Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label masalah rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masalah rumahtangga. Papar semua catatan

(GAMBAR) MAJLIS PERKAHWINAN TERMUDA SYAFIQ 16 DAN YANA 14 TAHUN

Berkahwin pada usia muda merupakan salah satu perkara yang jarang berlaku dalam masyarakat kita dikala ini apatah lagi dalam lingkungan usia belasan tahun... Kalau tanya orang tua-tua kita tentang bab kawin awal ni, rasanya depa pun tak hairan sangat lah, sebab orang tua-tua kita dulu pun kawin awai, dalam usia macam ni jugak depa kawin. 

Boleh jugak depa potong-potong kek, masa aku kawin dulu pun tak blh nak potong kek bagai macam ni ( ongkos kurang ) haha... bebudak ni kira ok jugak lah, anak orang senang kut???

Senyum tak habis-habis depa dua orang ni, haha suka sangat lah tu...

berkhayal seketika, apa yang akan aku dapat malam ini haha...

Kenapa bila kita dengar cerita budak-budak belasan tahun ni kawin terasa janggal pulak, sebab sebelum ni tak pernah dengaq dan tak pernah dibuat orang? sebab tu kita hairan??? biaq p la kat depa, janji mak ayah depa merestui perkahwinan depa. 

Dua-dua dah baliaq kan? kalau dah, kira ok lah tu, agama pun tak melarang, nak buat macam mana dah sampai seru Adik Syafiq dan Yana no?. hangpa menikah ja lah haha... 

Sumber : meramonst

(MANISNYA MADU) POK MAT LEWA BAGI PETUA PASANG TIGA


(Manisnya madu) madu apa yang manis tu? madu lebah kah, madu kelulut kah? atau pun madu yang ini, kawin ramai haha... Kat bawah ni, al nak kongsi cerita tentang sorang insan yang bernama Pok Mat Lewa yang mempunyai 3 isteri dalam istilah madunya, madu tiga lah haha... Belia berkongsi tentang kehidupan bermadu beliau di dalam akbar harian metro hari ini dan semua isteri beliau merasai nikmat manisnya madu haha... Jom baca apa yang istimewa sangat dengan insan yang bernama Pok Mat Lewa ni...

PASIR PUTEH: “Sekali pandang wajahnya biasa saja dan mungkin ramai wanita tidak berkenan, tapi bila sudah kenal hati kami yang gundah jadi tenang sebaik melihat senyumannya,” kata Siti Aisyah Awang Kechik, 56, isteri pertama Muhamed Yunus, 58, sambil disokong dua madunya, Asiah Yahya, 48, dan Ani Abd Rahman, 42.

Menariknya, rumah dua madu Muhamed, Asiah dan Ani didirikan berhampiran rumahnya bersama isteri tua, Siti Aisyah di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli, dekat sini, dan mereka hidup berjiran dengan penuh harmoni.

Menurut Siti Aisyah, ketika Muhamed berhasrat untuk berkahwin dengan Ani, lelaki itu secara ‘gentleman’ meminta dia dan Asiah masuk meminang madu ketiganya.

“Kami tidak terkejut dan rela hati menunaikan permintaannya kerana yakin dia mampu berlaku adil kepada semua isteri dan anak-anak,” katanya.

P/s : Bagi sesiapa yang rasa nak bermadu tu, fikir lah panjang-panjang serta dapatkan persetujuan isteri anda tu dulu, kalau rasa boleh berlaku adil dan berkemampuan, teruskan lah niat anda itu haha... 

Sumber : HM

(ISTERIKU LELAKI) ' HIDUP SAYA TERGANGGU ' SEJAK KESNYA MELETUP DI DADA AKHBAR, LUAHAN HATI SRI WANI


(ISTERIKU LELAKI) ' HIDUP SAYA TERGANGGU ' SEJAK KESNYA MELETUP DI DADA  AKHBAR, LUAHAN HATI SRI WANI | “Ramai wartawan mengekori, saya tak boleh keluar (rumah),” begitu kata Sri Wani Choo Abdullah, isteri yang didakwa lelaki oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Sri Wani berkata demikian selepas Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membenarkan permohonannya untuk memasukkan pindaan dalam permohonan injunksi untuk menghalang madu-madunya daripada menyebarkan fitnah terhadapnya. Mahkamah kemudian mengarahkan Sri Wani membuat pindaan itu segera dan menyerahkannya kepada responden.

Prosiding semalam sepatutnya ditetapkan untuk Sri Wani, 37, menyerahkan permohonan injunksi, namun dia memohon kebenaran mahkamah untuk membuat pindaan dan mahkamah membenarkannya.

“Saya mohon untuk membuat pindaan terhadap permohonan injunksi ini kerana saya ingin masukkan terma supaya responden tidak menyebarkan dan tidak memberi sebarang kenyataan,” katanya.

Sri Wani memberitahu mahkamah, sebelum ini suaminya, bekas dekan sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, yang diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz pernah berjumpa dan berbincang untuk menyelesaikan kes itu secara baik, namun Sri Wani mendakwa lelaki itu bertindak sebaliknya.

“Ramai wartawan mengekori, saya tak boleh keluar (rumah),” begitu kata Sri Wani Choo Abdullah, isteri yang didakwa lelaki oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Sri Wani berkata demikian selepas Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membenarkan permohonannya untuk memasukkan pindaan dalam permohonan injunksi untuk menghalang madu-madunya daripada menyebarkan fitnah terhadapnya. Mahkamah kemudian mengarahkan Sri Wani membuat pindaan itu segera dan menyerahkannya kepada responden.

Prosiding semalam sepatutnya ditetapkan untuk Sri Wani, 37, menyerahkan permohonan injunksi, namun dia memohon kebenaran mahkamah untuk membuat pindaan dan mahkamah membenarkannya.

“Saya mohon untuk membuat pindaan terhadap permohonan injunksi ini kerana saya ingin masukkan terma supaya responden tidak menyebarkan dan tidak memberi sebarang kenyataan,” katanya.

Sri Wani memberitahu mahkamah, sebelum ini suaminya, bekas dekan sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, yang diwakili peguam syarie, Muhammad Hafiz pernah berjumpa dan berbincang untuk menyelesaikan kes itu secara baik, namun Sri Wani mendakwa lelaki itu bertindak sebaliknya.

“Sebelum ini pihak sebelah sana (Bahrom) cakap tak nak jatuhkan maruah sesiapa, tetapi mereka memberikan maklumat saya kepada media.

“Media siarkan tempat tinggal dan tempat saya berniaga hingga membahayakan keselamatan saya,” katanya.

Dia turut memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung gangguan dihadapinya dan berhasrat memasukkan laporan itu dalam pindaan permohonan injunksi berkenaan.

Abdul Walid mengarahkan Sri Wani memasukkan laporan polis itu dan sebarang pindaan lain segera serta memberi tempoh seminggu hingga 19 April depan untuk pengusaha butik kecantikan itu berbuat demikian.

Selain itu, mahkamah mengarahkan Bahrom memfailkan jawapan dua minggu dari tarikh pemohon menyerahkan afidavit dan menetapkan 17 Mei depan untuk perbicaraan kes itu.

Mengenai keputusan mahkamah menetapkan 23 April bagi keputusan sama ada permohonan Bahrom untuk mengarahkan Sri Wani menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya diterima atau tidak, Sri Wani berkata, dia akan membawa saksi pada tarikh itu.

Penampilan Sri Wani di mahkamah semalam menarik perhatian kerana memakai jubah hitam dan bertudung ala purdah berwarna jingga dengan menutup wajahnya bagi mengelak dirakam jurugambar. METRO