Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

▼

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label KERJA KOSONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KERJA KOSONG. Papar semua catatan

(APA CERITA) SPA NAK KAJI 26 PERATURAN SERTAI SEKTOR AWAM


(APA CERITA) SPA NAK KAJI 26 PERATURAN SERTAI SEKTOR AWAM | Putrajaya: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengkaji semula 26 peraturan permohonan memasuki sektor awam termasuk membuka jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada pemohon memiliki ijazah sarjana muda.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam, berkata kajian semula 26 daripada 593 peraturan itu bagi memperluaskan peluang pemohon kerja selain merakyatkan perkhidmatan awam mengikut perkembangan semasa. Katanya, SPA menerima purata 1.1 juta permohonan setahun berbanding kekosongan hanya 30,000 setahun, manakala kekosongan jawatan untuk tahun ini dan tahun depan berdasarkan penjawat awam yang bersara sebanyak 7,000. 
“Ada juga peraturan pemohon yang menolak tawaran tidak akan dipanggil untuk temu duga jawatan sama bagi tempoh tiga tahun. Peraturan ini perlu dilihat sama ada masih relevan.

“Begitu juga dasar menetapkan mereka yang mempunyai sarjana tidak boleh memohon jawatan memerlukan kelayakan lebih rendah,” katanya kepada pemberita selepas perbincangan dengan CUEPACS, di sini semalam. Turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Tak mesra pekerja

Mahmood berkata, kajian semula 26 peraturan yang akan dilakukan bersama CUEPACS itu akan dilaksana secepat mungkin. 
Katanya, perbincangan dengan kementerian, jabatan dan pihak berkuasa juga dilakukan bagi menentukan sama ada peraturan perlu diubah suai mengikut peredaran masa atau dihapuskan terus.

Sementara itu, Omar berkata 26 peraturan yang dikenal pasti itu dianggap sebagai tidak mesra pekerja sektor awam.

Sumber : BH

(TERKINI) APLIKASI CARI KERJA DI HUJUNG JARI ANDA


(TERKINI) APLIKASI CARI KERJA DI HUJUNG JARI ANDA | MONSTER.com.my salah satu pembekal utama penyelesaian kerjaya dan pengambilan pekerja secara atas talian melancarkan aplikasi mudah alih Monster bagi telefon pintar iPhone dan iPad.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, aplikasi tersebut disediakan untuk memudahkan dan pencari kerja dan golongan profesional mencari dan meneroka peluang kerjaya.

Pengarah Urusan Monster.com (India/ Timur Tengah/ Asia Tenggara), Sanjay Modi berkata, Monster teruja untuk memperkenalkan peranti terbaru iaitu aplikasi iPhone dan iPad Monster ke dalam rangkaian penyelesaian mudah alih Monster.

“Memandangkan populariti iPhone dan iPad dalam kalangan belia yang bijak menggunakan peranti, aplikasi Monster menyediakan pilihan yang dinamik, cekap dan mudah kepada pencari kerja memantau jawatan kosong apabila mempunyai kelapangan.

“Kami berhasrat memanfaatkan teknologi terkini secara menyeluruh, termasuk teknologi mudah alih ” katanya. Aplikasi baru ini boleh dimuat turun menerusi stor Apple.

Sumber : sinar

IKLAN JAWATAN KOSONG TERBARU 2012 | PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (PKNK)


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk memohon jawatan-jawatan seperti berikut. Keutamaan di berikan kepada anak-anak negeri Kedah.

Diantara Jawatan-jawatan yang di tawarkan ialah :

1. JURUTERA
2. JURUUKUR BAHAN
3. PEGAWAI TADBIR
4. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT
5. PENOLONG JURUTERA
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
7. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
8. PEMBANTU AM PEJABAT


CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan butir-butir peribadi termasuk umur dan kelayakan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) ke alamat berikut:-

Ketua Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
Tingkat 14, Wisma PKNK,
Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(U/P: Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia)

TARIKH AKHIR PERMOHONAN DITERIMA IALAH 31 MAC 2012

Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil-sijil kelayakan akademik, kad pengenalan dan Sijil Kelahiran yang telah disahkan.

CATATAN AM:
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.