RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
Empat strategi Fizo yang sedang diusahakannya kini, mengusahakan bisnes sarang burung di tanah arwah ayahnya di Kelantan, mempergiatkan perusahaan bisnes serunding yang kini sudah dilaksanakan, mengkomersialkan makanan dan kuih-muih dari Kelantan serta menerbitkan sebuah buku masakannya sendiri.
Daripada keempat-empat sasaran itu, tiga daripadanya sudah hampir terlaksana. Antaranya buku resipi eksklusifnya yang kini tinggal 10 peratus lagi sebelum boleh dipasarkan.
"Memandangkan ibu saya berketurunan Thailand, maka kebanyakan resipi saya lebih mengutamakan masakan dari negara itu dan pastinya hidangan signatur saya adalah tomyam.
"Dalam buku resipi itu, saya akan mengajar bagaimana untuk menyediakan hidangan ala Thailand dan masakan Melayu dengan cara lebih ringkas, aktiviti harian saya berserta tips tambahan untuk penjagaan kesihatan dan petua masakan," katanya berkenaan buku masakannya itu.
Menerusi buku masakan yang belum lagi ditetapkan harganya itu, Fizo akan menyelitkan gambar-gambar eksklusifnya ketika kecil, keluarga serta aktivitinya waktu senggang buat tatapan peminat.
Dalam pada itu, Fizo juga bercita-cita untuk membuka sebuah kafe atau restoran sendiri selain mengusahakan tanah arwah ayahnya yang sebelum ini bagi menternak kambing dan itik.
Lofa kepada Neelofa, Sudah setahun dua bulan usia perniagaan kasut tumit tinggi pemenang Dewi Remaja 2010, Noor Neelofa Mohd. Noor atau nama komersialnya Neelofa.
Kini, sedang merancang untuk menukar jenama kasutnya yang sebelum ini dikenali sebagai Lofa kepada Neelofa menjelang bulan Januari tahun depan, aktres cantik itu juga sedang berusaha untuk mempelbagaikan lagi rekaan, warna, tekstur dan material produknya.
"Melalui geran yang diberikan ini, Lofa akan menggunakan untuk proses promosi dan rebranding kasut-kasut Lofa, selain tampil dengan konsep dan rekaan baharu," katanya yang mengakui dirinya sangat bertuah meraih tawaran itu.
Neelofa, 22, juga akan membuka sebuah gudang khas sama ada di Shah Alam atau Damansara untuk memudahkan proses penghantaran dan penyimpanan kasut-kasutnya.
Dijual antara harga RM150 hingga RM350 setiap pasang, pelakon drama Jiwa & Lara itu juga turut punyai strategi jangka panjangnya sendiri.
"Untuk masa depan memang ada hajat untuk membuka cawangan, Lofa sudah mendaftarkan syarikat Neelofa Sdn. Bhd. di MITI dan untuk cawangan yang bakal Lofa buka, kemungkinan Lofa akan mengurangkan jumlah rekaan kasut tetapi meningkatkan kuantiti setiap rekaan," tuturnya yang mengkhususkan rekaan kasut-kasutnya untuk peringkat umur 20 hingga 30 tahun.
Sumber : Kosmo