Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

(INFO) COLI TELAH DIPAKAI SEJAK 600 TAHUN DULU



Arkeologi temui pakaian dalam Zaman Pertengahan

Vienna: Sejarah pakaian dalam wanita nampaknya terpaksa ditulis semula apabila kajian mendapati wanita sebenarnya sudah memakai coli sejak 600 tahun dulu. 

Penemuan mengejutkan Kenyataan Universiti Innsbruck kelmarin berkata, pakar arkeologi menemui empat coli linen Zaman Pertengahan di istana Austria. Pakar fesyen menyifatkan penemuan itu memeranjatkan kerana coli disangka hanya digunakan 100 tahun dulu apabila wanita meminggirkan korset ketat.

Sebaliknya, coli mula muncul diikuti korset, disusuli coli yang dihasilkan semula.

Satu daripadanya kelihatan seperti pakaian dalam moden, kata kurator fesyen bagi Muzium London, Hilary Davidson, sambil menambah ia penemuan mengagumkan.

Walaupun pakaian dalam linen itu digali pada 2008, ia tidak menjadi berita sehingga sekarang, kata pakar arkeologi yang bertanggungjawab menemuinya, Beatrix Nutz. 

Beliau menyampaikan syarahan mengenai penemuan itu tahun lalu, tetapi maklumat cuma untuk pakar akademik sehingga disiarkan Majalah Sejarah Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

“Kami tidak percaya. Tiada pakaian seperti coli pada abad ke-15,” katanya dalam panggilan telefon dari bandar raya Tyrolean di Innsbruck. 

Universiti berkenaan berkata, empat coli terbabit adalah antara lebih 2,700 serpihan tekstil, sebahagiannya linen, yang lain linen dicampur kapas, ditemui bercampur dengan kotoran, kayu, penyedut dan serpihan kulit.

“Empat tekstil linen menyamai coli zaman moden dengan satu daripadanya kelihatan seperti versi hari ini dengan dua tali untuk disangkut di bahu dan tali belakang,” katanya.

Pakaian dalam berkenaan bukan sekadar berfungsi sebaliknya dihiasi dengan renda dan hiasan lain, dipercayai bagi memuaskan pemakai.

Ketika lukisan zaman itu menunjukkan pakaian luar, ia tidak mendedahkan apa yang dipakai wanita di dalam. Davidson, menggambarkan penemuan itu sebagai sejenis kaitan yang hilang dalam sejarah pakaian dalam wanita. - AP

Wordless Wednesday #7 / Kereta Merdeka...


P/s : Kalau hangpa semua nak tau, kereta ni lah yang dinaiki Allahyarham Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa perarakkan Hari Kemerdekaan yang pertama... Gambar ini aku ambik Tahun 2010 semasa menyertai perarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan yang diadakan di Stadium Negeri Perlis dan kereta tersebut dibawa untuk tatapan umum...

(Gambar) : Pejabat Pos Besar Alor Setar, Dahulu Dan Sekarang...

Mustahil tetapi berlaku.

Kadang-kadang sesuatu berita itu dianggap mustahil boleh berlaku. Apatah lagi jika semua orang tidak menjangka ia akan berlaku sebaliknya.

Tidak siapa percaya kapal Titanic berukuran 261.5 meter panjang diperbuat daripada 14 bahagian kalis air boleh karam akibat terlanggar bongkah ais gergasi di lautan Atlantik Utara.

Titanic dikatakan boleh terapung walaupun semua bahagian tenggelam. Justeru, apabila tersebar berita Titanic tenggelam maka beberapa buah akhbar melaporkan seolah-olah tiada malapetaka buruk yang akan berlaku kepada kapal yang membawa 2,300 penumpang itu. Semua orang menganggap Titanic tidak akan tenggelam!

The Daily Mirror misalnya dengan yakin melaporkan: 'Semua penumpang selamat' dan Daily Mail: 'Tiada sesiapa yang hilang!'

Wartawan di dua akhbar berkenaan masih yakin bahawa Titanic tidak akan tenggelam kecuali akhbar New York Times terbitan 16 April 1912 yang melaporkan tajuk utamanya: 'Titanic karam setelah empat jam melanggar bongkah ais'.

Laporan New York Times itu akhirnya  menjadi sejarah apabila tragedi yang dilaporkan itu menjadi berita paling menggemparkan dunia hingga ke hari ini. Tragedi itu turut di adaptasi dalam sebuah filem Hollywood bertajuk Titanic.

Hanya lakaran bukan gambar Titanic yang sebenar

Laporan itu menunjukkan bahawa wartawan yang melaporkan berita mestilah sedar  hakikat bahawa sesuatu kejadian yang dianggap mustahil merupakan berita bernilai tinggi yang ingin diketahui pembaca.

*Semua benda yang di anggap mustahil untuk berlaku, akan berlaku juga sekiranya mendapat izin Allah s.w.t, sesungguhnya kekuasaan Allah s.w.t melebihi segalanya. Kepadanya kita berserah dan memohon pertolongan.