RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
KUALA LUMPUR – Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis, disyaki terlibat dalam kes samun pengurup wang, 15 September lalu, dilanjutkan reman tiga hari, bermula semalam, untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya kini dalam proses untuk melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Menurutnya, sebahagian daripada wang terbabit sudah dijumpai, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenainya.
“Susulan tangkapan itu, kita dapat sejumlah wang terbabit, tetapi tidak boleh dedahkan kerana siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.
Ismail berkata, polis masih memburu dua lagi lelaki; T Sritharan, 32 dan D Nagarajan, 34, bagi membantu siasatan kes berkenaan. Fotofit mereka sudah diedarkan Jumaat lalu.
“Tak perlu tahu sama ada mereka berada di dalam atau luar negara. Memang tugas kita untuk kesan mereka,” katanya.
Dalam kejadian samun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu, seorang pengurup wang warga asing mendakwa wang bernilai AS$300,000 (RM900,000) disamun tiga lelaki menggunakan nama sebuah agensi penguatkuasaan.
P/s : Rugi Jabatan sekiranya di dalam jabatan tersebut terdapat pegawai-pegawai macam ni... Harapkan pagar, pagar makan padi...
Sumber : Sinar Harian