RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
Kes Jual Bayi Meningkat Ekoran Harga Dan Permintaan Tinggi | Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa.
"Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini
semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi
terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat," kata Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan kepada Bernama.
Beliau turut berkata seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit.
"Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen
pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian," katanya.
Abdul Jalil menjelaskan kebanyakan bayi dijual pada lingkungan
umur satu hingga tiga bulan namun ada juga kanak-kanak berusia sehingga
enam tahun turut dijual.
"Kegiatan terancang ini bermula dengan penjagaan rapi yang
diberikan kepada ibu-ibu yang mengandung di pusat penjagaan haram, bagi
menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi.
"Wanita yang dihantar ke pusat penjagaan haram ini biasanya
terdiri daripada gadis yang mengandung anak luar nikah dan juga wanita
warga asing yang tidak mahukan bayi kandungan mereka dan sanggup
menjual untuk mendapatkan wang," katanya.
Statistik D7 mencatat sembilan kes menjual bayi tahun lalu berbanding 20 kes pada tahun sebelum itu.
Misalnya pada Januari 2011, polis berjaya menumpaskan kes
penjualan bayi yang berumur antara lima hingga tujuh hari yang dijual
dengan harga antara RM15,000 hingga RM20,000.
Polis turut berjaya menyelamatkan tiga orang bayi, seorang ibu
kepada salah seorang bayi ini serta dua wanita yang sarat mengandung di
Selangor.
Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan
Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S.Ramamurthy
juga tidak menolak kemungkinan kegiatan menjual bayi berlaku di kawasan
pedalaman.
"Sindiket pemerdagangan bayi semakin rancak di kawasan pedalaman
kerana kebanyakan keluarga amat terdesak untuk mendapatkan duit. Namun
ia sukar dikesan," katanya.
Beliau turut mempertanggungjawabkan kepada segelintir klinik
swasta yang sanggup bekerjasama dengan sindiket untuk memalsukan rekod
kelahiran bayi, bagi memudahkan bayi dijual. BERNAMA