan perkahwinan telah pun dilakukan.
“Tetapi saya bersyukur apabila keputusan saya dan Aisyah diterima dengan baik oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Jadi, untuk meredakan duka di hati, saya akan lebih fokus terhadap karier selepas ini.
“Tetapi kami masih berkawan baik. Malah, kami saling mendoakan agar menemui jodoh yang berkekalan,” katanya dengan nada tenang.
Dalam pada itu, Ally, turut meminta agar orang ramai tidak mengaitkan isu putus tunangnya dengan krisis yang berlaku terhadap Hero Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, baru-baru ini.
“Apa yang berlaku kepada saya adalah kebetulan semata-mata,” akhiri Ally. Sumber : sinar