Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , , , , , , , , » (ISU PANAS) CUEPACS GESA JPA KELUARKAN PEKELILING PELARASAN GAJI BARU SSM 2012 SEGERA!

(ISU PANAS) CUEPACS GESA JPA KELUARKAN PEKELILING PELARASAN GAJI BARU SSM 2012 SEGERA!


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !


(ISU PANAS) CUEPACS GESA JPA KELUARKAN PEKELILING PELARASAN GAJI BARU SSM 2012 SEGERA! CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini. Gesaan itu dibuat oleh Presiden CUEPACS bagi memastikan kelancaran perlaksanaan gaji baru sebagaimana diumumkan Perdana Menteri.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

Tambah beliau lagi, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya. Ini kerana selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan Cuepacs harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai.