Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label info sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info sukan. Papar semua catatan

NAZMI FAIZ BUKA LEMBARAN BARU UNTUK SUKAN BOLA SEPAK NEGARA


NAZMI FAIZ BUKA LEMBARAN BARU UNTUK SUKAN BOLA SEPAK NEGARA KEJAYAAN pemain muda negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar akan membuka lembaran baru kepada pembangunan pemain muda di negara ini.

Bagi pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee, berita terbaru mengenai Nazmi ini begitu menggembirakan dan cukup bagus untuk pendedahan pemain muda itu di peringkat tertinggi.
“Ini satu perkembangan yang cukup baik kerana sebelum ini hanya pemain senior saja yang mendapat peluang di peringkat lebih tinggi.

Ini satu perkembangan yang cukup baik kerana sebelum ini hanya pemain senior saja yang mendapat peluang di peringkat lebih tinggi. - Ong Kim Swee, Jurulatih Harimau Muda “Perkhabaran positif Nazmi ini akan membuka lembaran baru kepada aspek pembangunan pemain muda di negara ini untuk terus melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti,” katanya ketika dihubungi di Slovakia, semalam.

Menurut laman web rasmi kelab berkenaan, tonggak Harimau Muda yang beraksi di saingan Liga Singapura itu, memikat perhatian panel pemilihan dan terus ditawarkan kontrak tiga tahun untuk menyarung jersi kelab itu.

Namun, di sebalik kejayaan Nazmi memikat kelab Portugal itu, Kim Swee menegaskan semua pihak tidak boleh terus ‘dibuai mimpi indah’, sebaliknya usaha pencarian dan pembangunan pemain muda harus dilipat gandakan.

“Daripada penubuhan Harimau Muda kira-kira empat tahun lalu, kini kita sudah boleh lihat hasilnya. Tapi pembangunan pemain muda tidak boleh berhenti begitu saja. 
“Saya akan berjumpa dengan ejen Nazmi (Marco Guimaere) malam ini (semalam). Selepas pertemuan itu, baru kita akan dapat tahu lebih lanjut mengenai kontrak yang ditawarkan kepada Nazmi,” katanya.

Sukan Bola Sepak, Safee Sali Curi Tumpuan...

BAGAIKAN pahlawan di zaman silam, penyerang Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali jelas tidak pernah mengenal erti mengaku kalah.

'Takkan Safee hilang di dunia', kecederaan otot yang selama ini membelenggunya ternyata tidak menghalang penyerang prolifik itu daripada berterusan menjaringkan gol semasa latihan ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City setakat ini.

Semalam, Safee sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila berjaya mengatasi beberapa pemain pertahanan Cardiff sebelum meledak beberapa gol, dan aksinya itu dikatakan mula menggamit perhatian pengendali Cardiff, Malky Mackay yang kini dikatakan lebih cenderung menguji Safee berbanding penyerang lain semasa sesi latihan tersebut.

Doa ribuan peminat bola sepak tanah air yang mengiringi pemergiannya ke bumi Cardiff sejak Isnin lalu bagi memburu misi sebagai pemain pertama Malaysia beraksi dalam kancah saingan bola sepak England ternyata berbaloi apabila Safee tidak lagi dihantui kecederaan itu.

Kelantan vs Felda United 14/9/2011 / Kelantan Kalah 2-0


P/s : Kepada penyokong pasukan Kelantan, di harapkan anda semua bersabar dan terima lah hakikat kekalahan pasukan anda... Majulah Sukan Untuk Negara...

Nasib Datuk Lee Chong Wei Dan Datuk Nicol David Berbeza...

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong  Wei terus kempunan untuk menjulang kejuaraan dunia, selepas tumpas kepada seteru utamanya dari China, Lin Dan pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia di Arena Wembley, semalam.Chong Wei tewas 22-20, 14-21, 21-23.

Kemenangan itu, memastikan Lin Dan merangkul kejuaraan kali keempat selepas kali terakhir melakukannya pada 2009 di India.

Sementara itu, Datuk Nicol David meneruskan legasi kecemerlangan dalam acara skuasy apabila muncul juara sulung Terbuka Australia di Canberra, semalam.

Pada pertemuan akhir itu, Nicol menghampakan harapan pemain England, Jenny Duncalf dengan kemenangan, 11-8, 11-4, 11-6, sekali gus memastikan namanya terpahat pada Piala Heather McKay. Kemenangan di Australia itu, mengekalkan Nicol sebagai posisi selaku pemain nombor satu dunia, dalam senarai Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) sejak 2007.  Sumber : SH

Harimau Malaya Di Ketepikan Sang Singa...

Malam ni ialah malam kekalahan bagi skuad Harimau, bila kalah ramai yang kata bola itu bulat, semua itu nasib. Bagi aku memang bola itu bulat bukan leper atau bersegi tapi kalau pemain-pemain yang memainkan bola tersebut pandai memainkan peranan dengan mengunakan skil yang ada serta bermain dalam semangat berpasukan, sudah tentu kejayaan akan menjadi milik kita. Pemainan malam ni alcatraz rasa dah OK walaupun ada sedikit kelemahan, tapi nak buat macam mana, semua tu kan nasib hehe... Nasib nasib dan nasib...

