Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label Bajet 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bajet 2012. Papar semua catatan

RM500 BANTUAN KERAJAAN BAGI ISI RUMAH BERPENDAPATAN KURANG DARI RM3000 BERMULA JANUARI 2012

RM500 BANTUAN KERAJAAN BAGI ISI RUMAH BERPENDAPATAN KURANG DARI RM3000 BERMULA JANUARI 2012 | Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan “one off” atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.

Awang Adek berkata, kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama perlaksanaan bantuan itu.

“Ini kerana agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini hari ini.

Awang Adek berkata, LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah...

Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat semalam bahawa setiap inisiatif yang akan diumumkan adalah berdasarkan kepada komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara.

“Langkah-langkah yang kita ambil akan kita terangkan waktu ucapan belanjawan. Apa-apa program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan komitmen kita untuk kurangkan defisit fiskal negara,” katanya ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen, di Kuala Lumpur.

Dr Tan ingin tahu langkah-langkah kerajaan untuk memperkukuh ekonomi Malaysia akibat kemerosotan ekonomi dunia dan sama ada negara masih mampu mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus.