Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label bapuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bapuk. Papar semua catatan

( PONDAN ) BERTELANJANG BULAT DI LEBUH RAYA DUKE


( PONDAN ) BERTELANJANG BULAT DI LEBUH RAYA DUKE Seorang pondan bertelanjang bulat merayau berhampiran Plaza Tol Batu Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke). Petugas bilik kawalan trafik Duke menerima panggilan daripada pengguna lebuh raya berkenaan yang mengadu ternampak kelibat pondan terbabit yang bertelanjang @ berbogel di Kilometer 3 arah timur, jam 1.45 tengah hari.Pondan itu dipakaikan selimut untuk menutup tubuhnya sebelum diserahkan kepada polis peronda.

P/s : Pasai apa boleh jadi macam tu? fikir2 dan renung2kan...

Lagi Kes Pondan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim Arah Tahan Natasya Farisya...

Baca kenyataan di bawah ni...
KANGAR: “Saya bukan sebarang pondan kerana dianugerahi keistimewaan oleh Tuhan yang mungkin tidak terdapat pada pondan lain mengakibatkan saya kini menjadi sasaran kerana perasaan cemburu dan berdendam.

“Ia (cemburu dan dendam) bukannya daripada golongan sejenis, tetapi turut membabitkan wanita yang mungkin meminati teman saya (Mohd Hafizuddin Johari, 20) dan lelaki yang meminati saya kerana pernah diugut akan dirogol beramai-ramai,” kata lelaki berperwatakan wanita, Natasya Farisya, 28, yang juga teman istimewa Mohd Hafizuddin, mangsa simbahan asid di depan sebuah rumah di Taman Seri Bakau, di sini, pada awal pagi Sabtu.

Natasya berkata, sejak kejadian simbahan asid berlaku terhadap Mohd Hafizuddin, hidupnya menjadi tidak tenteram dan kini perlu sentiasa berhati-hati kerana bimbang perkara sama akan berulang ke atas dirinya.

Bahana Berebut Kaum Sejenis ( PONDAN ) Apa Nak Jadi Ni Woiii.



“Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”

Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.

Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.

“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.

“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.

P/s : Kepada mereka yang terlibat tu, segera lah bertaubat...