Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

AMOI MUDA HILANG DARA AKIBAT TERPEDAYA DENGAN CINTA MUKA BUKU


AMOI MUDA HILANG DARA AKIBAT TERPEDAYA DENGAN CINTA MUKA BUKU |  Gara-gara keasyikan cinta Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun bukan sahaja sanggup ponteng sekolah untuk bertemu teman lelakinya malah, beberapa kali menjadi mangsa rogol suspek yang dikenalinya melalui laman sosial itu pertengahan tahun lalu.

Remaja perempuan itu pertama kali dirogol oleh remaja berusia 16 tahun pada November tahun lalu ketika dia masih berusia 12 tahun.

Mangsa memberitahu, dia mula mengenali lelaki itu yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Kuala Lumpur melalui Facebook pada pertengahan tahun lalu.

"Walaupun bekerja di Kuala Lumpur, dia selalu pulang ke rumah keluarganya di sini. Kami selalu berjumpa di sebuah pasar raya di Bercham dan sanggup ponteng sekolah untuk bertemu dengannya," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, di sini hari ini. 

SANGKAR CINTA SI PENGEDAR DADAH


SANGKAR CINTA SI PENGEDAR DADAH | KUALA LUMPUR: “Saya hanya terbayangkan penjara dan tali gantung kerana orang yang saya sayangi sebenarnya penagih serta pengedar dadah,” kata seorang ibu muda yang kini menyesali perbuatannya lari dari rumah sejak 2007 kerana mengikut teman lelaki.

Wanita berusia 23 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Nora berkata, selepas lari dari rumah, dia berkahwin dengan kekasihnya di selatan Thailand, namun rumah tangga yang dibina hanya bertahan setahun.

Nora berkata, dia bercerai sejurus melahirkan anak kembar lelaki pada 2008, namun seorang daripada anaknya itu meninggal dunia.

“Selepas itu saya hidup sendirian kerana saya masih tidak pulang ke pangkuan ibu bapa, sebaliknya hanya menyerahkan anak saya untuk mereka jaga.

“Pada April tahun lalu, saya berkenalan pula dengan seorang lelaki yang saya anggap mampu menjadi penyelamat dan memberi kebahagiaan.

“Bagaimanapun, impian saya menjadi sebaliknya kerana dia rupa-rupanya penagih serta pengedar dadah. Setahun hidup bersamanya ibarat dalam neraka kerana saya bukan saja selalu dipukul, malah turut dipaksa mengambil dadah,” katanya.

Sumber : metro