Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label gossip artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gossip artis. Papar semua catatan

(GOSSIP ARTIS) CERITA PASAI PENCERAIAN RAJA AZMI NI, TAK HABIS-HABIS LAGI KA???

(GOSSIP ARTIS) CERITA PASAI PENCERAIAN RAJA AZMI NI, TAK HABIS-HABIS LAGI KA??? Belum sampai seminggu kes perceraian pasangan Raja Azmi bersama bekas pemain badminton kebangsaan, Jalani Sidek, kini timbul pula spekulasi yang mengatakan bahawa penerbit filem "...Dalam Botol" ini sebenarnya mempunyai hubungan sulit bersama seorang lelaki muda yang mengakibatkan perceraian ini berlaku.

Dipetik dari mStar, Raja Azmi meluahkan rasa kecewanya terhadap tuduhan tidak berasas yang sering melabelkan beliau sebagai wanita yang penuh kontroversi. Beliau merasakan perceraian yang telah berlaku merupakan satu jalan penyelesaian yang baik demi menjaga nama baik bekas suami dari terus difitnah orang ramai sebagai lelaki dayus.

Sambung beliau lagi, "Dulu, orang kaitkan saya dengan Roslin Hashim, kini timbul pula cerita saya ada anak ikan (lelaki muda) pula. Bila difikirkan, ada baiknya juga bercerai. Saya tidak sanggup lagi dengar orang tuduh Jalani sebagai suami yang dayus."

Apabila disoal tentang hubungan rapat beliau bersama lelaki muda yang berlaku semenjak beberapa bulan yang lalu, beliau menerangkan bahawa hubungan mereka hanya sebagai rakan sekerja dalam bidang filem dan bukan peribadi.

Malah, penerbit filem itu menyatakan bahawa beliau turut berkawan baik dengan beberapa lelaki muda lain yang ingin mencari peluang dalam dunia filem. Ini kerana beliau ingin melihat potensi mereka demi menjayakan projek filemnya.

Berkaitan dengan soal projek, Raja Azmi mengatakan bahawa beliau kini hanya ingin menumpukan perhatiannya terhadap penerbitan drama untuk televisyen kerana kebanyakan filemnya masih menantikan slot tayangan dan belum mendapat jumlah kutipan yang memberangsangkan.

Syarikat produksi baru beliau, Akid Production yang baru ditubuhkan pada awal tahun ini baru sahaja selesai menjalankan sesi penggambaran telefilem berjudul "Aidiladha Baitulmaqdis" yang bakal ditayangkan di RTM dan Astro.

Jelasnya lagi, sebuah lagi telefilem akan dimulakan di Bali, Indonesia selepas Hari Raya Aidilfitri dan besar kemungkinan filem "Anak Ikan" akan berada di tayangan pada hujung tahun.

(GAMBIT) NAK ASAH MINDA, MAIN JUDI


(GAMBIT) NAK ASAH MINDA, MAIN JUDI | Tindakan pelakon Gambit bermain daun terup di sebuah lokasi hiburan di Australia baru-baru dikatakan bertujuan untuk mengasah minda psikologi melalui permainan itu.

Gambit berkata, permainan daun terup yang disertainya itu hanyalah secara kebetulan bagi memenuhi masa terluang sewaktu bercuti dan bukannya semata-mata atas tujuan berjudi.

“Saya menyertai permainan itu sebenarnya secara kebetulan sahaja dan menganggap ia satu permainan psikologi.

“Biarlah orang nak buat macam-macam tuduhan terhadap saya kerana saya bermain daun terup bukan kerana mahu mendapatkan duit, tetapi sekadar ingin menguji pengetahuan.

“Cakap pun tak guna, kerana orang akan tetap mengkritik. Asalkan saya dan Tuhan tahu niat sebenar, itu sudah cukup,” katanya.

Gambit baru-baru ini telah menulis mesej melalui Twitter miliknya yang mengharapkan tuah dalam permainan daun terup yang disertainya pada 5 Jun lalu.

Gara-gara mesej tersebut, pengikut laman sosial milik Gambit turut menghantar kritikan selain menganggap pelakon itu tidak peka tentang halal dan haram menyertai permainan tersebut.

Gambit mendakwa terkilan apabila kebanyakan masyarakat tempatan terlalu cepat membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat dengan membuat tuduhan yang tidak benar selepas membaca entri berkenaan.

