Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label meninggal dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label meninggal dunia. Papar semua catatan

SI TUA HILANG NYAWA KERANA MENGINTAI


GEORGETOWN: Seorang lelaki warga emas terpaksa membayar dengan nyawanya apabila dia dibelasah orang ramai ketika mengintai seorang wanita dalam tandas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, menyebabkan dia di masukkan ke wad neurologi Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum meninggal dunia, malam kelmarin.

Mangsa yang berusia 59 tahun meninggal dunia kira-kira jam 9 malam selepas dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu kerana mengalami pendarahan dalam otak. 
Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang peniaga wanita masuk ke tandas untuk membuang air kecil sebelum menyedari dia diintai seorang lelaki melalui celahan pintu yang renggang. 

Wanita terbabit kemudian menjerit meminta tolong dan seorang saudaranya masuk dan terserempak seorang lelaki yang berada di tandas bersebelahan.

Suspek yang berusia 59 tahun dan juga seorang pengemis dipukul beramai-ramai oleh orang awam yang berang sebelum diserahkan kepada polis.

P/s : Kasihan orang tua tu, mati pulak dalam keadaan macam tu, tapi orang yang pukul orang tua tu pun agak-agak la, takkan sampai macam tu sekali tindakan korang. Fikir2kan lah apa yang korang buat tu baik ka tak?, memang perbuatan pak cik tu salah, tapi hukuman yang korang beri tu betul ka? renung-renungkan.

[Sumber]

(Cerita Artis) Amy Search terkilan tak sempat tunai hajat Bob Kuman


PETALING JAYA – “Bro, gua sebenarnya dah jauh.”Itulah kata-kata pelakon dan pelawak, Allahyarham Bob Kuman yang tidak dapat dilupakan oleh penyanyi rock, Amy Search semasa mereka berbual menerusi telefon kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, kata-kata arwah itu masih terngiang-ngiang ditelingannya seolah-olah sudah memberi petanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.

“Saya juga terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terakhir Allahyarham yang inginkan alat pemain MP3 sebagai hadiah hari jadinya.

“Saya sudah membeli alat tersebut dan menyimpannya di rumah. Malangnya saya tidak dapat menyerahkan alat itu kepadanya,” katanya ketika ditemui di sini semalam. - Kosmo

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA, AL-FATIHAH BUAT ARWAH

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA, AL-FATIHAH BUAT ARWAH | Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara.

Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.

Ketika tersebarnya khabar angin, Allahyarham, nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, menyindir dengan berkata ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia.

Menurut  Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.

Ekoran khabar angin tempoh hari, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.-sinar

Yang ni pulak petikan sari blog mazidulakmal.com

Arwah Bob Kuman dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan kepada saya.

Ketika tiba di rumah arwah pada jam 4.30 petang, jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR.

"Berapa minit buat CPR?," soal saya.

"Lebih kurang 20 minit bang," balasnya.

Beberapa minit kemudian, dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan beliau meninggal dunia 8 minit kemudian.

"Tiada nadi dan nafas, anak mata sudah membesar," ujar kakitangan hospital terbabit.

Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya.

Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan.

Saya telah menghubungi Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah, C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.-mazidulakmal.com

(AJAL) LELAKI MAUT KETIKA BERMAIN BADMINTON

(AJAL) LELAKI MAUT  KETIKA BERMAIN BADMINTON | Kegembiraan sepasang suami isteri meraikan cuti umum sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam bertukar tragedi apabila si suami meninggal dunia akibat serangan jantung semasa bermain badminton malam kelmarin.

Mangsa, Yeoh Chee Liang, 28, didapati meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di dewan sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di sini.

Isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, tiada sebarang tanda-tanda menunjukkan suaminya akan pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

Dia yang turut menemani sepanjang suami bermain tidak menyangka keseronokan suami menghabiskan masa bermain badminton bersama rakan-rakan merupakan kenangan terakhir bersama mendiang.

“Sebaik sampai kira-kira jam 8 malam, Chee Liang memulakan permainan bersama rakan dan selesai bermain satu set sebelum berhenti rehat.

“Bagaimanapun, ketika sedang bermain di set kedua permainan, dia didapati terjatuh secara tiba-tiba,” katanya kepada Sinar Harian.

Rakan beregu, Chen Qiu Song, 28, berkata, ada antara kawan cuba memanggil dan menggerakkan badannya, tetapi tiada jawapan.

“Semasa sibuk memulakan set kedua, mangsa dilihat terjatuh. Kejadian berlaku begitu cepat dan keadaan cemas menyebabkan masing-masing tergamam,” katanya.

Polis bagaimanapun mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.

Mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk dibedah siasat.

Difahamkan, mangsa sering menghabiskan masa dengan bermain badminton dan dilihat agak keletihan sebelum memulakan permainan.

Hasil perkahwinan mangsa dan isterinya Mac tahun lalu dikurniakan seorang anak perempuan berusia lapan bulan. SINAR