Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label JENAYAH NARKOTIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JENAYAH NARKOTIK. Papar semua catatan

SANGKAR CINTA SI PENGEDAR DADAH


SANGKAR CINTA SI PENGEDAR DADAH | KUALA LUMPUR: “Saya hanya terbayangkan penjara dan tali gantung kerana orang yang saya sayangi sebenarnya penagih serta pengedar dadah,” kata seorang ibu muda yang kini menyesali perbuatannya lari dari rumah sejak 2007 kerana mengikut teman lelaki.

Wanita berusia 23 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Nora berkata, selepas lari dari rumah, dia berkahwin dengan kekasihnya di selatan Thailand, namun rumah tangga yang dibina hanya bertahan setahun.

Nora berkata, dia bercerai sejurus melahirkan anak kembar lelaki pada 2008, namun seorang daripada anaknya itu meninggal dunia.

“Selepas itu saya hidup sendirian kerana saya masih tidak pulang ke pangkuan ibu bapa, sebaliknya hanya menyerahkan anak saya untuk mereka jaga.

“Pada April tahun lalu, saya berkenalan pula dengan seorang lelaki yang saya anggap mampu menjadi penyelamat dan memberi kebahagiaan.

“Bagaimanapun, impian saya menjadi sebaliknya kerana dia rupa-rupanya penagih serta pengedar dadah. Setahun hidup bersamanya ibarat dalam neraka kerana saya bukan saja selalu dipukul, malah turut dipaksa mengambil dadah,” katanya.

Sumber : metro

'GATAI PUNGKOQ' SEBAB SUMBAT DADAH DALAM LUBANG JUBUQ


'GATAI PUNGKOQ' SEBAB SUMBAT DADAH DALAM LUBANG JUBUQ | CAMERON HIGHLANDS: Sikap aneh seorang penganggur yang asyik menggaru punggung dipercayai kerana tidak tahan gatal membongkar rahsia apabila dia sebenarnya menyembunyikan 8.90 gram heroin dalam duburnya, petang kelmarin.

Ketika ditahan pada jam 3.30 petang di depan sebuah kedai gunting di Tanah Rata, di sini, lelaki berusia lingkungan 30-an itu kelihatan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum diperiksa sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata sebelum itu, polis memeriksa seluruh tubuh penganggur terbabit, namun tidak menemui sebarang objek mencurigakan.

Menurutnya, penganggur terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Cameron Highlands untuk disoal siasat bagi mengetahui lokasi sebenar dia menyembunyikan dadah.

Katanya, ketika didesak supaya mengaku penganggur terbabit tidak berdiri dengan betul apabila asyik menggaru punggung selain menggeliat sebelum mengakui menyembunyikan sepeket heroin dalam duburnya.

“Bagaimanapun, polis kemudian memaksa lelaki terbabit mengeluarkannya sebelum mengesahkan terdapat satu peket plastik lut sinar yang mengandungi serbuk heroin seberat 8.90 gram,” katanya.

Katanya, penganggur terbabit kini ditahan reman selama empat hari di lokap IPD bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. -METRO

(KANABIS) SUDAH-SUDAH LAH TU APEK


(KANABIS) SUDAH-SUDAH LAH TU APEK Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis.

Juruteknologi makmal perubatan, Israfel Ismon berkata, beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28.

Beliau berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari. Sumber