Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label KES ROGOL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KES ROGOL. Papar semua catatan

4 JAM DIROGOL 10 JANTAN MYANMAR DURJANA


4 JAM DIROGOL 10 JANTAN MYANMAR DURJANA SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.

(ROGOL) ASKAR JADI BOMOH DIJEL KERANA ROGOL GADIS SUNTI


(ROGOL) ASKAR JADI BOMOH DIJEL KERANA ROGOL GADIS SUNTI KOTA BHARU – Seorang bomoh muda dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah didapati bersalah merogol gadis yang dirawat di rumah mangsa pada Mac tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Norazanni Nordin, 31, yang semasa kejadian merupakan seorang askar selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Norazanni didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik di sebuah rumah di hadapan sebuah sekolah di Machang pada pukul 9.30 malam, 18 Mac tahun lalu.

Tertuduh dari Sungai Petani, Kedah didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Semasa kejadian, Norazanni dijemput keluarga mangsa ke rumah mereka bagi merawat mangsa yang mengalami kemurungan dan meracau-racau.

P/s : Tengok muka pun dah tak boleh nak percaya mamat tu...

Sumber : kosmo

KES ROGOL : BEKAS IMAM DIHUKUM 15 TAHUN PENJARA DAN 12 SEBATAN

KES ROGOL : BEKAS IMAM DIHUKUM 15 TAHUN PENJARA DAN 12 SEBATAN | JOHOR BAHRU – Seorang bekas Imam sebuah masjid di Johor Bahru hari ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang gadis di bawah umur tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Nu’aman Mahmud Zuhudi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, walaupun tertuduh pertama kali melakukan kesalahan seksual itu, namun kedudukannya sebagai seorang imam jelas menunjukkan dia benar-benar mengetahui hukum dan kesalahan yang dilakukan.

“Mahkamah mengambil kira kepentingan awam dalam kes ini dan bukannya kedudukan dia sebagai imam. Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat dan menjaga nama baiknya,” katanya.

Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan ketika kejadian berusia 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, dekat sini, kira-kira jam 3 petang, 21 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding berkenaan, tertuduh kelihatan tenang namun sebaik sahaja keputusan dibacakan, dia akhirnya mengalirkan air mata apabila dipeluk ahli keluarga yang lain.

Terdahulu, peguam Sukhaimi Mashud memohon hukuman terhadap anak guamnya diringankan atas alasan kesalahan pertama dilakukan selain tertuduh adalah adalah seorang imam serta sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afif Ali.
Sumber : Sinar

MASYA ALLAH, 5 TAHUN DI ROGOL ABANG IPAR

MASYA ALLAH,  5 TAHUN DI ROGOL ABANG IPAR | Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun melalui detik hitam kerana bukan sahaja dipercayai dirogol abang ipar berulang kali sejak berusia enam tahun, malah dia turut diugut bunuh jika membocorkan perkara itu.

Abang ipar mangsa juga mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam perjalanan menghantarnya ke rumah selepas mengambil mangsa dari sekolah. Mangsa yang tinggal di sebuah kampung di Kemasik menjadi pemuas nafsu serakah abang iparnya sehingga berusia 11 tahun dan kali terakhir diperkosa pada Mac 2009. 

Dia membuat laporan polis di Balai Polis Air Jernih pada jam 2.36 petang semalam. Difahamkan, mangsa hanya memaklumkan kepada kakaknya pada 2009, menyebabkan dia terkejut. Namun kerana tidak mahu memanjangkan cerita, perkara itu tidak dilaporkan kepada polis. Kakaknya yang kini dalam proses penceraian bertindak membuat laporan polis semalam agar tindakan dapat diambil terhadap suspek. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bertindak daripada laporan itu polis telah meninjau dan menyiasat lokasi yang menjadi tempat mangsa dipercayai dirogol di kawasan Bukit Kijang.