Terkubur hasrat Malaysia untuk terus melangkah ke perlawanan seterusnya, namun sekalung pujian di ucapkan  kepada semua pemain negara yang bermain secara bermati-matian untuk mendapakan kemenangan, walaupun tidak berjaya untuk merangkul kemenagan dalam perlawanan yang berlangsung tadi... aku pun kecewa kalau hangpa semua nak tau...Sadih sangat tak tau nak cerita apa dah, cerita ku tamat kat sini sekian...

P/s : Rasa kecewa, tapi apa nak buat semua itu dah tersurat, cuba lagi di lain kali dan teruskan usaha serta mantapkan latihan anda. Pada jurulatih dan para peminat bersabar lah...

Bola Sepak : Harimau Tak Gentar Akan Ngauman Sang Singa...

BIAR apa pun rintangan yang datang pada perlawanan pusingan kedua kelaya-kan Piala Dunia 2014 Zon Asia Harimau Malaya tidak goyah untuk berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal berkata, anak buahnya sudah bersedia selain teruja bertemu Lions.

“Semua pemain bersedia untuk perlawanan malam esok (hari ini) dan tidak sabar untuk bermain di laman sendiri dihadapan lebih 80,000 penyokong negara.

“Saya tidak nampak mereka tertekan kerana mereka faham peranan yang digalas itu sememangnya berat. Apa yang penting kita akan cuba mencari gol awal,” katanya.

Selain itu, Rajagobal belum memutuskan siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan.

Namun, jurulatih itu menamakan Safee Sali dan Aidil Zafuan Abd Radzak sebagai calon sesuai menggantikan Safiq Rahim yang digantung akibat menerima kad merah pada pertemuan pertama di Singapura.

“Kita akan lihat sama ada Safee atau Aidil yang akan diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan pada perlawanan nanti.

“Saya masih belum membuat keputusan mengenai perkara ini dan hanya akan memilih pada taklimat pagi esok (hari ini),” katanya. sinar

P/s : Semoga pasukan Malaysia berjaya malam ni, dengan jaringan besar punya hehe...

(PHOTOS) Uruguay Wins Copa America 2011, Beats Paraguay 3-0


BUENOS AIRES, Argentina - Diego Forlan menjaringkan dua gol dan Uruguay memenangi Copa Amerika selepas menewaskan Paraguay 3-0 Ahad lalu.

Luis Suarez juga menjaringkan gol untuk Uruguay, yang diikuti penampilan separuh akhir pada Piala Dunia 2010 dengan memenangi kejohanan Amerika Selatan buat kali pertama sejak 1995.

"Kami bermain sebagai satu kumpulan," kata Suarez, yang telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan. "Saya fikir apabila kumpulan bersatu seperti ini, semua orang bersama-sama dan bagi perkara yang sama, anda boleh mendapatkan perkara yang dilakukan."

Argentina dan Brazil yang kecewa dalam suku akhir Copa. Uruguay menggulingkan Argentina pada penalti dan Paraguay dihapuskan Brazil, juga dalam penentuan.

Argentina telah memenangi 14 kali, Brazil lapan. Brazil telah memenangi empat daripada lima gelaran yang lalu.

BOLA SEPAK : Malaysia vs Singapura 28 Julai 2011 Di Stadium Nasional Bukit Jalil...


Bola, bola, bola... Sekarang semua heboh cerita pasai bola, kemana hala tuju bola sepak negara kita sebenarnya?  Perlawanan baru-baru ini di Singapura pun Malaysia kalah 5 - 3 , harap-harap perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 julai 2011 akan menbuah hasil pada skuad bimbingan Datuk K Rajagopal...

Sekiranya Malaysia dapat membolosi gawang Singapura dengan jaringan gol yang banyak serta dapat mengekang kemaraan Singapura, sudah pastinya kejayaan memihak kepada Malaysia. Walaupun  kalah, alcatraz masih berbangga menjadi peminat pasukan Malaysia  kerana semua pemain kita semuanya warga negara asal Malaysia, bukan macam pasukan Singapura tu, Separuh dari pemain dia bukan warga negara asal negara dia pun...

Ok bagi sesiapa yang nak menyaksikan perlawanan ini, tiket- tiket boleh di dapati di lokasi-lokasi tersebut:

Kuanter Tiket : Pintu Masuk Utama Stadium MBPJ, Pintu Masuk Stadium A Shah Alam, Yellow Gate Stadium Nasional Bukit Jalil mulai 9 pagi hingga 7 malam pada 26 dan 27 julai 2011. Bagi yang tidak mempunyai masa untuk ke lokasi-lokasi tersebut, anda juga boleh mendapatkannya secara online di http://www.tickethotline.com.my .