Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , , » Filem Hantu Bonceng didakwa Persendakan Agama Dan Rasulullah SAW...

Filem Hantu Bonceng didakwa Persendakan Agama Dan Rasulullah SAW...


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !


Filem Hantu Bonceng didakwa Persendakan Agama Dan Rasulullah SAW... SHAH ALAM - Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), perlu mempunyai badan syariah bagi memantau filem berbaur penghinaan terhadap Islam tidak diterbitkan.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, ini dapat dilihat apabila filem `Hantu Bonceng’ arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dilakonkan Mohd Razizan Abd Razak (Zizan) jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut Asyhadu anna Muhammadar Syaitan membawa maksud `Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan’.

Beliau berkata, kalimah syahadah bukan perkataan boleh dijenakakan atau dipersendakan kerana ia boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.

“Ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran salah masyarakat terhadap Islam, lebih berisiko apabila ia turut merosakkan aqidah masyarakat.

“Kami mempersoalkan panel penapisan di LPF dan Finas kerana membenarkan filem yang ditayangkan untuk tontonan umum wujud babak yang menimbulkan kontroversi.

“Lebih malang, pihak berkuasa agama mengambil sikap berdiam diri, malah kini terdapat lambakkan filem tahyul dan karut untuk tontonan umum di televisyen tanpa sebarang tindakan berkesan oleh berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Idham yang dihubungi Sinar Harian baru-baru ini, menyifatkan isu berkenaan hanyalah usaha segelintir pihak yang cuba untuk mencari publisiti atas kejayaan filemnya.

“Filem ini sudah diluluskan untuk tayangan oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk Finas dan LPF.

“Sebelum membuat filem ini, saya terlebih dahulu meminta pandangan dan nasihat daripada mereka yang arif seperti ulama dan mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi,” katanya.

Nasrudin berkata, kerajaan harus meneliti perkara ini, jangan dibiarkan filem menjadi medium untuk menghina agama, mempersenda dan memperkecilkan Islam di dalam negara ini.

Sumber : sinarharian