Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label berita sensasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita sensasi. Papar semua catatan

(BERITA SENSASI) GAJI PENJAWAT AWAM BERKEMUNGKINAN NAIK 5 PERATUS BERMULA TAHUN DEPAN

(BERITA SENSASI) GAJI PENJAWAT AWAM BERKEMUNGKINAN NAIK 5 PERATUS BERMULA TAHUN DEPAN | Kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.


Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua,” Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini akan turut diambil kira.

“Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.

CUEPACS Sambut Baik Cadangan KGT 5 Peratus

Mengulas lanjut, Ali berkata, antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.

“Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin menetapkan tempoh lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik. Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikkannya juga akan diteruskan lagi,” katanya.

Ali berkata, kerajaan berharap akan dapat mewujudkan formula skim gaji menang-menang bagi setiap kakitangan khususnya penjawat pelaksana yang meliputi 80 peratus daripada keseluruhan sektor itu. Pihaknya perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kerajaan mahu formula menang-menang untuk semua kerana memahami kos sara hidup semakin meningkat.
 

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, ketika dihubungi berkata, pengumuman itu sudah pasti melegakan hati penjawat awam di negara ini. Katanya, pihaknya menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka.
 
Sumber : Berita Harian

(KERJA GILA) PENGACARA POPULAR HAMPIR MATI AKIBAT MINUM PELUNTUR

(KERJA GILA) PENGACARA POPULAR HAMPIR MATI AKIBAT MINUM PELUNTUR 16 Apr – Seperti tidak percaya dengan berita yang baru sahaja sampai ke pengetahuan kami mengenai seorang pengacara wanita rancangan gosip tempatan popular yang bersiaran setiap hari minggu, dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Serdang akibat meminum peluntur pakaian petang semalam.

Dia yang dimasukkan ke wad kecemasan sebelum itu telah pun dipindahkan ke wad pesakit luar selepas keadaanya dikatakan sudah stabil.

Menurut satu sumber yang dipercayai, pengacara tersebut telah meminum peluntur akibat tekanan dari masalah yang berlaku pada dirinya.

Dia yang dimasukkan wad pada jam 5.13 petang semalam turut cuba untuk menutup muka akibat malu dengan tindakkan akal pendek yang dilakukannya, dan cuba untuk menyembunyikan identitinya daripada diketahui ramai.

Pengacara tersebut juga sempat meminta maaf kepada peminatnya dan juga pengikutnya di laman Twitter dan meminta agar diberikan kepercayan terhadap dirinya kerana dia sendiri tidak dapat menahan tekanan yang terpaksa dihadapinya sekarang.

Panas : Kelab Taat Suami (KTS) Terbitkan Buku Seks...

Panas : Kelab Taat Suami (KTS)  Terbitkan Buku Seks... KOTA BHARU : Kelab Taat Suami (KTS) yang pernah menimbulkan kontroversi kerana meminta isteri melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama,' sekali lagi menimbulkan keresahan masyarakat apabila menerbitkan buku mengenai seks suami isteri yang diulas secara terperinci perlakuan berkenaan.

 (Gambar) Muka Belakang buku yang mencetuskan kontroversi.