Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label peringatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peringatan. Papar semua catatan

Perhatian Kepada Semua Wanita Di Malaysia...

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Geng status 8 tidak mencari ku lagi...

Salam semua, apakhabar korang pagi-pagi ni dah sarap ker belum, alcatraz baru jer pekena nasik kenduri kat cafe tadi ada pulak orang yang baik hati nak buat kenduri pagi-pagi ni, terima kasih lah yer. Macam biasa la bila mai pejabat, tempat yang dituju selepas punch card tak lain tak bukan kalau bukan cafe yang alcatraz cari hehe... Maklum la sebelum nak buat kerja, perut pun perlu di isi dulu, baru lah anggota2 badan semangat sikit nak jalankan tugas masing-masing. 

Ok kita mulakan dengan topik kita pagi ni "Geng status 8 tidak mencari ku lagi" hehehe... ini bukan tentang Along kejar nak mintak utang dan cerita ini tiada sangkut paut dengan gengstar ker apa, cuma cerita ini tentang kawan2 juga hehehe...

Dulu di mana-mana saja alcatraz berada, alcatraz sentiasa di hubungi oleh si dia yang berstatus 8 ini, tidak kira siang dan malam alcatraz di cari, yang hebatnya sampai ke dalam blog alcatraz ni pun dia cari, kadang-kadang kat shoutbox pun timbul nick status 8. Hairan sekarang kemana dia menghilangkan diri, alcatraz pun tak pasti, adakah statusnya sudah bertukar ke status yang selesa alcatraz pun tak pasti.

Ok sekadar itu mukadimah cerita merapu yang pasti benar terjadi untuk tatapan kali ini, semoga anda semua ceria dan bersemagat untuk menjalankan tugas yang diamanahkan, selamat maju jaya...

P/s : Kepada Geng status 8, kalau masih ingat aku muncul lah diri anda seperti sedia kala, jangan menyembunyikan diri sekiranya anda telah berjaya haha :) 

[ SEBELUM TEMPOH ITU TAMAT ]

Apakhabar semua? alcatraz harap anda semua sihat hendaknya, kat sini ada satu petikan tajuk yang berbunyi "Sebelum Tempoh itu Tamat" mari sama-sama kita hayati.

Membasuh kesalahan silam amat penting diberi perhatian. Jika dengan Tuhan, usah bertangguh bertaubat; jika dengan manusia carilah orang berkenaan dan selesaikanlah.

Jiwa yang tenang adalah jiwa yang tidak berbuat salah, bersih daripada sebarang dosa. Pada usia yang meningkat, ketenangan adalah pertaruhan yang mesti diambil.

Tanpa ketenangan, adalah gambaran kesusahan pada alam seterusnya. Alam itu penuh misteri yang mana situasinya banyak bergantung pada bagaimana usaha di sini di alam nyata ini...

Tanggungjawab setiap insan lalu perjalanannya tidak terhitung Moga Allah memberkati setiap langkahmu...


HARAM BERTATU DALAM ISLAM.

Gambar ni aku google jer, hehe keluar PoPeyes lagi tu...

Mukadimah pembuka bicara :

Tatu ialah tanda pada badan yang dibuat dengan melarik, mencucuk dan memasukkan warna.

Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah bahawa tatu itu ialah mencucukkan jarum atau sebagainya di belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau selainnya di tubuh badan sehingga darah mengalir. Kemudian diisi tempat itu dengan celak atau kapur tohor (kapur hidup) sehingga menjadi hijau.

Tatu pada kebiasaannya dijadikan sebagai perhiasan atau adat atau kerana tujuan keagamaan dengan mengukir gambar-gambar, lambang, nama kumpulan atau sebagainya di tubuh badan.
Namun pada hakikatnya, tatu itu boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan orang yang bertatu. Kesan-kesannya adalah seperti berikut:-

(i) Alahan pada jenis pigmen atau pewarna yang digunakan. Simptom seperti bengkak dan gatal-gatal pada bahagian yang mempunyai kesan merah akibat mentatu.

(ii) Jangkitan penyakit Hepatitis B.

(iii) Jangkitan HIV dan Hepatitis C boleh berjangkit sekiranya jarum yang tercemar digunakan.

Kesukaran dan kesakitan dalam menghilangkan kesan tatu itu juga tidak dapat dinafikan. Antara kaedah bagi menghilangkan tatu tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Menggunakan laser yang boleh menghuraikan pewarna kepada partikel-partikel kecil yang boleh dicerna oleh kulit.

(ii) Excision melibatkan pemotongan bahagian kulit yang mempunyai tatu.

(iii) Salabrasion yang menggunakan air garam untuk disapukan ke atas tatu bagi merosakkan kulit.

Tangisan Al-Quran


Sebagai barang perhiasan, mereka mempersolekkan aku namun mereka terus juga menyimpanku dan kadang-kadang mencium aku.

Ketika perayaan mereka melaungkan ayat-ayatku sewaktu sengketa mereka bersumpah atas nama ku.

Di atas rak-rak mereka menyimpan aku sehingga tiba pada perayaan atau sengketa yang lain bila mereka kembali memerlukanku lagi.

Ya! mereka membaca dan menghafalku tetapi sebagai hiasan sajalah aku ini tidak lebih daripada itu.

Perutusa dan peringatan daripadanya yang ku bawa tetap bersembunyi tetap terbiar.

Khazanahnya yang ku bawa tidak juga mereka sentuh.

Arenaku tetap terbentang gersang dan tandus di mana dulunya menyemarak kegemilangan keagungan.

Perlakuan mereka padaku memang biadap begitu banyak yang boleh ku beri. tapi tiada siapa yang sudi menerimanya ...

Mahir-ul Qadri.

P/s : Adakah kita juga melakukan perkara diatas? kalau pernah, mari lah kita menginsafi diri dengan kata-kata tersebut dan kembali kepada fitrah-nya yang asal.

Peringatan Nuffnang Untuk Aku, Anda dan semua Ahlinya.


Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut. Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

* Sumber dari email yang di terima...