Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , , , » (APA CERITA) SPA NAK KAJI 26 PERATURAN SERTAI SEKTOR AWAM

(APA CERITA) SPA NAK KAJI 26 PERATURAN SERTAI SEKTOR AWAM


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !


(APA CERITA) SPA NAK KAJI 26 PERATURAN SERTAI SEKTOR AWAM Putrajaya: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengkaji semula 26 peraturan permohonan memasuki sektor awam termasuk membuka jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada pemohon memiliki ijazah sarjana muda.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam, berkata kajian semula 26 daripada 593 peraturan itu bagi memperluaskan peluang pemohon kerja selain merakyatkan perkhidmatan awam mengikut perkembangan semasa. Katanya, SPA menerima purata 1.1 juta permohonan setahun berbanding kekosongan hanya 30,000 setahun, manakala kekosongan jawatan untuk tahun ini dan tahun depan berdasarkan penjawat awam yang bersara sebanyak 7,000. 
“Ada juga peraturan pemohon yang menolak tawaran tidak akan dipanggil untuk temu duga jawatan sama bagi tempoh tiga tahun. Peraturan ini perlu dilihat sama ada masih relevan.

“Begitu juga dasar menetapkan mereka yang mempunyai sarjana tidak boleh memohon jawatan memerlukan kelayakan lebih rendah,” katanya kepada pemberita selepas perbincangan dengan CUEPACS, di sini semalam. Turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Tak mesra pekerja

Mahmood berkata, kajian semula 26 peraturan yang akan dilakukan bersama CUEPACS itu akan dilaksana secepat mungkin. 
Katanya, perbincangan dengan kementerian, jabatan dan pihak berkuasa juga dilakukan bagi menentukan sama ada peraturan perlu diubah suai mengikut peredaran masa atau dihapuskan terus.

Sementara itu, Omar berkata 26 peraturan yang dikenal pasti itu dianggap sebagai tidak mesra pekerja sektor awam.

Sumber : BH