Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label certa artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label certa artis. Papar semua catatan

AKIBAT DEDAH AURAT, KEPALA YATT MELEKAT LEBIH SETENGAH JAM PADA SEJADAH, KETIKA MELAKUKAN SOLAT TAUBAT


Terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yg lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang di api neraka yg amat dahsyat. Nauzubillah min zalik...

(TERKINI) SHAFIE AFDAL NAFI ADA HUBUNGAN ZAHIDA RAFIK


(TERKINI) SHAFIE AFDAL NAFI ADA HUBUNGAN ZAHIDA RAFIK | KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandu, Noor Azman Azemi, yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis wanita, Zahida Rafik.

Menurut kenyataan bertulis yang kami terima sebentar tadi, Shafie menjelaskan bahawa segala yang tertulis di dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman adalah tidak benar sama sekali.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.

Shafie turut menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.

Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut di dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.

Noor Azman yang “hilang” sebelum ini muncul dengan membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada seorang artis wanita yang dipercayai bekas majikannya, Zahida.

Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.

Berikut adalah kenyataan penuh Shafie yang diterima hari ini;
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”

P/s : Aku harap cerita hubungan mereka ni tak betul laaa, kalau betul masak beb...

(KERJA GILA) PENGACARA POPULAR HAMPIR MATI AKIBAT MINUM PELUNTUR

(KERJA GILA) PENGACARA POPULAR HAMPIR MATI AKIBAT MINUM PELUNTUR 16 Apr – Seperti tidak percaya dengan berita yang baru sahaja sampai ke pengetahuan kami mengenai seorang pengacara wanita rancangan gosip tempatan popular yang bersiaran setiap hari minggu, dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Serdang akibat meminum peluntur pakaian petang semalam.

Dia yang dimasukkan ke wad kecemasan sebelum itu telah pun dipindahkan ke wad pesakit luar selepas keadaanya dikatakan sudah stabil.

Menurut satu sumber yang dipercayai, pengacara tersebut telah meminum peluntur akibat tekanan dari masalah yang berlaku pada dirinya.

Dia yang dimasukkan wad pada jam 5.13 petang semalam turut cuba untuk menutup muka akibat malu dengan tindakkan akal pendek yang dilakukannya, dan cuba untuk menyembunyikan identitinya daripada diketahui ramai.

Pengacara tersebut juga sempat meminta maaf kepada peminatnya dan juga pengikutnya di laman Twitter dan meminta agar diberikan kepercayan terhadap dirinya kerana dia sendiri tidak dapat menahan tekanan yang terpaksa dihadapinya sekarang.

(GAMBAR) MAJLIS PERNIKAHAN DATUK MALEK NOOR

(GAMBAR) MAJLIS PERNIKAHAN DATUK MALEK NOOR Selamat Pengantin baru, alcatraz77 ucapkan kepada bekas Jaguh bina badan Negara Datuk Malek Noor yang telah melangsungkan perkahwinannya hari ini dengan wanita pilihan beliau, Dr. Wan Asma Wan Ismail seorang Pakar Pediatrik. Terdapat beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca semua, lihat bertapa bahagianya pasangan ini... Tahniah bro Malik...


P/s : Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat... Amin.

TAHNIAH - MAWI EKIN DAPAT ANAK

TAHNIAH - MAWI EKIN DAPAT ANAK | Tahniah diucapkan kepada mawi dan ekin kerana telah dikurniakan cahaya mata, setelah menanti bertahun-tahun akhirnya dikurniakan juga oleh Allah S.W.T. Ekin selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.8 kg  jam 4 pagi 28 Feb 2012 di Hospital Pakar An-Nur Hasanah , Bangi  .

Ekin dimasukkan ke wad pada jam 7.30 malam Isnin dan diberikan suntikan pelali kerana kompilasi semas bersalin . Alhamdulillah semuanya selamat. Pasangan ini belum mendedahkan gambar anak mereka, tetapi pasangan ini telah menamakan anak mereka dengan nama CAHAYA MALAIKA yang memberi maksud CAHAYA PERMAISURI. Ekin pernah keguguran sebanyak 2 kali 3 tahun lalu. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2008.

KERANA ROKOK - PENERBIT FILEM DI BELASAH 20 GENGSTAR

KERANA ROKOK - PENERBIT FILEM DI BELASAH 20 GENGSTAR | Seorang penerbit filem Hazil Izham dibelasah oleh 20 orang lelaki sehingga patah tulang pipi dan terseliuh bahu dengan bersenjatakan botol kaca serta kayu di sebuah pusat hiburan  di Jalan Sultan Ismail.

Beliau diserang oleh sepasukan yang mendakwa petugas keselamatan, kerana merokok di zon larangan merokok. Beliau dikatakan tiba di pusat hiburan itu pada jam 5.30 pagi untuk membincangkan hal penggambaran dengan 4 krew jurukamera.

Beliau dibelasah dari belakang dan dihentak dengan botol kaca. Krew jurukamera yang hadir dalam perbincangan itu telah membawa beliau ke hospital pakar di Bangsar untuk rawatan lanjut.

Motif sebenar kejadian tersebut tidak dapat di kenal pasti dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan, setelah laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi. Selain patah tulang pipi dan terseliuh bahu, kepalanya juga perlukan pemeriksaan lanjut.

TAGS : KISAH ARTIS MALAYSIA, PENERBIT FILEM DI BELASAH, PENERBIT FILEM DI BELASAH AKIBAT ROKOK, BAHANA ROKOK, GENGSTAR TAIK KUCING, KL GENGSTER, RAGAM ARTIS, DUNIA ARTIS, KONGSI GELAP, BAHANA MEROKOK DI TEMPAT AWAM, KAWASAN LARANGAN MEROKOK, CAKAP TAK NAK KEPADA ROKOK, ROKOK PUNCA MASALAH KESIHATAN, ISAP ROKOK DAN KENA PUKUL, PADAH MEROKOK DI ZON LARANGAN MEROKOK

FIZO MASAK, KASUT NEELOFA...

FIZO MASAK, KASUT NEELOFA... Tengok tajuk memang gempaq kan hehe... Ceritanya macam ni! 

Empat strategi Fizo yang sedang diusahakannya kini, mengusahakan bisnes sarang burung di tanah arwah ayahnya di Kelantan, mempergiatkan perusahaan bisnes serunding yang kini sudah dilaksanakan, mengkomersialkan makanan dan kuih-muih dari Kelantan serta menerbitkan sebuah buku masakannya sendiri.

Daripada keempat-empat sasaran itu, tiga daripadanya sudah hampir terlaksana. Antaranya buku resipi eksklusifnya yang kini tinggal 10 peratus lagi sebelum boleh dipasarkan.