Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label isu pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu pelajar. Papar semua catatan

(PELAJAR) FOBIA TENGOK SEKOLAH, TERPAKSA AMBIL PMR DI HOSPITAL

(PELAJAR) FOBIA TENGOK SEKOLAH, TERPAKSA AMBIL PMR DI HOSPITAL | TAMPIN – Akibat penyakit dihadapinya, seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) terpaksa mengambil peperiksaan berkenaan di Hospital Tampin, semalam.

Siti Nor Fitrah Ramli, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Undang Haji Adnan (Duha), di sini, mengalami gangguan tekanan atau Traumatic Stress.


Dia yang dikesan mengalami penyakit itu sejak Jun lalu berbuat demikian atas nasihat pakar psikiatri hospital terbabit.

Siti Nor Fitrah berkata, penyakit itu menyebabkan dia mudah pengsan sebaik sahaja tiba di sekolah.

Malah katanya, dia pernah pengsan sebaik sahaja menjejak kaki ke pintu pagar sekolah.

“Sejak Jun lalu, sudah tidak terkira berapa kali saya pengsan ke sekolah. Doktor merawat saya memberitahu saya sering mempunyai perasaan ‘tidak boleh ke sekolah’.

“Penyakit ini membuatkan perasaan saya seolah-olah trauma dengan sekolah dan atas nasihat doktor pada Isnin lalu, kes saya dirujuk ke HT untuk membolehkan saya menduduki peperiksaan PMR di hospital tanpa risiko untuk pengsan seperti di sekolah,” katanya di HT, semalam.

Dalam pada itu, Siti Nor Fitrah mengakui sedih dan terkilan kerana tidak berpeluang untuk menduduki peperiksaan bersama rakan lain di sekolah, namun terpaksa akur dengan nasihat doktor.

“Saya akan cuba memberi yang terbaik untuk peperiksaan PMR walaupun persekitaran menduduki peperiksaan seperti ini tidak pernah sama sekali tergambar dalam fikiran saya selama ini,” katanya.

Siti Nor Fitrah adalah antara 1,176 calon yang menduduki PMR di daerah Rembau, tahun ini.

P/s : Harap beliau tabah menghadapai dugaan ini, buat yang terbaik dan kami disini mendoakan semoga adik berjaya.

61 PELAJAR DISERANG HISTERIA DI LOKASI KERAS


61 PELAJAR DISERANG HISTERIA DI LOKASI KERAS KUALA LANGAT: Sebuah sekolah menengah di sini, terpaksa bercuti sehari, semalam, selepas lebih 60 pelajar sekolah itu mengalami histeria dalam dua kejadian berasingan dalam tempoh seminggu dengan kali terakhir, kelmarin.

Kejadian bermula apabila seorang perempuan diserang histeria pada Selasa lalu diikuti keesokannya 60 pelajar lain termasuk dua pelajar lelaki yang belajar sesi pagi dan petang sekolah berkenaan turut ‘dijangkiti’ histeria.

Difahamkan kejadian itu berlaku mungkin berpunca daripada aktiviti pembersihan hutan kecil yang terletak kurang 100 meter di belakang sekolah.

Seorang pekerja sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Ani berkata, tapak hutan terbabit milik persendirian yang dibersihkan seminggu lalu sebelum dijual kepada seorang individu bagi membina kilang dan membangunkan kawasan itu.

Katanya, sebelum ini tiada kejadian seperti itu berlaku di sekolah berkenaan sehingga kerja penebangan dan pembersihan pokok dilakukan. 

KOLEJ SWASTA ROMPAK DUIT PTPTN PELAJAR


KOLEJ SWASTA ROMPAK DUIT PTPTN PELAJAR | Sebuah kolej swasta di Mantin, Negeri Sembilan didakwa ‘merompak’ wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajarnya secara senyap apabila melakukan penyelewengan melalui kaedah ‘debit’ daripada akaun pelajar secara paksa. 

Lebih 400 pelajar tahun akhir kolej tersebut dikenal pasti telah tertipu dengan tindakan pihak pengurusan kolej tersebut dan ia melibatkan wang bernilai hampir RM8 juta. Berikutan perkara tersebut, wakil pelajar bertindak melaporkannya kepada pihak polis termasuk membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). 

Namun, mereka telah diugut bahawa prestasi mereka akan terjejas sekiranya mereka tidak menarik balik segala bentuk laporan yang telah dibuat. Salah seorang pelajar, yang hanya mahu dikenali sebagai Fiza, 24, berkata, pelajar yang terlibat sepatutnya menerima RM18,000 sebagai wang sara diri daripada jumlah keseluruhan pinjaman sebanyak RM56,000. Namun menurutnya, mereka hanya menerima RM100 setiap semester dan pihak pengurusan sering berdolak-dalih setiap kali pelajar meminta baki wang yang sepatutnya.

Sumber : abgteror.com