Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label CERITA PELIK ARTIS MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERITA PELIK ARTIS MALAYSIA. Papar semua catatan

(GAMBIT) NAK ASAH MINDA, MAIN JUDI


(GAMBIT) NAK ASAH MINDA, MAIN JUDI | Tindakan pelakon Gambit bermain daun terup di sebuah lokasi hiburan di Australia baru-baru dikatakan bertujuan untuk mengasah minda psikologi melalui permainan itu.

Gambit berkata, permainan daun terup yang disertainya itu hanyalah secara kebetulan bagi memenuhi masa terluang sewaktu bercuti dan bukannya semata-mata atas tujuan berjudi.

“Saya menyertai permainan itu sebenarnya secara kebetulan sahaja dan menganggap ia satu permainan psikologi.

“Biarlah orang nak buat macam-macam tuduhan terhadap saya kerana saya bermain daun terup bukan kerana mahu mendapatkan duit, tetapi sekadar ingin menguji pengetahuan.

“Cakap pun tak guna, kerana orang akan tetap mengkritik. Asalkan saya dan Tuhan tahu niat sebenar, itu sudah cukup,” katanya.

Gambit baru-baru ini telah menulis mesej melalui Twitter miliknya yang mengharapkan tuah dalam permainan daun terup yang disertainya pada 5 Jun lalu.

Gara-gara mesej tersebut, pengikut laman sosial milik Gambit turut menghantar kritikan selain menganggap pelakon itu tidak peka tentang halal dan haram menyertai permainan tersebut.

Gambit mendakwa terkilan apabila kebanyakan masyarakat tempatan terlalu cepat membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat dengan membuat tuduhan yang tidak benar selepas membaca entri berkenaan.

“Saya seorang yang sangat sayangkan Malaysia, bangsa dan agama, tetapi kenapa kebanyakan masyarakat kita mempunyai mentaliti iaitu terlalu cepat menilai keburukan seseorang individu itu?

“Diakui, salah saya juga meletakkan entri yang boleh menimbulkan persoalan kepada semua tetapi dengan menyebarkan maklumat dan membuat spekulasi sendiri, tidakkah ia berbau fitnah? Dan bukankah fitnah itu haram?

“Sebelum mengata tentang orang, cerminlah diri sendiri,” tegasnya.

P/s : Hang tau judi tu haram, tapi yang hang duk galak pi main tu buat pa??? (NAK ASAH MINDA) banyak cara lagi hang boleh asah haha... 

KERANA ROKOK - PENERBIT FILEM DI BELASAH 20 GENGSTAR

KERANA ROKOK - PENERBIT FILEM DI BELASAH 20 GENGSTAR | Seorang penerbit filem Hazil Izham dibelasah oleh 20 orang lelaki sehingga patah tulang pipi dan terseliuh bahu dengan bersenjatakan botol kaca serta kayu di sebuah pusat hiburan  di Jalan Sultan Ismail.

Beliau diserang oleh sepasukan yang mendakwa petugas keselamatan, kerana merokok di zon larangan merokok. Beliau dikatakan tiba di pusat hiburan itu pada jam 5.30 pagi untuk membincangkan hal penggambaran dengan 4 krew jurukamera.

Beliau dibelasah dari belakang dan dihentak dengan botol kaca. Krew jurukamera yang hadir dalam perbincangan itu telah membawa beliau ke hospital pakar di Bangsar untuk rawatan lanjut.

Motif sebenar kejadian tersebut tidak dapat di kenal pasti dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan, setelah laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi. Selain patah tulang pipi dan terseliuh bahu, kepalanya juga perlukan pemeriksaan lanjut.

TAGS : KISAH ARTIS MALAYSIA, PENERBIT FILEM DI BELASAH, PENERBIT FILEM DI BELASAH AKIBAT ROKOK, BAHANA ROKOK, GENGSTAR TAIK KUCING, KL GENGSTER, RAGAM ARTIS, DUNIA ARTIS, KONGSI GELAP, BAHANA MEROKOK DI TEMPAT AWAM, KAWASAN LARANGAN MEROKOK, CAKAP TAK NAK KEPADA ROKOK, ROKOK PUNCA MASALAH KESIHATAN, ISAP ROKOK DAN KENA PUKUL, PADAH MEROKOK DI ZON LARANGAN MEROKOK

ADIRA PELUK ANJING, APA KES?

ADIRA PELUK ANJING, APA KES? | Penyanyi Adira (AF8) mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing seperti mana tersebarnya sekeping gambar yang dipaparkan di beberapa laman blog hiburan. 

Mengulas mengenai perkara itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.
“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam. 

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” katanya kepada mStar Online.. 

Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut. 

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.

“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya. 

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sakura ini menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan. 

“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu. 

“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan. 

“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal. SUMBER