“Saya seorang yang sangat sayangkan Malaysia, bangsa dan agama, tetapi kenapa kebanyakan masyarakat kita mempunyai mentaliti iaitu terlalu cepat menilai keburukan seseorang individu itu?

“Diakui, salah saya juga meletakkan entri yang boleh menimbulkan persoalan kepada semua tetapi dengan menyebarkan maklumat dan membuat spekulasi sendiri, tidakkah ia berbau fitnah? Dan bukankah fitnah itu haram?

“Sebelum mengata tentang orang, cerminlah diri sendiri,” tegasnya.

P/s : Hang tau judi tu haram, tapi yang hang duk galak pi main tu buat pa??? (NAK ASAH MINDA) banyak cara lagi hang boleh asah haha... 

(GOSSIP ARTIS) NEELOFA ANZALNA, APA KES DEPA NI DUK BERGADUH???


(GOSSIP ARTIS) NEELOFA ANZALNA, APA KES DEPA NI DUK BERGADUH??? | Sebab ini kah puncanya?, jom baca petikan kenayataan Anzalna kat bawah ni...

cerita yang diluahkan oleh Anzalna : Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.

Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.

Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini. Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.

Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.

Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya. Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini.

P/s : Pikir dan kaji sendiri kesahihannya... Dunia Artis biasa la...

(GOSSIP ARTIS) GAMBIT SERONOK BERJUDI DI AUSTRALIA, BETUL KA???

(GOSSIP ARTIS) GAMBIT SERONOK BERJUDI DI AUSTRALIA, BETUL KA???  |  8 Jun – Setelah sekian lama senyap daripada kontroversi, hero bagi filem "Karipap Karipap Cinta", Gambit Saifullah kembali membuatkan namanya kembali hangat diperkatakan apabila dia berani memuat naik gambar di laman twitter miliknya yang menunjukkan dia berada di sebuah pertandingan poker di Australia baru-baru ini.

Gambit Saifullah atau nama sebenar, Mohd Saifullah bin Rosli baru-baru ini dikatakan telah terbang ke Sydney, Australia untuk melancong dan turut berkongsi saat-saat dia terlibat sama dalam satu pertandingan poker yang dianjurkan di sana.

Salah satu daripada kenyataan yang ditulis di laman twitternya, Gambit menulis "Wish me luck for my poker tournament people" yang bermaksud "doakan saya berjaya untuk pertandingan poker, semua".

Gambit dengan yakin memberitahu salah seorang peminat yang membalas kenyataan Gambit di Twitternya sebelum ini bahawa dia merupakan seorang yang profesional dalam permainan tersebut dan memang serius bermain poker.

Sumber : Yahoo

TOLONG MAAFKAN SAYA (DAVID TEO)


TOLONG MAAFKAN SAYA (DAVID TEO) | PENERBIT filem dari MIG Movie Production, David Teo memohon maaf secara terbuka kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi di atas kenyataannya yang menyinggung mereka kerana menyebut perkataan ‘sedekah’. 

Dalam kenyataannya yang dikirimkan kepada semua media menerusi e-mel, beliau menjelaskan, jauh dalam lubuk hatinya memang tidak ada niat langsung untuk menghina atau menyakitkan hati mana-mana kerana Bob Kuman dianggap sahabat baiknya.

Berikut adalah kandungan e-mel daripada David Teo;
“Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai Bob Kuman (Husni Mohd Rawi). 

Pemergian Bob sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergiannya, namun kita sebagai manusia harus reda dengan segala ketentuan Tuhan. 

Allahyarham sebelum ini banyak terbabit dalam produksi saya dan dia sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormatinya sebagai sahabat dan rakan kerja. 

Pada kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang isu atau kontroversi. 
Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut mengenai sumbangan yang saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 semasa Bob sakit. 

Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut "jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah". Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Bob Kuman hidup, bukannya selepas meninggal dunia. 
Penggunaan perkataan ‘sedekah’ yang saya maksudkan adalah ‘derma atau sumbangan’. 

Apa yang saya faham, ‘sedekah’ bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar ‘senyum adalah satu sedekah’ dan ‘sedekahkan al-Fatihah’ jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci, tetapi mungkin saya tersalah tafsir. 

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutama peminat dan penyokong Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan Bob Kuman saya anggap sebagai sahabat baik saya. 

Saya sekali lagi memohon maaf di atas keterlanjuran kata-kata saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. 
Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati. 

