Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label hackers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hackers. Papar semua catatan

(EDISI PANAS) FACEBOOK ZED ZAIDI DICEROBOH OLEH 'AARONATORS CREW' PULAK


(EDISI PANAS) FACEBOOK ZED ZAIDI DICEROBOH OLEH 'AARONATORS CREW' PULAK  | Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini semalam, mendakwa laman facebook diceroboh individu tidak dikenali.

Zed mendakwa kumpulan yang menggodam facebook miliknya dikenali ‘Aaronators Crew’ dan dia hanya menyedarinya ketika melayari laman sosial itu jam 6 petang, kelmarin.

Katanya, ia mungkin berkait tindakannya mempertikaikan kemenangan pelakon popular, Aaron Aziz, 36, yang menggondol Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH11), Ahad lalu.

“Saya tidak menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Namun, saya akan memanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) esok (hari ini),” katanya.

Menurutnya, biarpun diceroboh, kumpulan itu tidak memaparkan kenyataan berbaur ugutan, fitnah dan lucah sebaliknya hanya memberitahu facebook miliknya digodam.

Katanya, selaku Timbalan Presiden Seniman, dia sedar banyak perkara dibangkitkan dalam memperjuangkan hak artis seperti memohon cermin gelap, perlindungan insurans, permohonan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1SMA) dan terbaru mempertikaikan kemenangan Aaron.

“Saya percaya pencerobohan facebook disebabkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa usul yang saya cadangkan. Namun, masih ramai ahli Seniman menyokong penuh usaha dijalankan,” katanya.

Ketika disoal sama ada dia ‘gila publisiti’ Zed menjelaskan tidak pernah meminta publisiti murahan, namun kontroversi tercetus apabila dia tampil memperjuangkan hak selebriti.

“Saya bukan bodoh meminta publisiti murahan sebaliknya berjuang memohon hak artis. Apa gunanya jawatan disandang seandainya saya tidak melakukan sesuatu untuk mereka,” katanya.

Berhubung kenapa tidak mempertikaikan kemenangan Aaron sebelum kemenangannya berkata: “Pada 22 Jun 2009, menerusi zedzaidi.blogspot.com.my, saya menulis mengenai lambakan selebriti asing ke negara ini, namun tiada sesiapa memandang.

“Dengan jawatan ini, saya akan terus memperjuangkan hak artis. Seandainya ada yang tidak menyokong apa dibuat, jangan undi saya untuk pemilihan seterusnya,” katanya. METRO

HACKED BY GIGAHACKERS AND SILLY, MANGSA KHAIRUL BLOG gilamodified.blogspot.com

Salam dan selamat pagi semua, apakhabar? alcatraz77 harap anda semua sihat lah hendaknya. Baru sekejap tadi alcatraz77 dapat berita blog salah seorang sahabat iaitu blog gilamodified yang di miliki sahabat kita khairul telah di godam oleh GIGAHACKERS DAN SILLY.

Maklumat ini alcatraz77 dapat daripada blog HARRAZDANI  dan beliau pun ada membuat entri mengenai perkara ini... Blog gilamodified sememang blog yang hebat, banyak entri yang di paparkan di dalamnya berkenaan modifikasi kereta yang di sertai sahabat kita KHAIRUL pemilik blog tu sendiri... Namun sekarang apa dah jadi bila kita bukak jer laman blog gilamodified ini, apa yang kita dapat lihat bukan gambar2 menarik daripada autoshow tapi apa yang terpampang di sana adalah paparan gelap dan penuh  dengan kesedihan macam kat bawah ni...


P/s: Kepada Khairul alcatraz77 harap berbanyak lah bersabar dan kepada kawan2 yang pandai dalam bab2  HACK ni tolong lah berikan bantuan kepada sahabat kita agar blognya dapat pulih seperti sedia kala...