Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jenayah. Papar semua catatan

DATUK UGUT IBU MUDA GUNA PISTOL


DATUK UGUT IBU MUDA GUNA PISTOL KOTA KINABALU: Niat seorang ibu muda mengambil anaknya berusia dua tahun dalam jagaan keluarga mentuanya berstatus VIP sejak Oktober tahun lalu, dibalas dengan sepak terajang manakala bapanya yang cuba membantu, diugut dengan pistol oleh besannya.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Sri, 20-an, berkata, kejadian berlaku di sebuah taska di sini, jam 10.30 pagi Jumaat lalu.

Menurutnya, sebelum kejadian dia bergegas ke taska itu bersama adiknya berusia 17 tahun bagi mengambil anaknya dengan membawa surat perintah penjagaan sementara dikeluarkan mahkamah pada 17 Januari lalu. 

Sri berkata, tidak lama kemudian, bapa dan ibu mentuanya bergelar Datuk dan Datin serta abang iparnya tiba di taska itu, sebelum Datin terbabit membawa cucunya berusia dua tahun itu ke dalam kereta.

(TERKINI) POLIS CARI DIN DUKUN


(TERKINI) POLIS CARI DIN DUKUN SEREMBAN - Kes pembunuhan seorang pemandu peribadi yang mayatnya ditemui hanya memakai kain sarung di ladang kelapa sawit di Jalan Besar Linggi-Lubok Cina dekat Rembau 15 Mei lalu bakal terungkai sekiranya polis menemui seorang lagi lelaki bagi menyelesaikan kejadian tersebut.

Lelaki itu ialah Ausman Mohd. Dahlan, 50, atau Din beralamat di No. 389 Lorong Teluk 5 Kg. Teluk, Pasir Panjang Batu 16, Port Dickson dan No. 5 Lorong Jaya 1, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Maklumat penting tersebut diperolehi selepas polis menyoal siasat tiga lelaki berusia lingkungan 30-an yang ditahan di Perak 5 Jun lalu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, Din adalah seorang dukun dan merupakan individu terakhir yang sepatutnya ditemui si mati pada hari kejadian.

Sumber : kosmo

SANGKAR CINTA SI PENGEDAR DADAH


SANGKAR CINTA SI PENGEDAR DADAH | KUALA LUMPUR: “Saya hanya terbayangkan penjara dan tali gantung kerana orang yang saya sayangi sebenarnya penagih serta pengedar dadah,” kata seorang ibu muda yang kini menyesali perbuatannya lari dari rumah sejak 2007 kerana mengikut teman lelaki.

Wanita berusia 23 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Nora berkata, selepas lari dari rumah, dia berkahwin dengan kekasihnya di selatan Thailand, namun rumah tangga yang dibina hanya bertahan setahun.

Nora berkata, dia bercerai sejurus melahirkan anak kembar lelaki pada 2008, namun seorang daripada anaknya itu meninggal dunia.

“Selepas itu saya hidup sendirian kerana saya masih tidak pulang ke pangkuan ibu bapa, sebaliknya hanya menyerahkan anak saya untuk mereka jaga.

“Pada April tahun lalu, saya berkenalan pula dengan seorang lelaki yang saya anggap mampu menjadi penyelamat dan memberi kebahagiaan.

“Bagaimanapun, impian saya menjadi sebaliknya kerana dia rupa-rupanya penagih serta pengedar dadah. Setahun hidup bersamanya ibarat dalam neraka kerana saya bukan saja selalu dipukul, malah turut dipaksa mengambil dadah,” katanya.

Sumber : metro

Perhatian Kepada Semua Wanita Di Malaysia...

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

SMS si penipu ?...


SMS yang meminta mangsa menambah nilai prabayar.

KUALA LUMPUR - "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."
Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.
Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.
"Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.
"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.
Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.
"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.
Sumber : kosmo.com