Kepada semua rakan artis dan peminat, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga. 


'Cara dia kurang manis' 

PELAWAK terkenal, Saiful Apek, yang juga rakan baik Allayharham Bob Kuman, menganggap permohonan maaf melalui e-mel sebagai tidak bermakna dan tindakan kurang manis oleh produser popular, David Teo. 

Katanya, sebagaimana lantangnya penerbit terbabit menyebut mengenai sumbangan yang diberikan kepada Allahyarham di Hospital Tawakal pada 2010 sebagai sedekah, seperti disiarkan Melodi siaran 22 April lalu, sepatutnya permohonan maaf itu dilakukan menggunakan kaedah sama (media elektronik). 

“Susah saya mahu cakap soal ini. Bukan saya tidak terima permohonan maafnya, tetapi saya mahu dia memohon maaf secara terbuka, bukan menerusi e-mel yang kita tidak dapat lihat sama ada dia sendiri yang tulis atau sebaliknya. Bagi pihak saya, saya sudah memaafkannya, tetapi bagi orang lain, dia patut minta maaf dengan cara yang betul. 

“Sepatutnya, bagaimana dia menggunakan media elektronik untuk mengeluarkan kenyataan sedekah itu, begitulah caranya untuk dia memohon maaf secara terbuka kepada ahli keluarga Allahyarham, seperti ibu, isteri, adik-beradik dan kenalan Bob yang terguris dengan kenyataannya yang cukup keras itu. 

“Masa dia mengutuk Allahyarham, boleh pula menggunakan saluran televisyen. Kenapa tidak memohon maaf dengan cara yang sama? Ia lebih afdal apabila menggunakan media elektronik. Saya rasa, bukan saya saja yang berpendapat begini, orang lain juga pasti bersetuju kerana ia kurang manis. Lagipun, David sudah biasa buat filem Melayu, tentunya dia sudah arif dengan adat Melayu,” katanya. 

Mengenai kemungkinan David salah mentafsir frasa sedekah, Apek berkata, David tidak menggunakan perkataan memberi sedekah sememangnya mulia, tetapi perkataan seolah-olah meminta sedekah, seperti yang ditujukan kepada Allahyarham, yang dilihat mengguris hati. 

Katanya, jika sebelum ini David boleh menggunakan perkataan seperti sumbangan mahupun sagu hati, kenapa pada ketika itu dia memilih perkataan sedekah pula? 

“Saya pelik kerana selama ini David terkenal dengan perkataan sagu hati dan sumbangan, tetapi kenapa untuk Allahyarham, sebanyak dua kali dia menggunakan perkataan sedekah,” tegasnya. 

Katanya lagi, dia mengakui ada segelintir pihak mengatakan dia seperti meneguk di air yang keruh berhubung soal itu, dengan alasan kononnya mahu membalas dendam terhadap persengketaan bersama David selama ini. Bagaimanapun Apek menafikan perkara itu sekeras-kerasnya. 

“Tanggungjawab saya sebagai rakan baik adalah meminta David mohon maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham. Selepas selesai permohonan maaf terbuka David nanti, saya mahu menjalankan amanah Allahyarham kepada saya pula, membabitkan diri saya sendiri. 

“Ramai yang salah faham kerana ingat saya mahu menjalankan amanah yang membabitkan Allahyarham. Tidak, ia satu tanggungjawab yang diamanahkan Allahyarham kepada saya kerana hanya dia tahu semua cerita antara saya dan David. Saya tidak menggunakan isu ini untuk balas dendam kepada David. Ia amanah membabitkan hak saya dan sebenarnya bukan saya seorang saja, tetapi ramai lagi yang harus menuntut hak sama. 

“Sebenarnya, sebelum meninggal, Allahyarham berpesan kepada saya untuk menuntut hak saya membabitkan soal bayaran yang tidak dilunaskan David. Saya berlakon percuma saja untuk filem Lady Boss dan Anak Mami The Movie. Hati mana tidak sakit setiap kali melihat tayangan filem itu di kaca televisyen, sedangkan sudah enam tahun saya tidak menerima bayaran? 

“Selama ini, saya hanya diamkan saja kerana mengikut saluran yang betul, iaitu mahkamah. Kini tiba masanya saya menuntut hak seperti yang diamanahkan rakan baik saya,” katanya yang akan mengadakan sidang media tergempar dalam masa terdekat membabitkan haknya itu. BH