Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label budak bawah umur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label budak bawah umur. Papar semua catatan

KES ROGOL : BEKAS IMAM DIHUKUM 15 TAHUN PENJARA DAN 12 SEBATAN

KES ROGOL : BEKAS IMAM DIHUKUM 15 TAHUN PENJARA DAN 12 SEBATAN | JOHOR BAHRU – Seorang bekas Imam sebuah masjid di Johor Bahru hari ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang gadis di bawah umur tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Nu’aman Mahmud Zuhudi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, walaupun tertuduh pertama kali melakukan kesalahan seksual itu, namun kedudukannya sebagai seorang imam jelas menunjukkan dia benar-benar mengetahui hukum dan kesalahan yang dilakukan.

“Mahkamah mengambil kira kepentingan awam dalam kes ini dan bukannya kedudukan dia sebagai imam. Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat dan menjaga nama baiknya,” katanya.

Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan ketika kejadian berusia 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, dekat sini, kira-kira jam 3 petang, 21 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding berkenaan, tertuduh kelihatan tenang namun sebaik sahaja keputusan dibacakan, dia akhirnya mengalirkan air mata apabila dipeluk ahli keluarga yang lain.

Terdahulu, peguam Sukhaimi Mashud memohon hukuman terhadap anak guamnya diringankan atas alasan kesalahan pertama dilakukan selain tertuduh adalah adalah seorang imam serta sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afif Ali.
Sumber : Sinar

HAMPEH PUNYA BUDAK, HEBOH KATA HANG KENA CULIK, RUPA-RUPANYA HANG LARI IKUT LAKI

HAMPEH PUNYA BUDAK, HEBOH KATA HANG KENA CULIK, RUPA-RUPANYA HANG LARI IKUT LAKI | Apa rasa keluarga budak ni bila mengetahui yang anak mereka ini bukannya di culik, tapi lari ikut teman lelaki??? Memalukan keluarga, apa nak jadi dengan budak-budak lani??? muda-muda dah tak tahan nak berlaki kut hehe... Kita semua dah kena tipuuuuuuuuuuuuu...

(KEJAM) Polis sahkan mayat rentung adalah Nurul Nadirah atau panggilan manja, Dirang

(KEJAM) Polis sahkan mayat rentung adalah Nurul Nadirah atau panggilan manja, Dirang SENAI - Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.

P/s : Al- Fatihah Buat Adik Nurul Nadirah...

Sumber : sinar harian

PERANGAI HANTU, SETAN, IBLIS

PERANGAI HANTU, SETAN, IBLIS KUALA LUMPUR: Sungguh membimbangkan apabila penagihan syabu bukan saja menular di kalangan pelajar seawal usia 13 tahun, malah ada budak semuda 10 tahun dijadikan ‘keldai dadah’ oleh sindiket bagi mengaburi pihak berkuasa.

Selain menjejaskan pembelajaran dan memudaratkan kesihatan mental serta fizikal, penyalahgunaan syabu yang juga dikenali sebagai ‘ice’ dan ‘batu’ di kalangan pelajar boleh menjerumuskan mereka ke kancah jenayah.

Buktinya, ada yang ‘berperangai hantu’ apabila berani mencabul rakan sekelas, bergaduh dengan guru dan mencuri duit ibu bapa.

Bagi pengedar cilik pula, kemiskinan hidup menjadi alasan mereka mudah terjebak dengan pujuk rayu sindiket dadah biarpun upah diterima tidak seberapa.

Berikut pengakuan beberapa pelajar dan individu yang sukar melupakan ketagihan selepas terjerat dengan bahan terlarang itu sejak di bangku sekolah, selain kisah keberanian pengedar kanak-kanak di Sabah demi sesuap nasi.

Sumber : Harian metro

Kes Jual Bayi Meningkat Ekoran Harga Dan Permintaan Tinggi.


Kes Jual Bayi Meningkat Ekoran Harga Dan Permintaan Tinggi | Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa.

"Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan kepada Bernama.

Beliau turut berkata seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit.

"Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian," katanya.

Abdul Jalil menjelaskan kebanyakan bayi dijual pada lingkungan umur satu hingga tiga bulan namun ada juga kanak-kanak berusia sehingga enam tahun turut dijual.

"Kegiatan terancang ini bermula dengan penjagaan rapi yang diberikan kepada ibu-ibu yang mengandung di pusat penjagaan haram, bagi menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi.

"Wanita yang dihantar ke pusat penjagaan haram ini biasanya terdiri daripada gadis yang mengandung anak luar nikah dan juga wanita warga asing yang tidak mahukan bayi kandungan mereka dan sanggup menjual untuk mendapatkan wang," katanya.

Statistik D7 mencatat sembilan kes menjual bayi tahun lalu berbanding 20 kes pada tahun sebelum itu.

Misalnya pada Januari 2011, polis berjaya menumpaskan kes penjualan bayi yang berumur antara lima hingga tujuh hari yang dijual dengan harga antara RM15,000 hingga RM20,000.

Polis turut berjaya menyelamatkan tiga orang bayi, seorang ibu kepada salah seorang bayi ini serta dua wanita yang sarat mengandung di Selangor.

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S.Ramamurthy juga tidak menolak kemungkinan kegiatan menjual bayi berlaku di kawasan pedalaman.

"Sindiket pemerdagangan bayi semakin rancak di kawasan pedalaman kerana kebanyakan keluarga amat terdesak untuk mendapatkan duit. Namun ia sukar dikesan," katanya.

Beliau turut mempertanggungjawabkan kepada segelintir klinik swasta yang sanggup bekerjasama dengan sindiket untuk memalsukan rekod kelahiran bayi, bagi memudahkan bayi dijual. BERNAMA

Nafsu Khinzir : Budak 12 Tahun Di Cabul Rakan Baik Bapa...

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, trauma apabila dicabul sahabat bapa sendiri, selepas keluar makan di sebuah restoran di sini Isnin lalu.

Sebelum kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, suspek berusia 52 tahun mengajak mangsa keluar makan bersamanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, selepas makan, suspek dan mangsa naik kereta untuk pulang.

Beliau berkata, sewaktu dalam perjalanan pulang, lelaki itu meraba paha dan kemaluan mangsa yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu.